TANDA HAMIL ANAK PEREMPUAN

Kita tahu secara asasnya, untuk menentukan jantina bayi ini, ia dapat dilakukan dengan lebih tepat dengan bantuan knologi perubatan yang boleh membuat imbasan 3D kepada janin yang berada dalam kandungan seorang ibu itu.

Biasanya Doktor akan memberitahu jantina janin anda di awal trimester kedua. Tetapi bagi sebahagian ibu bapa yang sukakan kejutan (yang tidak membuat imbasan dll) kerap mengaitkan serta berteka-teki dengan tanda-tanda kehamilan itu sendiri.
Harini mamapride ingin kongsikan beberapa ‘sign’ menandakan anda hamil anak perempuan.
Antara beberapa tanda-tanda yan menandakan anda hamil anak perempuan.

1. MORNING SICKNESS
Morning sickness adalah keadaan dimana ibu hamil merasa loya (atau mual) dan muntah secara spesifiknya pada waktu pagi dan malam tanpa sebab yang dapat dikenalpasti. Lapan daripada sepuluh wanita yang hamil mengandungi masalah ‘morning sickness’ ini. Ianya merupakan perkara biasa yang berlaku bagi si ibu,
Tetapi perbezaannya ialah jika rasa mual dan muntah melebihi lima bulan, ia boleh menjadi tanda bahawa si ibu mengandung anak perempuan.

2. KULIT MENJADI LEBIH SENSITIF
Perubahan fizikal yang dialami oleh wanita yang hamil anak perempuan selalu dikatikan dengan keadaan kulit yang lebih sensitif dibandingkan dengan kulit wanita sebelum mereka hamil. Dan, ibu hamil juga mengalami perubahan keadaan fizikal (tentu sekali!) dan ini juga termasuk pada kulit di bahagian bawah badan.

3. SI IBU TAMPAK CANTIK BERSERI-SERI
Sebahagian lagi mempunyai pendapat yang berbeza, mereka berpendapat bahawa ibu hamil yang mengandung anak perempuan lebih gemar untuk bersolek dan menjaga penampilan diri mereka. Wallahu’alam, sejauh mana kesahihannya, tetapi andai anda seorang ibu yang suka berdandan dan bersolek, berhati-hatilah dalam menggunakan bahan kosmetik kerana sebahagian besar daripadanya mengandungi bahan kimia yang dibimbangi memberi kesan kepada tubesaran janin.

4. SUKAR MENGAWAL EMOSI
Sebenarnya, perubahan emosi ketika hamil ini adalah disebabkan berlakunya perubahan hormon di dalam tubuh ibu. Ya lah, tentu sahaja hormon si ibu bertambah, dia sedang berkongsi tubuh dengan manusia lain! Tetapi, ada juga yang membantah pendapat ini dengan mengatakan bahawa si ibu melakukan segala sesuatu dengan mood yang dirasakannya ketika itu.
Tetapi begitulah, perubahan sikap kepada orang sekeliling (selalu beremosi dan marah), dihubungkaitkan dengan kehamilan janin perempuan.

5. BERAT DIBAHAGIAN PINGGUL BERTAMBAH
Tanda kehamilan selanjutnya adalah apabila si ibu itu sendiri merasakan berat di bahagian pinggag dan pinggul semakin bertambah. Ada juga sebahagian daripadanya yang berpendapat bahawa ciri ini boleh dikategorikan dalam ciri khas mengandung janin perempuan kerana kebiasaannya janin perempuan ini dapat dilihat daripada keadaan perut yang melebar ke sisi dan condong ke arah atas.