Seluar Bersalin Mamapride merupakan seluar yang direka khas bagi melindungi maruah dan aurat wanita semasa bersalin. Seluar ini melindungi peha, betis dan lutut ibu bersalin daripada terdedah.
Seluar Mamapride ini diperbuat daripada kain yang sangat selesa. Seluar ini mempunyai bahagian tengah yang boleh dibuka semasa melahirkan anak. Sekaligus memastikan proses kelahiran anak berjalan secara lancar.
Selain itu ada ruang injeksi syntometrine yang memudahkan doktor atau jururawat untuk memberikan suntikan. Ibu tidak perlu menyelak atau menurunkan seluar yang dipakai.
InsyaAllah seluar Mamapride ini merupakan satu inovasi yang telah diuji guna dan selamat digunakan. Bahkan seluar ini boleh juga digunakan untuk sebarang prosedur yang melibatkan bahagian perineum seperti ujian PAP Smear.
Reviews
There are no reviews yet.