IBU HAMIL PERLU TAHU : 6 PETUA MUDAH BERSALIN

Megandungkan anak pertama adalah detik-detik yang paling indah buat seorang wanita yang bakal bergelar ibu. Selepas disahkan oleh doktor, hati seorang wanita menjadi sangat gembira lalu sujud syukur kepada Allah s.w.t tanda besyukur kerana diberi peluang untuk hamil.

Saat melahirkan adalah saat yang ditunggu-tunggu oleh wanita hamil. Namun begitu, ianya juga merupakan saat yang paling menakutkan terutamanya untuk ibu yang akan melahirkan anak pertama.

Setiap wanita pastinya ingin melalui proses bersalin yang lancar dan selamat kan?

Jangan panik, disini MAMAPRIDE akan kongsikan  6 petua supaya mudah bersalin.

1. AMALAN ROHANI

PETUA MUDAH BERSALIN MAMAPRID

Antara petua yang paling penting supaya mudah bersalin adalah perbanyakkan membaca Al-quran sepanjang tempoh kehamilan terutamanya surah Maryam.

Dalam surah Maryam, khususnya, kita akan dapat menghayati beberapa pengajaran yang boleh dikaitkan dengan kehamilan dan keibubapaan. Secara tak langsung ia menyokong kepada surah ini amat sesuai untuk dibaca sewaktu mengandung supaya mudah bersalin.

Selain itu juga, ibu mengandung disarankan agar memperbanyakkan berzikir dan berselawat ke atas nabi junjungan iaitu Nabi Muhammad s.a.w. Dengan cara ini dapatmemberikan ketenangan kepada ibu semasa proses bersalin.

Ibu mengandung juga harus sentiasa berdoa kepada Allah supaya dipermudahkan segala urusan kelahiran.

2. BERGERAK DAN BERJALAN

petua mudah bersalin mamapride
Sudahlah tengah sarat mengandung, disuruh banyak berjalan dan bergerak pula.

Ha.., sebenarnya salah satu petua supaya ibu mudah bersalin adalah dengan banyak berjalan dan bergerak terutamanya saat kandungan memasuki usia 36 minggu. Kebanyakan ibu biasanya sudah tidak larat untuk banyak bergerak, apatah lagi banyak berjalan apabila di penghujung kehamilan.

Namun begitu janganlah berjalan seperti atlet marathon pula, sebaliknya berjalanlah secara perlahan-lahan.

Selain itu juga, kerja-kerja rumah yang ringan seperti mengemas, menyapu sampah, membasuh pinggan, melipat pakaian juga dasarankan dilakukan oleh ibu mengandung dalam memudahkan proses bersalin kelak. Jangan terlalu memaksa diri sehingga menjejaskan kandungan.

3. TEKNIK MENERAN DAN PERNAFASAN YANG BETUL

petuamudah bersalinmamapride
Pernafasan yang betul adalah sangat penting untuk memudahkan proses meneran dan menahan kontraksi.

Antara tipsnya adalah, punggung mestilah berada di dalam keadaan tetap dan tidak terangkat semasa meneran. Ianya dapat mengelakkan daripada koyakan yang teruk di bahagian ‘perineum’.

Kadang-kadang, dalam keadaan yang terlampau sakit menahan kontraksi, ramai ibu terlupa akan teknik yang betul semasa bernafas. Disinilah betapa pentingnya teknik bernafas dengan betul supaya tubuh kita lebih tenang semasa bersalin.

4. MAKANAN YANG BERI TENAGA

petuamudah bersalin
Proses bersalin adalah satu proses yang sangat panjang dan memenatkan. Oleh yang demikian, anda memerlukan tenaga yang banyak untuk meneran dan menahan kontraksi.

Ibu hamil dinasihatkan agar makan makanan yang memberikan sumber tenaga seperti memakan buah kurma dan minum minuman susu badam sebelum proses bersalin.

Selain itu juga, sesetengah ibu percaya akan kebaikan meminum minyak zaitun dan minyak kelapa dara untuk memudahkan proses bersalin. Kebiasaannya amalan meminum minyak ini diamalkan pada trimester terakhir.

Seeloknya sebelum mendapatkan sebarang makanan atau produk supplemen, dapatkan nasihat daripada doktor perubatan terlebih dahulu. Ini bagi mengelakkan komplikasi atau mudarat yang tidak disedari.

