Seluar Ini Dicerca Manusia Serata Dunia

Pada satu ketika, kecoh satu Malaysia. Kaum wanita mohon supaya hanya doktor perempuan dibenarkan bagi menguruskan proses melahirkan anak. Permintaan ini senang dilakukan di hospital swasta. Namun ianya tak berapa praktikal di hospital kerajaan. Salah satu sebabnya doktor yang bertugas sentiasa bertukar-tukar.

petisyen

Perbincangan dan perdebatan isu ini semakin hangat. Sehinggakan ada yang mengeluarkan fatwa haram doktor lelaki menguruskan kelahiran. Lalu sekumpulan doktor bermesyuarat membincangkan perkara ini. Apakah langkah yang atau jalan tengah yang boleh diambil.

Hasil dari itu tercetus idea satu seluar yang meminimumkan bukaan. Mengurangkan pendedahan anggota badan wanita.

Semasa bersalin secara normal, kebanyakkan wanita mendedahkan peha, betis dan lutut. Anggota-anggota ini boleh ditutup. Malah tak perlu dipertontonkan. Yang paling penting adalah bahagian saluran tempat bayi keluar harus dibuka.

Mencari Jalan Penyelesaian

Bertitik tolak daripada idea ini, satu prototaip seluar bersalin dihasilkan. Bukaan tengah diukur dan dicipta pada tahap paling optimum supaya tak menghalang proses kelahiran. Dari prototaip, seluar ini seterusnya dihantar kepada tukang jahit.

Salam seorang tim pengasas Mamapride, Dr Afnan, menceritakan. “Dia pergi jumpa banyak tukang jahit, namun semuanya tak mahu jahit. Macam-macam alasan diberikan”.

Namun tim Mamapride tak putus asas. Bagi Mamapride ini adalah perjuangan. Satu usaha yang mendamaikan. Akhirnya ada yang setuju. Lalu terhasillah Mamapride edisi pertama.

Pada peringkat ini seluar bersalin Mamapride dihasilkan bagi tujuan ujikaji. Seluar ini dihantar ke 3 buah hospital swasta. Ibu yang bersetuju menggunakan seluar ini dicatat dan diambil maklum balas. Ini bagi memastikan seluar ini benar-benar selamat dan selesa digunakan.

seluar mamapride diuji-pakai

Seluar Mamapride diuji guna.

Dilancarkan dan Diserang Habis-Habisan

Pada tahun 2014, seluar ini secara rasminya dilancarkan bagi orang awam. Semua yang berminat boleh mendapatkan seluar ini menerusi halaman rasmi Mamapride. Sambutan yang diterima sangat menggalakkan. Rata-rata pengguna sangat teruja dengan kehadiran seluar ini.

Setahun kemudian. Pada June 2015, akhbar Malay Mail Online menyiarkan berita kehadiran seluar ini. Dengan tak semena-mena, seluar ini dicerca oleh ramai pembaca. Kebanyakkannya menghina bahkan mempersenda peranan seluar ini. Mereka ingat seluar bersalin Mamapride satu seluar yang menyusahkan wanita.

Akhbar Malay Mail

Tak lama selepas Malay Mail Online, sebuah akhbar di UK, The Daily Mail, turut menyiarkan cerita seluar bersalin Mamapride. Di sini Mamapride menerima kecaman yang lebih dahsyat. Berita ini mendapat 5200 share dan majoritinya memperlekeh usaha ini.

kecaman daily mail uk

Mamapride Terus Melangkah

Kini sudah masuk tahun 2017, Mamapride terus melangkah. Alhamdulillah, baru-baru ini Mamapride menerima anugerah emas dalam pertandingan International Exposition on Syariah Compliant Idea, invention, Innovation & Design. Anugerah ini disampaikan oleh Timbalan Mufti Selangor, Sahibus Samahah Dr Anhar bin Opir.

Sesungguhnya perjalanan Mamapride bukan mudah. Namun bukan juga susah. Istiqamah dan terus melangkah. Tujuan Mamapride dihasilkan adalah bagi melindungi maruah dan aurat muslimah. Andai ada yang tak bersetuju, datangkanlah alternatif lain.

Seluar bersalin Mamapride ini sudah digunakan di 92 hospital seluruh Malaysia. Bakal ibu dinasihatkan menunjukkan seluar ini sewaktu pemeriksaan kesihatan supaya doktor tahu dan beri kebenaran. Majoriti pengguna Mamapride tidak menghadapi sebarang masalah dalam menggunakan seluar ini.

Akhir kata, Mamapride akan terus melangkah demi ummah. Orang boleh mempersenda, namun Mamapride akan tetap ke sana. Kita cipta penyelesaian. Kita cipta perubahan.

Click here to add a comment

Leave a comment: