Persiapan Fizikal Sebelum Bersalin
Bagi ibu yang sekarang sedang hamil 9 bulan, sudah pasti tidak sabar dengan lahirnya si kecil.Proses bersalin adalah saat yang paling mendebarkan bagi setiap wanita.
Pada saat seperti ini, para ibu diharapkan beretnang dan persiapkan diri dengan baik untuk menghadapi proses bersalin nanti.
Berikut merupakan beberapan panduan persiapan fizikal sebelum bersalin.
1. LETAK DALAM BUT KERETA
Pastikan persiapan hospital dan segalanya kelengkapan penting sudah disediakan dari awal. Tempatkan beg kelengkapan anda, bayi dan si ayah di dalam but kereta sebaik sahaja kandungan melepasi trimester kedua.
2. MAKANAN SEIMBANG
Adalah penting untuk anda memastikan berat badan tidak naik berlebihan di trimester akhir. Pemakanan seimbang perlu diambil secara berterusan bagi membolehkan anda memberi zat terbaik kepada bayi Puan dalam kandungan. Malah, Puan juga dapat mengekalkan tenaga sewaktu di bilik bersalin kelak.
3. BANYAK BERJALAN
Pastikan tubuh kekal aktif bertenaga. Untuk memudahkan proses bersalin, Puan harus banyak bergerak, berjalan, turun dan naik tangga bermula daripada awal trimester ketiga kehamilan.
4. MINYAK KELAPA DARA
Mula mengambil satu sudu minyak kelapa dara dua kali sehari sebaik sahaja kandungan mencecah usia lapan bulan. Ia dipercayai dapat memudahkan anda ketika bersalin. selain diminum begitu sahaja, anda boleh menggunakan minyak yang sama untuk melakukan urutan perineum. Kami mengesyorkan untuk Puan bincang dengan doktor bagi memastikan semuanya berjalan lancar.
5. TIDUR YANG CUKUP
Mungkin agak sukar untuk mendapatkan tidur yang cukup. Namun, anda perlu cuba untuk tidur lapan jam sehari sehingga hari bersalin kerana rehat yang mencukupi amat diperlukan ketika ini.
6. AMALKAN DOA & ZIKIR
Sentiasa berzikir, dirikan solat taubat dan solat hajat sambil memohon doa kepadaNya bagi memudahkan Puan bersalin dan bayi dilahirkan sihat dan selamat. Salah satu zikir yang boleh diamalkan sepanjang hamil dan sewaktu mengalami kontraksi ialah zikir yang dibaca oleh Nabi Yunus ketika di dalam perut ikan paus.
7. MAKAN SEBELUM BERANGKAT
Sebelum berangkat ke hospital, pastikan Puan makan terlebih dahulu. Tujuannya ialah sebagai bekalan tenaga ketika mahu bersalin nanti.
8. BAWA BUKU KEHAMILAN
Bawa buku rekod kehamilan biar di mana jua anda berada. Andai perlu bersalin sebelum tiba masanya, sekurang-kurangnya buku rekod berkenaan dapat membantu doktor bakal menyambut kelahiran bayi mengetahui tahap kesihatan Puan dan anak yang Puan kandung.
9. KEBERSIHAN DIRI
Di akhir trimester kehamilan, pastikan Puan sentiasa menjaga kebersihan diri terutamanya di bahagian alat kelamin. Seminggu sekali, pastikan bulu bahagian intim dicukur dengan sempurna.
10. MOHON MAAF
Mohon maaf dan reda daripada suami, ibu, ayah, mertua dan ahli keluarga yang lainnya. Minta mereka mendoakan kesejahteraan Puan dan bayi yang bakal dilahirkan.
11. JAGA PERNAFASAN
Sentiasa menjaga dan memgawal corak pernafasan. Tarik nafas menggunakan hidung dan lepaskannya menggunakan mulut.tarik dalam-dalam, kemudian lepaskan sedikit demi sedikit terutamanya ketika berlaku kontraksi. Sentiasa berkeadaan tenang agar kesakitan yang di dalam dapat dikurangkan.
12. CARA MENERAN
Jangan sesekali meneran sebelum bukaan serviks mencapai 10cm. Cara ini dapat mengelakkan rahim Puan daripada membengkak. Dalam masa yang sama, jangan meneran jika tiada kontraksi. Hanya ketika kontraksi sahaja, bayi dapat ditolak dengan baik. Jadi simpan tenaga Puan untuk meneran pada waktu yang sepatutnya.
13. ELAK MENJERIT
Sebaik-baiknya meneran tanpa mengeluarkan suara atau menjerit. Suara dan menjerit yang dikeluarkan sewaktu meneran menandakan bahawa teknik meneran itu adalah salah dan tidak membantu menolak bayi untuk keluar dengan lancar.
14. AMBIL CUTI
Sekiranya bekerja, anda sangat digalakkan untuk mengambil cuti. Usah bekerja sehingga ke tarikh jangkaan bersalin. Hal ini kerana dibimbangkan tekanan kerja akan membuat anda stres. Jika boleh luangkan masa seminggu untuk duduk berehat dirumah sebelum bersalin.
15. SOKONGAN SUAMI
Rancang dengan suami. Usahakan suami sentiasa di sisi. Pada ketika ini sokongan emosi dari suami sangat-sangat penting. Pastikan anak-anak di rumah ditemani oleh penjaga. Supaya semuanya berjalan dengan sempurna.
16. GUNAKAN KERUSI RODA
Andainya Puan sangat sakit untuk berjalan sewaktu hendak turun dari kereta, dapatkan kerusi roda. Tanya pihak hospital. Mereka memang sudah bersedia untuk membantu.
17. MENUTUP AURAT
Apabila ada kesempatan, beritahu untuk dapatkan doktor perempuan. Seboleh-bolehnya jaga aurat seelok yang boleh. Bagi proses bersalin secara normal, Puan boleh cuba seluar bersalin Mamapride. Seluar ini dicipta khas bagi melindungi peha, betis dan lutut daripada terdedah.

SELAMAT BERSALIN
Proses bersalin adalah pengalaman luar biasa seorang wanita. Meskipun ianya mencabar namun wanita tetap berjaya mengatasinya. Kita usaha sebaik mungkin, insyaAllah dipermudahkan Allah s.w.t.