RAHSIA PERKAHWINAN BAHAGIA

tips bahagia

Tidak susah untuk dapatkan rumahtangga bahagia. Terdapat banyak perkara kecil yang membantu hubungan suami isteri itu kekal bahagia.

Lakukan walau satu saja perkara di bawah ini, Ianya boleh memberi banyak kebaikan.

1.UBAH FOKUS ANDA.

Fokus kepada perubahan diri anda berbanding pasangan anda. Fokus kepada cuba memberikan apa yang pasangan inginkan berbanding apa yang anda inginkan.

2.JANGAN HILANGKAN IDENTITI ANDA

Wanita selalunya sibuk menjaga suami serta anak-anak sehingga terlupa menjaga dirinya sendiri. Usah putuskan hubungan dengan kawan-kawan dan cari sesuatu hobi yang boleh dilakukan.

3.PERCAYAKAN PASANGAN

Tanpa kepercayaan, memang mudah sesuatu perhubungan itu goyah.Syak wasangka akan menyebabkan cemburu dan sebgainya.

4.BELAJAR

Belajarlah daripada pasangan sekeliling anda yang bahagia.Jangan malu untuk Tanya apa rahsia mereka dan minta nasihat mereka.

Perkahwinan adalah satu perjalanan yang memerlukan kerja keras tetapi dengan rahsia ini,Pasti ada peluang untuk anda dan pasangan hidup lebih bahagia 🙂

credit gambar: Nadia Zahari

Click here to add a comment

Leave a comment: