TIPS PEMAKANAN BUAT IBU HAMIL UNTUK DAPATKAN BAYI KULIT PUTIH DAN GEBU

Setiap pasangan suami isteri pasti mengimpikan anak yang berkulit putih gebu. Genetik adalah faktor utama untuk mendapat anak yang berkulit cantik.

Pasangan yang berkulit gelap pasti agak sukar untuk mempunyai anak yang berkulit putih gebu, begitu juga sebaliknya. Memang sukar untuk mendapat anak dengan kulit yang putih gebu, sekiranya ibu bapanya mempunyai genetic berkulit gelap. Tetapi masih ada cara yang telah diajarkan oleh orang-orang tua agar pasangan suami isteri mendapat bayi yang berkulit putih dan gebu.
Cara-cara itu haruslah dilakukan sewaktu bayi masih dalam kandungan lagi. Jom cuba tips pemakanan di bawah ini sekiranya anda ingin mempunyai anak yang berkulit putih bersih dan gebu sejak dalam kandungan lagi.

TIPS PEMAKANAN BUAT IBU HAMIL UNTUK DAPATKAN BAYI KULIT PUTIH DAN GEBU

1. SAYURAN HIJAU

Menurut kajian, sayuran yang diambil oleh ibu hamil telah terbukti dapat melindungi rahim serta plasenta. Tidak kira samada sayur yang dimakan mentah, masak sup, tumis atau apa sahaja. Serat yang terkandung didalam sayuran hijau mampu membantu proses pencernaan ibu hamil menjadi lebih lancer. Hasilnya air ketuban menjadi bersih serta kulit bayi bebas kusam. Walaupun kaitan antara pengambilan sayuran hijau dan kesannya belum pernah di uji secara mendalam, anda tidak boleh mengambil ringan mengenai pengambilan sayuran hijau setiap hari.
Selain daripada untuk mendapat bayi berkulit putih, pengambilan sayuran hijau adalah bagus untukkeperluan nutrisi, vitamin dan mineral kepada bayi, contohnya bayam dan sawi.

TIPS PEMAKANAN BUAT IBU HAMIL UNTUK DAPATKAN BAYI KULIT PUTIH DAN GEBU

2. AIR KELAPA

Air kelapa mengandungi elektrolit yang bertindak sebagai anti oksidan semulajadi kepada badan kita. Beberapa ahli ginekologi mencadangkan agar ibu hamil mengamalkan minum air kelapa. Ia dikatakan dapat menjernihkan air ketuban selain itu ia juga membersihkan rahim. Air kelapa telah dikategorikan minuman yang sihat untuk ibu hamil selain daripada mencegah dehidrasi.

TIPS PEMAKANAN BUAT IBU HAMIL UNTUK DAPATKAN BAYI KULIT PUTIH DAN GEBU

3. KACANG HIJAU

Amalan minum air rebusan kacang hijau atau pengambilan bubur kacang hijau atau pengambilan bubur kacang hijau juga merupakan langkah yang baik dalam usaha mendapatkan kulit bayi yang putih bersih.
Kacang hijau kaya dengan protein sayuran dan asid folik, kedua-dua nutrisi ini mampu menjernihkan air ketuban serta memutihkan kulit bayi. Selain itu, ia juga dipercayaidapat meningkatkan kecerdasan bayi sejak dari dalam kandungan.

TIPS PEMAKANAN BUAT IBU HAMIL UNTUK DAPATKAN BAYI KULIT PUTIH DAN GEBU

4. AIR PUTIH

Air putih atau air kosong juga berguna dalam system pembersihan serta penjernihan air ketuban bagi ibu hamil. Ibu hamil digalkkan untuk mengambil air kosong sebanyak 8 gelas setiap hari dalam ushanya untuk mendapatkan kulit bayi yang putih dan bersih. Semakin banyak anda minum air, semakin bagus kesannya kepada bayi anda, Oleh itu, jangan lupasediakan botol besar air kosong sekiranya anda sedang melakukan aktiviti fizikal.

TIPS PEMAKANAN BUAT IBU HAMIL UNTUK DAPATKAN BAYI KULIT PUTIH DAN GEBU

5. JAUHI LEMAK DAGING SERTA KULIT

Anda pasti pernah melihat orang tua yang mempunyai tanda hitam diwajahnya. Orang-orang tua mengatakan bahwa tanda lahir itu muncul kerana semasa mengndungkan dia, ibunya sangat gemar memakan lemak daging dan kulit. Lemak daging serta kulit ini memiliki kandugan lemak tepu serta kolestrol. Lemak tepu atau kolestrol akan mendap di bahagian tubuh janin serta ia akan menjadi tanda lahir yang mencacatkan penampilan bayi tersebut. Oleh itu, jauhi lemak haiwan dan kulit haiwan supaya kulit bayi dalam kandungan menjadi cantik.

Demikianlah beberapa tips pemakanan untuk ibu yang ingin memiliki anak yang mempunyai kulit yang putih gebu. Dalam pada kita berusaha, jangan lupa juga untuk sentiasa berdoa kepada Allah supaya dikurniakan anak yang putih dan cantik seperti yang diimpikan. Kerana Allah itu maha pemberi rezeki.