5. SENAMAN

petua mudah bersalin
Percaya atau tidak, salah satu petua mudah bersalin adalah dengan melakukan senaman. Antara beberapa senaman yang dapat melancarkan proses bersalin adalah:-

a) SENAMAN KEMUT KAGEL
Senaman ini membantu melatih otot vagina lebih kenyal. Manfaatnya ialah dengan melakukan senaman ini, ia menyebabkan otot mengembang dengan lebih baik semasa proses kelahiran. Cara- cara melakukan senaman ini adalah seperti berikut:
+ Kemutkan otot pelvis( seperti menahan kencing).
+ Tahan selama 6 minit.
+ Lepaskan perlahan-lahan dan rehat.
+ Ulangi 25 kali setiap satu sesi. Lakukannya 2-3 kali sehari.

b) TAILOR SITTING
Senaman ini membantu memperbaiki postur badan pada masa yang sama dapat melembutkan sendi pelvik dan melancarkn peredaran darah ke bahagian bawah badan. Cara melakukan senaman ini seperti berikut:
+ Duduk di atas lantai dengan belakag badan anda tegak.
+ Temukan tapak kaki, pastikan lutut anda mencecah lantai, anda akan merasakan regangan pada bahgian dalam peha. Lakukan senaman ini setiap kali anda duduk di lantai.
+ Jika sukar untuk duduk dalam posisi ini, sandar pada dinding dan alas peha anda dengan bantal atau kusyen.

c) WALL SLIDE
Mencangkung semasa hamper bersalin dapat membantu membuka laluan dengan lebih cepat. Cara melakukan senama ini adalah seperti berikut:
+ Berdiri dan sandar belakang anda pada dinding.
+ Kangkangkan sedikit kaki anggaran jarak bahu anda dan turunkan badan anda ke bawah (slide down) sehingga anda berada dalam kedudukan seperti duduk di atas kerusi.
+ Tahan beberapa saat, naik ke atas  Ulangi beberapa kali sebaik baiknya.
+ Anda juga boleh melakukan senaman ini tanpa dinding.Senaman ini membantu menguatkan otot dan melancarkan proses meneran.

6. URUTAN PERINEUM

petua mudah bersalin
Urutan ini dapat membantu memudahkan proses bersalin dan mengurangkan risiko koyak semasa meneran. Urutan ini digalakkan dilakukan di antara bahagian dubur dan faraj bermula dari kandungan berusia 34 minggu sehinggalah ke saat kehamilan.

Cara-cara melakukan urutan perineum:
+ Pastikan kuku dipotong pendek dan bersih. Cuci dahulu tangan dengan sabun sehingga bersih.
+ Cari tempat yang sesuai untuk melakukannya. Ibu mestilah dalam keadaan tenang dan sebaiknya dilakukan dalam keadaan mencangkung.
+ Gunakan minyak semulajadi seperti minyak kelapaa atau minyak zaitun untuk melakukan urutan.
+ Gunakan 1-2 jari dan masukkan ia dala ia dalam jarak 1-1.5 inci ke dalam faraj. Tekankan jari ini ke bahagian bawah (anus/dubur) sehingga ibu merasa regangandi bahagiaan tersebut.
+ Biarkan ia dalam keadaan regangan selama 1-2 minit.
+ Ulang urutan beberapa kali dalam gerakan ‘U’.

Urutan perineum boleh dilakukan selama 10 minit setiap hari bagi membiasakan bahagian tersebut dengan regangan. Cuba wajibkan urutan ini sekurang-kurangnya 4 kali seminggu.

Petua Mudah Bersalin

Demikianlah beberapa petua mudah bersalin yang sempat MAMAPRIDE kongsi. Semoga bermanfaat buat ibu yang bakal bersalin terutamanya yang bakal melahirkan anak pertama.

Jangan risau, selain daripada mengamalkan petua-petua ini, kita harus banyakkan berdoa keapada Allah s.w.t supaya diberi kemudahan buat kita dalam melahirkan anak. Itu yang paling penting. Oh ya, dapatkan seluar bersalin mesra aurat Mamapride yang dapat meminimakan bukaan aurat semasa bersalin =)