Tips Penjagaan Kesihatan Di usia 30-an

Wanita pada usia ini boleh dikategorikan sebagai masih muda. Namun ia bukan bererti kita terlepas daripada risiko menghadapi pelbagai penyakit merbahaya seperti kanser, kencing manis dan sebagainya.

Ketika usia 30-an kita sepatutnya mula mengambil langkah berjaga jaga dengan mengambil langkah berjaga dan pencegahan. Bak kata pepatah “ mencegah lebih baik daripada mengubati”.

Jika anda mula menjengah usia 30-an, bersiap sedialah kerana ketika itu badan kita mula merosot prestasinya dan mudah mendapat penyakit.

Tips untuk mencegah seperti berikut :

  • Mengambil Vitamin D dan Kalsium
    Dengan pengambilan vitamin dan kalsium ini dapat menurunkan risiko kanser payudara pra menopaus. Anda perlu mengambil 1000mg kalsium dan 350 Ui vitamin D setiap hari. Selain menerusi makanan, tubuh kita boleh menghasilkan vitamin D secara automatic jika berjemur di bawah cahaya matahari selama 10 minit. Waktu sesuai ialah diantara pukul 9 dan 10 pagi.
  • Buat Pemeriksaan Kesihatan
    Anda boleh ke LPPKN atau klinik untuk melakukan pemeriksaan awal terhadap kanser payudara dan kanser serviks.Ujian mammogram dan juga pap smear ditawarkan menerusi agensi kerajaan ini pada harga yang rendah. Dengan pemeriksaan awal, ia mampu untuk mengesan kehadiran sel kanser lebih awal dan merawatnya.
  • Kurangkan Memakan Daging Merah
    Memakan daging merah seperti daging lembu dan kerbau boleh meningkatkan risiko menghadapi kanser payudara. Daging yang dimakan akan meningkatkan hormone estrogen dan ia boleh mempengaruhi sel kanser dalam badan.

Mencegah lebih baik daripada merawat. Jika ia dikesan lambat, peluang untuk hidup semakin tipis.Jaga kesihatan daripada sekarang.

Kredit oleh blog masalah wanita

* Dapatkan Seluar Bersalin Mamapride di http://www.mamapride.com.my/shop/ 

Click here to add a comment

Leave a comment: