9 TIPS MEMILIH PAKAIAN UNTUK IBU HAMIL

Membeli pakaian sewaktu mengandung merupakan satu pengalaman yang sangat menakjubkan dan merupakan detik manis yang akan dikenang sepanjang hayat. Untuk kehamilan 3 bulan pertama, anda mungkin masih boleh memakai pakaian yang berada di dalam almari, namun apabila usia kandungan memasuki 5 bulan, kebanyakan wanita mengandung akan bertambah saiz dan bentuk badan mereka.

Anda mungkin perlu membeli beberapa pakaian baharu yang lebih besar saiznya dan selesa apabila memakainya. Ini merupakan beberapa tips berpakaian dengan penuh gaya dan keyakinan semasa mengandung.

Buat Kajian Sebelum Membeli

Sebelum anda membeli pakaian hamil, anda digalakkan untuk membuat sedikit kajian tentang butik-butik atau gedung pakaian yang menawarkan koleksi pakaian tersebut. Hal ini dapat memudahkan dan menjimatkan masa anda ketika mahu membeli belah. Anda juga boleh membeli pakaian mengandung secara atas talian. Kebanyakan barangan di atas talian lebih murah berbanding barangan di pusat membeli belah.

Elak Pakaian Sendat

Elakkan memakai pakaian yang terlalu sendat dan ketat. Selain menyebabkan anda rasa kurang selesa, ianya akan menyebabkan kulit anda gatal dan sebagainya. Pakaian hamil yang tidak sesuai juga akan menganggu emoosi anda.

Elak Pakaian Terlalu Besar

Semasa menggayakan pakaian ketika hamil, anda tidak perlu untuk menyembunyikan perut anda sehingga ianya memaksa anda memakai pakaian seperti khemah atau sweater yang saiznya terlalu besar. Pakaian yang terlalu besar akan menyebabkan ibu mengandung berasa tidak selesa.

Lihat Jenis Fabrik

Pakai pakaian yang diperbuat daripada fabrik jersi kapas dan lycra. Fabrik ini adalah jenis menegang dan sesuai dipakai sepanjang peringkat kehamilan anda. Fabrik ini tidak terlalu ketat ataupun sendat. Cuma bagi sesetengah ibu, mereka kurang gemar fabrik jenis ini kerana senang berpeluh.

pakaian ibu bersalin

Pakai Baju Kasih Sayang

Tidak salah jika anda memakai baju suami, malah ianya dapat mengeratkan lagi kasih sayang antara suami isteri=) Jika anda mempunyai suami yang potongan badan lebih besar daripada anda, pertimbangkan untuk meminjam kemeja kepunyaan mereka. Sememangnya kemeja lelaki (button-up shirt) cukup bergaya, selesa dan sesuai dipakai oleh ibu-ibu mengandung.

Kasut Yang Sesuai

Semasa mengandung terutamanya di fasa terakhir, kaki ibu mungkin sedikit membesar. Jadi dapatkan kasut yang lebih selesa dan tidak bertumit tinggi. Hal ini kerana kasut bertumit tinggi akan memudaratkan kesihatan seperti sakit di bahagian kaki, pinggang dan belakang. Pastikan kasut anda dapat menyokong berat badan anda. Keselesaan adalah kunci utama dalam pemilihan kasut yang anggun digayakan ketika anda hamil.

Pakaian Dalam

Pemilihan pakaian dalam juga penting dan perlu diambil kira ketika melalui peringkat-peringkat hamil. Sila dapatkan baju dalam dan seluar dalam yang paling selesa untuk dipakai. Meskipun tidak nampak di mata, namun keselesaan dapat dirasa.

Pakaian Mudah Suai

Pilihlah pakaian yang mudah suai padan. Dapatkan pakaian rona hitam, perang, kelabu, khaki, putih, dan denim, rona neutral serta rona yang anda selalu pakai. Untuk kelainan, gabungkan pakaian anda bersama helaian corak atau berwarna terang.

Pakaian Menutup Aurat

Ibu hamil yang beragama Islam harus memilih pakaian yang menutup aurat. Mengandung bukanlah alasan untuk tidak menjaga aurat. Bahkan semasa mengandung para ibu seharusnya lebih peka kerana impaknya bukan kepada ibu sahaja, bahkan kepada anak yang di dalam kandungan. Malahan itulah sebabnya mengapa Mamapride dicipta. Bagi melindungi aurat wanita semasa melahirkan anak secara normal.

Demikianlah beberapa tips ringkas dalam pemilihan ibu hamil untuk memilih pakaian. Semoga ibu hamil kekal cantik dan yakin dengan mengikuti tip-tip di atas.