TIP KESELAMATAN JIKA ANDA TIDUR BERSAMA BAYI

Sememangnya ada waktunya lebih mudah untuk anda membawa bayi ke atas katil dengan anda terutamanya jika bayi menyusu badan.Namun sebelum bayi tidur dikatil anda, anda harus menitik beratkan tip-tip keselamatan berikut.

1.PASTIKAN TILAM ANDA PEJAL

Tilam anda yang terlalu lembut boleh mnyebabkan bayi merasa panas dan lemas diatasnya. . Jika katil anda mempunyai rangka atau kepala katil, atau diletakkan bersebelahan dinding, pastikan tilamnya terletak dengan kejap dan sempurna. Pastikan tiada sebarang ruang atau celah di mana bayi anda boleh terjatuh ke dalamnya. Risiko ini berlaku adalah paling tinggi apabila bayi berusia di antara 3 dan 10 bulan.

2.JANGAN TIDUR BERSAMA BAYI DI ATAS SOFA

Bayi anda boleh terperosok di celah-celah kusyen sofa atau di antara anda dan belakang sofa. Jangan tidur dengan bayi di atas tilam air kerana tilam ini terlalu lembut dan mungkin mempunyai jurang yang dalam di sekeliling kerangkanya di mana bayi anda boleh terperangkap.

3. JANGAN BIARKAN BAYI DAN ANAK KECIL ANDA TIDUR BERSEBELAHAN

Dengan membiarkan anak kecil tidur bersama bayi anda, akan menyebabkan risiko anak kecil anda meletakkan tangannya pada mulut atau kepala bayi. Anda dan suami sepatutnya sentiasa tidur di antara kedua-dua anak jika anda mahu mereka berdua tidur di katil anda.

4. JANGAN TINGGALKAN BAYI ANDA BERSENDIRIAN DI ATAS KATIL

Bayi anda boleh terjatuh dengan mudah jika dibiarkan bersendirian di atas katil. Jangan biarkan bayi tidur di atas bantal dan jangan letakkan bantal di kedua-dua sisinya. Dia mungkin berpusing ke arah bantal atau mukanya tersembam di atas bantal yang menyokongnya. Sebaliknya, letakkan bayi anda di tempat yang selamat seperti bakul bayi atau kot apabila anda meninggalkannya di bilik.

credit gambar : google

Click here to add a comment

Leave a comment: