PETUA DAPAT BAYI COMEL

  1. AMALAN MENGAJI SURAH YUSUF DAN MARYAM

    Antara surah yang disarankan untuk ibu hamil ialah Surah Yusuf, Surah Maryam dan Surah Luqman. Lebih bagus jika dalam tempoh sembilan bulan hamil, anda khatam AL-QURAN. Namun, jangan pula amalan membaca alquran dihentikan selepas melahirkan.Teruskan sahaja amalan mengaji dan jadikan rutin setiap hari sampai bila-bila.

  2. AMALAN PEMAKANAN YANG SIHAT DAN SEIMBANG

    Banyakkan makan sayuran hijau kerana menurut petua orang lama, anak yang bakal dilahirkan akan memiliki kulit yang cantik akibat daripada pengambilan banyak sayuran hijau.Buah buahan seperti oren dan epal juga sangat digalakkan untuk diamalkan ketika hamil, Hal ini kerana sayuran dan buah buahan merupakan sumber vitamin c yang memang sangat mujarab untuk kecantikan kulit.

  3. MINUM AIR KELAPA

    Ibu hamil digalakkan meminum air kelapa asli ketika usia kandungan memasuki tujuh bulan.Selain membuatkan kulit bayi menjadi cantik dan cerah, ianya juga membantu melebatkan rambut dan membersihkan bayi dalam kandungan.Lendir dan darah tidak mudah melekat pada bayi ketika saat dilahirkan.

  4. KERAP MELIHAT GAMBAR BAYI COMEL

    Orang -orang lama kata ibu hamil akan kena kenan gambar bayi yang setiap hari dilihatnya. Mungkin benar, mungkin tidak..namun tidak salah jika anda mencubanya kan?

CREDIT: TIPSMUDAHHAMIL

Click here to add a comment

Leave a comment: