DOA MENDAPATKAN ZURIAT

Selagi ada rahim.. harapan tetap ada! InsyaAllah.
Imam al-Samarqandi meriwayatkan bahawa Nabi Zakaria pernah merasakan baginda tidak akan mendapatkan zuriat, sehinggalah baginda melihat anugerah Allah kepada Maryam berupa buah-buahan yang bukan ada musimnya. Maka baginda yakin Allah berkuasa memberikannya anak. Zuriat dalam ayat ini bermaksud anak yang bertaqwa dan berakhlak (Tafsir al-Samarqandi)
Pasangan yang masih menantikan zuriat, digalakkan untuk mengamalkan doa nabi Zakaria ini di samping mengamalkan petua dan tips lain untuk mendapat anugerah Allah yang terhebat iaitu zuriat. Antara petua dan tips hamil boleh diamalkan oleh pasangan suami-isteri untuk mendapatkan zuriat;
๐Ÿ’š sentiasa panjatkan doa kepada Allah SWT
๐Ÿ’š perbanyakkan bersedekah dan berpuasa sunat
๐Ÿ’š dapatkan pemeriksaan kesihatan atau rawatan kesuburan
๐Ÿ’š amalkan gaya hidup sihat dengan lakukan senaman dan menjaga pemakanan
๐Ÿ’š ketahui masa subur dan elakkan tekanan (stres)

Jangan berputus asa jika Allah menunda apa yang kita minta. Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahanโ™ฅ๏ธ

MAMAPRIDE : Seluar Bersalin Mesra Aurat