Senarai Keperluan Ibu Bersalin dan Bayi Baru Lahir (Download Checklist)
Bakal – bakal ibu pasti berasa sangat teruja menunggu kelahiran bayi yang dikandung sekian lama.
Bagi ibu yang akan bersalin buat pertama kali pasti tertanya-tanya apakah barang keperluan yang perlu disediakan untuk bersalin di hospital nanti.
Sungguhpun kebanyakan wanita biasanya akan melalui tanda-tanda kelahiran yang jelas, sebaiknya anda sudah mempersiapkan barangan keperluan bersalin di dalam sebyah beg khas seawal 1 bulan sebelum tarikh ‘due date’.
Letakkan terus beg ini di dalam kereta supaya mudah dibawa bersama pada bila-bila masa.
Supaya memudahkan urusan anda dan pihak hospital.
Dan juga memudahkan suami agar tidak perlu berulang-alik untuk mengambil barang yang tertinggal.
Mari kita semak senarai barang keperluan bersalin yang patut disediakan.
Barang Keperluan Bersalin Untuk Ibu

kredit gambar: ladywankaydiary.com
1. Buku merah (Buku Laporan kehamilan)
Buku ini sangat penting untuk pihak hospital membuat semakan. Di dalamnya ada laporan kesihatan pemeriksaan ibu sepanjang proses mengandung. Malah digalakkan buku ini diletakkan dalam handbag supaya senang diambil.

Contoh kad pengenalan
2. Kad Pengenalan Diri
Kad pengenalan ibu diperlukan bagi proses pendaftaran. Selain daripada meletakkannya di dalam bag, berikan kepada suami. Supaya suami tidak tercari-cari.

3. Tuala Mandi dan Tuala Muka 1-2 helai
Digalakkan menyediakan tuala muka bagi mengelap peluh semasa proses meneran. Meskipun bilik bersalin dilengkapi penghawa dingin, namun ianya tidak terasa semasa melahirkan anak.

Contoh maternity pad
4. Maternity Pad
Pada ini lain dari yang lain. Bukan seperti kebiasaan semasa haid. Maternity pad lebih tebal dan mempunyai daya serapan lebih banyak. Ini bagi menyerap darah yang keluar dengan banyak selepas proses melahirkan anak.

Disclaimer: Hasil mungkin berbeza mengikut keadaan dan kesihatan pengguna
5. Seluar Bersalin Mamapride
Bagi melindungi peha, betis dan lutut semasa bersalin, gunakan seluar bersalin Mamapride. Seluar ini selamat digunakan dan sudah digunakan di lebih 90 buah hospital seluruh Malaysia.
6. Baju Persalinan dan Tudung
Pakaian yang digunakan semasa bersalin mungkin akan kotor kerana terkena darah atau air ketuban yang pecah. Jadi sediakan pakaian persalinan supaya ibu selesa.

kredit gambar: iheartorganizing.com
7. Toiletries
Berus gigi, ubat gigi, sabun mandi, shampoo, selipar tandas dan segala kelengkapan harian yang biasa digunakan. Seeloknya cari pek kecil atau pek travel supaya senang dibawa.

8. Sarung Lengan (Arm Sock)
Sarung tangan ini untuk dipakai di dalam wad selepas bersalin. Kebiasaannya wad bersalin menerima ramai pengujung lelaki dan wanita. Jadi sarung tangan digunakan bagi melindungi aurat lengan daripada terdedah.

9. Stokin dan Sweater
Petua orang tua-tua menyarankan ibu yang baru bersalin supaya mamakai stokin. Elak masuk angin. Jadi pilih stokin yang sesuai. Bawa 1 atau 2 pasang. Ibu-ibu juga digalakkan memakai sweater atau jaket tebal.

10. Kain Batik
Kain batik boleh dipakai di dalam wad. Pun begitu perlu dapatkan kepastian dengan hospital. Biasanya, hospital mahukan ibu-ibu memakai uniform yang mereka berikan. Apa-apa pun tidak salah untuk bawa 1-2 helai. Sebagai backup.

11. Seluar Dalam dan Nursing Bra
Selepas bersalin, ibu dan anak akan diletakkan di bawah pemerhatian. Hanya selepas selesai kesemua proses pemeriksaan, baharulah ibu dan anak dibenarkan pulang. Jadi sediakan pada jumlah sesuai untuk 1-2 hari.

12. Kurma
Kurma merupakan makanan yang memberikan tenaga pantas. Siapkan kurma dalam plastik kecil atau bekas kecil. Dalam 3-5 biji. Kurma boleh dimakan sebagai energi tambahan kepada ibu.
13. Air Zam Zam atau Air Mineral
Proses bersalin melibatkan tenaga yang banyak. Ibu akan kehausan lantaran banyak berpeluh. Bawa air mineral dan letakkan ditempat yang senang dicapai.
14. Plastik
Plastik ini digunakan bagi mengisi baju dan seluar yang kotor akibat terkena darah. Juga bagi mengisi uri yang keluar selepas melahirkan anak.
15. Lain-Lain
Telefon bimbit, charger, bantal, jam, duit dan lain-lain. Download checklist di bawah dan tandakan. Supaya tidak ada yang tertinggal.
Barang Keperluan Untuk Bayi

1. Baju Newborn
Bawa baju persalinan bayi. Semak tag baju. Pastikan saiznya newborn. Baju newborn sangat kecil. Sesuai untuk bayi baru lahir. Disarankan untuk bawa baju lengan panjang. Bawa pada jumlah 3-4 pasang.
2. Tuala Bayi
Tuala kecil untuk mandikan bayi. Cari tuala yang lembut dan menyerap air.

Barut bayi dari manjukhappy.blogspot.com
3. Kain Barut
Kain barut digunakan untuk membalut perut bayi. Petua orang tua menyarankan begini supaya perut bayi tidak masuk angin.

kredit: babyjoyclub.com
4. Lampin Bayi
Sama seperti baju. Bawa lampin untuk newborn. Ada beza antara lampin newborn dan lampin biasa selain daripada saiznya. Lampin newborn ada ruang untuk tidak menutup tali pusat yang belum tercabut.

kredit: yourfabulousmama.net
5. Kain Bedung
Kain bedung bayi diperlukan untuk membalut bayi. Begini bayi dapat tidur dengan selesa dan nyenyak. Bawa 2-4 helai.

6. Mitten, Booties dan Topi
Ada ibu suka pakaikan anak dengan sarung tangan, kaki dan topi. Bagi mengelakkan bayi baru lahir kesejukkan dan bagi menghalan bayi mencakar mukanya sendiri.

7. Tisu Lembap
Bawa tisu lembap 1 pek. Pilih yang bebas alkohol dan tidak ada bahan kimian. Seeloknya beli yang water-based. Tisu lembap digunakan untuk membersihkan bayi semasa menukar lampin.
8. Peralatan Mandi
Shampoo bayi, bedak, sikat. Bagi bayi wangi-wangi gitu. Letakkan dalam satu bag khas. Supaya tidak bercampur dengan barangan lain dan senang diambil.
9. Minyak
Bawa minyak sebagai persediaan. Kebiasaannya minyak ini disapukan kepada bayi. Ada yang suka guna minyak telon. Ada yang suka guna minyak Yuyi. Apa-apa pun dapatkan nasihat daripada doktor terlebih dahulu.
Apa Kata Ibu?
Bagaimana? Sudah lengkap semua persediaan ibu-ibu? Adakah lagi barang-barang keperluan ibu dan bayi yang tidak kami senaraikan?
Boleh komen dibawah untuk kami tambah.
Dan bagi yang ingin mendapatkan senari semak ini, klik pada ruangan download di bawah.
Oh ya, boleh bantu kami sebarkan artikel ini?

BONUS: Download Senarai Keperluan Ibu Bersalin dan Bayi Baru Lahir. PERCUMA.
Disclaimer: Checklist ini adalah senarai semak yang dicadangkan. Dapatkan khidmat nasihat pegawai kesihatan sekiranya ada pertanyaan lanjut.