TIPS MUDAH BERSALIN

Hai bakal-bakal ibu semua…tengah buat apa tu? mesti tengah teruja menanti kelahiran si comel dalam perut tu kan…?
.
Ha..Harini admin nak kongsikan beberapa tips untuk mempercepatkan prose kelahiran, sekaligus dapat memudahkan proses bersalin
.
.
.
Ok, tips yang pertama,Untuk mempercepatkan proses kelahiran, kontraksi yang kuat adalah perlu dan antara cara mudah untuk menguatkan kontraksi adalah dengan melakukan banyak pergerakan. Misalnya, sekiranya kita baring, cuba untuk bangun dengan kerap tetapi perlahan-lahan.
.
Selain itu, cuba untuk membuang air kecil dengan kerap. Ini kerana pundi kencing yang penuh boleh melambatkan proses kelahiran dimana ia menghalang penurunan kepala.
.
Next,cuba alih perhatian anda terhadap rasa sakit yang dialami. Antara caranya ialah dengan mandi menggunakan air suam atau masuk ke dalam kolam bersalin. Hal ini sekaligus akan mengurangkan keinginan anda untuk mengambil ubat bagi mempercepatkan proses kelahiran.
.
Sekiranya anda terlalu cemas dengan proses kelahiran terutamanya semasa kontraksi semakin kuat, cuba aplikasikan teknik-teknik pernafasan yang dipelajari di kelas antenatal.
Selain itu juga, anda boleh meminta pertolongan suami atau keluarga anda untuk mengurut bahagian belakang anda secara lembut tetapi tegas dalam mengurangkan rasa sakit yang dialami.
.
Ok,Sekiranya anda tidak mahu berjalan-jalan, tukar posisi di atas katil. Anda boleh melakukan pergerakan seperti duduk kemudian berdiri, atau berjalan-jalan secara perlahan-lahan agar bukaan rahim lebih cepat terbuka, sekaligus mempercepatkan proses bersalin.
.
Last but not least, hayunkan punggung dan membongkok ke depan semasa kontraksi berlaku dapat membantu rahim menolak bayi agar masuk ke saluran peranakan dengan betul.

.
Semoga tips yang admin kongsikan ini berguna buat ibu-ibu semua yang tengah menunggu kelahiran cahaya mata..Jangan risau, semoga Allah permudahkan selgala urusan kelahiran ibu-ibu semua 🙂

credit gambar : google
.
psst..jangan lupa dapatkan seluar bersalinmesra aurat mamapride, sekarang masih lagi promosi free postage tau.
whatsapp 01115448195(piqa)

Click here to add a comment

Leave a comment: