SUAMI TEMANKAN ISTERI SAAT MELAHIRKAN ANAK

Sangat penting untuk suami menemani isteri ketika bersalin. Antara kebaikannya adalah

1. MEREDAKAN DEBARAN HATI SI ISTERI

Saat melahirkan anak merupkan satu proses yang sangat mendebarkan. Bukan isteri sahaja, malah suami juga turut merasakan debaran yang sama. Dengan adanya kehadiran suami disisi, sekurang-krangnya dapat mengurangkan sedikit rasa debaran isteri ketika melihat wajah suami sebagai penyejuk mata.

2. MOTIVASI

Kehadiran suami di sisi meskipun hanya mengusa belakang badan isteri sewaktu kontraksi atau memberi kata-kata semangat adalah sesuatu yang sangat berharga untuk mengembalikan keyakinan si isteri.

3. MENGHARGAI KELUARGA

Jika suami melihat isterinya bertarung nyawa melahirkan anaknya, pasti dia akan teringat akan pengorbanan ibunya melahirkannya kan? Si suami akan lebih menghargai keuarganya.

4. SAYANG DAN HARGAI PENGORBANAN WANITA

Proses bersalin bukan sahaja menyakitkan malah memakan masa berjam-jam bagi si isteri untuk menolak bayi keluar dari badannya. Apabila suami melihat kesukaran itu, mereka pasti menjadi lebih sayang dan menghargai kaum wanita. Sampai bila-bila pun, suami akan ingat detik istimewa tersebut supaya pegangan cinta dan kasihnya kepada isteri berkekalan selamanya.

5. MENIMBULKAN KEINSAFAN DI HATI SUAMI

Kata orang, sakit melahirkan adalah kesakitan paling hebat sehingga tak mampu digambarkan dengan kata-kata. Kesakitan yang teramat itu sebenarnya boleh menimbulkan keinsafan jauh di lubuk hati suami yang melihat isteri mengerang kesakitan, bertarung nyawa untuk melahirkan zuriatnya.

Berikut merupakan tips untuk suami yang takut melihat darah. Walaupun takut melihat darah, anda masih boleh menemani isteri pada peringkat awal (tahap pertama proses kelahiran). Pada tahap ini, isteri akan mengalami kontraksi yang lebih kerap.

SUAMI BOLEH BANTU DENGAN CARA:

1)Memegang tangan isteri untuk mententeramkannya

2)Memberi kata-kata semangat untuk isteri

3)Mengurut bahagian belakang isteri untuk mengurangkan kesakitan

4)Mengelap muka isteri apabila berpeluh

5)Membasahkan bibir dengan air atau ketulan ais serta beri air kepada isteri

Jadi buat para suami, temanilah isteri anda semasa bersalin.