Seluar Bersalin Mesra Aurat | Mama Pride

Tentang Seluar Bersalin Mamapride

Amalan menyambut kelahiran di pusat-pusat kesihatan dan hospital biasanya mendedahkan aurat, iaitu bukan sahaja bahagian kemaluan yang perlu diperiksa, bahkan keseluruhan peha dan betis (keseluruhan kaki) yang tidak diperiksa.

Sememangnya, selagi tiada kaedah atau cara terbaik bagi menjaga aurat pesakit bagi memeriksa kawasan “aurat” ini, maka, Islam menganggapnya sebagai suatu “Darurat” yang di benarkan.

Namun, usaha bagi menghasilkan kaedah pemeriksaan yang lebih murni dan sesuai dengan suruhan Islam bagi menjaga aurat perlu dilakukan. Inilah Fardhu Kifayah kepada kita sebagai umat Islam, apatah lagi bagi mereka yang berada di bidang kesihatan. Sebarang penyelesaian yang dikemukakan, perlulah juga mempertimbangkan kemudahan para doktor, jururawat dan bidan untuk menjalankan prosedur.

Bertitik tolak daripada itu, kami memulakan proses diskusi dengan pihak perubatan dan agamawan untuk mencari satu solusi yang sesuai. Hasil daripada perbincangan itu, lahirlah satu idea untuk menghasilkan pakaian (seluar) khas, yang membolehkan si ibu melahirkan anak dengan selamat, dan selesa serta memelihara aurat (keseluruhan kaki). Pakaian tersebut juga tidak menghalang untuk sebarang prosedur biasa dijalankan.

Dan seluar itu dikenali dengan nama Seluar Bersalin Mamapride.

APA ITU SELUAR MAMAPRIDE?

Mamapride merupakan seluar bersalin yang dipakai semasa melahirkan anak. Seluar ini bertujuan bagi menutup peha, betis dan lutut. Anggota-anggota ini tidak perlu didedahkan semasa proses kelahiran secara normal.

BAGAIMANA MENGGUNAKAN MAMAPRIDE

Seluar Mamapride merupakan seluar yang selamat digunakan. Seluar ini direka selepas kajian demi kajian oleh pakar perubatan Papisma. Seluar ini mempunyai bukaan di tengah yang boleh dibuka dan ditutup (zap-on).

Sebelum menggunakan seluar ini, kami menyarankan bawa seluar ini semasa pemeriksaan kesihatan. Tunjukkan seluar ini kepada doktor perubatan dan beritahu doktor. Andai perlu, minta doktor catatkan kebenaran menggunakan seluar bersalin ini semasa proses kelahiran.

Adakah Seluar Ini Boleh Digunakan di Hospital Kerajaan?

Seluar Mamapride telah digunakan di lebih 92 hospital di seluruh Malaysia. Sama ada hospital kerajaan ataupun hospital swasta. Seluar ini tidak menganggu proses melahirkan anak. Ianya membantu melindungi aurat wanita.

Adakah Seluar Ini PERLU Dibasuh?

Selepas proses jahitan, kami akan melakukan proses pembersihan bagi memastikan seluar ini terus boleh digunakan sebaik sahaja tiba. Seluar bersalin ini boleh dibasuh selepas digunakan. Dan digunakan untuk proses kelahiran yang akan datang.

Apakah Fungsi 'LUBANG DI TEPI'?

Di bahagian peha, ada satu bukaan kecil yang boleh dibuka dan ditutup. Fungsi bukaan ini adalah bagi memudahkan pihak hospital memberikan injeksi syntometrine. Para ibu tidak perlu menyelak atau menurunkan seluar lagi, hanya perlu buka bukaan itu.

ADAKAH INI SELUAR MENGANDUNG?

Seluar Mamapride boleh juga dijadikan seluar mengandung. Seluar ini selesa dipakai dan dapat membantu ibu daripada kesejukan. Seluar ini juga didatangkan dengan pelbagai warna bagi memberikan pilihan bakal-bakal ibu.

Selain daripada digunakan semasa melahirkan anak, seluar ini juga boleh digunakan untuk prosedur-prosedur yang melibatkan bahagian perineum seperti PAP Smear ataupun PR examination.

Seluar Mamapride ini sentiasa ditambah baik dari masa ke masa berdasarkan maklum balas daripada pengguna. Kami mahu memberikan kualiti yang terbaik untuk ibu-ibu supaya para ibu dapat bersalin dengan yakin dan selamat.

  TOP