6 Petua Banyakkan Susu Badan

Tak semua ibu mempunyai susu badan yang banyak dan mencukupi untuk diberikan kepada bayi yang baru dilahirkan. Namun seperti yang kita ketahui, tiada susu lain yang setanding susu ibu dari segi khasiatnya. Oleh demikian, para ibu perlu ada sedikit ‘effort’ kiranya ingin berikan sumber makanan terbaik untuk bayi mereka. Apa kata Mommies boleh cuba amalkan 6 petua ni untuk banyakkan susu badan:

✅ Harus kerap menyusu antara 10-12 kali sehari/24 jam untuk merangsang hormon prolaktin yang boleh hasilkan lebih banyak susu. Don’t give up walaupun cuma keluar sikit saja, teruskan!

✅ Banyakkan minum air kosong. Untuk optimumkan minima 2-3 liter sehari/24 jam

✅ Posisi dan teknik menyusu dengan betul. Posisi ibu dan bayi dalam keadaan betul, selesa dan tenang. Pastikan ada ruang antara hidung dan mulut bayi dengan dada ibu

✅ Mengurut payudara. Boleh lakukan sendiri atau gunakan khidmat profesional

✅ Amalkan pemakanan yang merangsang pengeluaran susu ketika mengandung dan semasa menyusu seperti kurma, lobak putih, halba, susu buah buahan, sayuran dan vitamin.

✅ Mommies jangan stres dan hendaklah sentiasa gembira dan ceria selalu okay! 🙂

InshaAllah dengan ilmu, usaha dan kesabaran, para ibu akan mendapat hasil sepertimana yang diharapkan. Semoga dipermudahkan segala urusan ibu dan bayi yang sedang menyusu. Moga bermanfaat untuk para mama semua♥️🥰

MamaPride: Seluar Bersalin Mesra Aurat