Apa Beza Ultrasound Scan 2D, 3D, 4D & 5D

Kegembiraan wanita tidak hanya ketika pertama kali mendengar berita tentang kehamilan.. bahkan keterujaan mereka bertambah dari hari ke hari, minggu ke minggu..bulan ke bulan sehinggalah saat kelahiran. Dan yang pastinya bakal ibu “kurang” sabar untuk menunggu selama 9 bulan untuk melihat baby mereka namun dengan kecanggihan dan teknologi moden pada hari ni, perkembangan baby boleh dilihat menerusi prosedur ultrasound scan. Dan macam mana nak tahu perbezaan antara scan 2D, 3D, 4D dan 5D?? Mom to be yang merancang nak tengok perkembangan baby dalam perut, boleh terus baca info ni okay ๐Ÿ™‚

๐Ÿ’š 2D SCAN
Imbasan adalah untuk mendiagnosis kesihatan bayi dengan melihat struktur rangka bayi dan imej yang terhasil adalah rata (flat image) yang berwarna hitam putih.

๐Ÿงก 3D SCAN
Imej berwarna dan paparan baby lebih tepat di mana jantina, struktur muka, badan, tangan dan kaki dapat dilihat dengan lebih jelas dan ianya akan memudahkan doktor untuk mengesan abnormaliti pada bayi.

๐Ÿ’œ 4D SCAN
Imej dan imbasan adalah sama seperti 3D tapi paparan adalah dalam bentuk rakaman atau video secara ‘live’ dan ibuayah boleh lihat baby tersenyum menguap dan sebagainya.

๐Ÿ’™ 5D SCAN
Dalam bentuk video seperti 4D. Tapi imej terhasil lebih realistik dan paparan warna kulit baby nampak lebih jelas dengan pencahayaan serta teknologi yang lebih canggih seolah-olah melihat bayi terus dari dalam perut.

Moga bermanfaat buat semuaโ™ฅ๏ธ