Tips Untuk Ibu Yang Sedang Hamil

tips wanita hamil

1. Berikan nama yang baik
Benar! Sebelum lahir lagi, berikan nama yang baik untuk bakal bayi. Ajak bayi berbual bersama-sama kita. Semasa Trimester 1, mungkin belum ada apa-apa lagi. Apabila mula masuk Trimester 2, usap perut dan selalu berkomunikasi dengan bayi.

2. Berbicara dengan bayi
Jika sudah ada nama, panggillah namanya. Ucapkan kata-kata seperti, “Sayang, ini mama ni. Mama sayang sangat adik.
Mama tak sabar nak tunggu adik keluar. Nanti besar jadi anak yang soleh/solehah ya. Patuhi perintah Allah. Jaga mama dengan ayah baik-baik”. Kadang-kadang, tanpa sedar, seakan-akan bayi memahami bahasa kita. Tindakan refleks seperti menendang perut akan membuat kita tertawa sendirian. Pada Trimester 2, bayi sebenarnya sudah mengenali suara ibu mereka. Jadi, selalu-selalulah berkomunikasi dengan mereka.

3. Bayi mahukan sentuhan ayah juga.
Ayah mungkin tidak dapat merasa ‘tendangan’ si bayi. Cuba dekati perut ibu, ucapkanlah sesuatu yang baik-baik untuk bayi. Untuk lebih keseronokan, mungkin si ayah boleh merakam suara dan kata-kata, dan dengarkan menggunakan ‘headphone’ pada perut ibu.

4. Dengarkan Ayat-Ayat Suci Al-Quran
Jika sudah puas bercakap dengan bayi, si ayah juga boleh mengalunkan ayat ayat Al-Quran pada bayi. Jika ada kelapangan, solat berjemaah dengan si ibu. Selesai solat, baca Al-Quran bersama-sama. Andai ada masa terluang, bahkan dalam kereta sekalipun, dengarkan ayat-ayat suci selalu pada bayi. Mudah-mudahan, apabila besar kelas, boleh menjadi seorang hafiz/hafizah.

5. Bacakan cerita pada bayi
Selain Al-Quran, jika si ibu membaca buku-buku ilmiah yang lain, bacakan sekali kuat-kuat. Biar si bayi dengar akan isinya. Mudah-mudahan terang hatinya selepas keluar nanti. Rangsangan dan sentuhan pada bayi amat penting dalam membina ‘bonding’ antara keduanya. Berbual dan berceritalah selalu dengan bayi. Apabila ibu dalam keadaan gembira, begitu juga bayi. Elakkan ‘stress’ kerana secara tidak langsung, bayi akan merasa tekanan itu

6. Penuhi keperluan nutrisi dalam pemakanan
Bakal ibu perlu makan makanan yang seimbang dan berkhasiat. Ini kerana, setiap nutrisi dari makanan itu, akan sampai pada bayi. Yang penting, pastikan sumber rezeki adalah dari sumber yang halal. Elakkan membeli menggunakan wang dari sumber yang diragui seperti rasuah. Ia akan mengalir dalam darah bayi tersebut. Makan makanan seimbang untuk kebaikan ibu dan bayi.

7. Penerimaan dengan hati yang terbuka
Si ibu perlu bersyukur ke hadrat Ilahi kerana bakal dikurniakan seorang anak. Hati mesti ikhlas menerima rezeki dari Allah. Kadang-kadang, ada ibu yang kurang bersedia untuk menimang cahaya mata. Ada juga yang menolak cahayamata akibat faktor ekonomi. Jika berfikiran sedemikian, cepat-cepat kita buang jauh-jauh. Penerimaan ini penting kerana ia membabitkan emosi dan hubungan antara ibu dan bayi. Kekalkan elemen positif sepanjang hamil.

Semoga Bermanfaat, Jom Kongsikan Ilmu ini,

credit: Panduanibuhamil

Click here to add a comment

Leave a comment: