PERSEDIAAN BERSALIN BUAT IBU HAMIL ANAK PERTAMA

Persediaan Bersalin Buat Ibu Hamil Anak Pertama

Ramai ibu yang hamil anak sulung kurang arif dalam membuat persediaan menghadapi kelahiran. Malah masih ada segelintir yang kurang bersedia dalam menyediakan segala keperluan untuk ‘orang baru’. Bersiap sedia dengan segala peralatan keperluan amat penting supaya segalanya berjalan lancar sehingga tiba hari melahirkan anak.

Perkara penting yang ibu perlu ambil berat ialah :

  • Step by step yang perlu diambil apabila merasa tanda-tanda untuk bersalin. Yang ni Diana pernah ceritakan dalam tajuk ‘ Proses Bersalin Buat Bakal Ibu’.
  • Memberitahu tanda-tanda bersalin kepada suami.
  • Seelok-eloknya sediakan semua peralatan yang perlu dibawa ke hospital semasa kandungan mencecah masuk tujuh bulan ataupun sembilan bulan.
  • Memberi tip pada suami atau step yang suami perlu lakukan.
  • Dapatkan tip daripada ibu atau orang yang lebih berpengalaman ataupun melalui pembacaan buku.Hari selepas keluar dari hospital dan juga penjagaan semasa berpantang di rumah.

Apabila ibu mulai ada tanda-tanda untuk bersalin, jangan cepat gelabah. Ini antara tanda-tanda yang biasa dialami oleh para ibu :

  • Rasa sakit di bahagian atas perut sehingga ke tulang belakang dan kekerapan rasa sakit itu semakin meningkat apabila semakin hampir dengan waktu untuk bersalin. Tapi ibu perlu ingat, jangan meneran selagi doktor atau jururawat yang bertugas tidak mengarahkan ibu untuk meneran. Di khuatiri jika ibu meneran semasa bukaan serviks belum 10 sentimeter, ia akan menyebabkan koyak yang serius pada vagina ibu. Koyak yang serius akan menyukarkan jururawat menjahit dan tempat luka lebih panjang. Penjagaan akan menjadi lebih rumit. Oleh itu, ibu kena sabar dan ikut nasihat doktor dan jururawat walaupun rasa sakit yang teramat sangat.
  • Darah dan lendir keluar dengan tiba-tiba.
  • Turun air atau lebih diketahui sebagai air ketuban pecah. Perbezaan air ketuban dan air kencing yang keluar juga ada Diana ceritakan dalam posting sebelum ini.

Sebaiknya ibu segera ke Hospital jika telah mendapat tanda-tanda seperti diatas. Di Hospital, doktor akan membuat pemeriksaan untuk pengesahan. Gunakan seluar bersalin mesra aurat MAMAPRIDE untuk memudahkan pemeriksaan.

Setibanya Ibu di Hospital, doktor akan membuat pemeriksaan Cardio-toco-gram (CTG). CTG berfungsi mengesan denyutan jantung bayi dan frekuensi kontraksi uterus. Pemeriksaan ini penting dalam menentukan taraf kesihatan bayi dalam kandungan. Denyutan jantung yang terlalu laju atau terlalu perlahan amat berbahaya dan memerlukan pemeriksaan lanjut dengan segera.

Kemudian, doktor akan membuat pemeriksaan vagina bagi merasa bukaan serviks. Sekiranya air ketuban pecah, doktor akan mengambil sedikit bagi melihat sama ada ia ‘bersih’ atau ‘tercemar’.

Air ketuban yang tercemar menunjukkan bayi sudah berak di dalam perut ibu. Keadaan ini amat berbahaya dan memerlukan pembedahan segera. Sekiranya keadaan ibu dan bayi baik, doktor akan mengawasi, memberi panduan serta semangat kepada ibu sehinggalah selamat bersalin.

Selepas bayi keluar dari rahim ibu, uri akan lekang dengan sendirinya. Doktor akan menariknya keluar dengan sebelah tangannya diletakkan di atas perut, bagi mengelakkan rahim yang masih bengkak daripada tercedera. Akhir sekali, doktor akan memeriksa vagina yang terkoyak atau luka.

Ibu yang bersalin secara normal dan juga di bedah, keadaan kedua-duanya sangat lemah selepas keluar dari bilik bersalin. Ibu dinasihatkan agar berehat selama enam hingga lapan jam.

Namun ibu juga perlu kuatkan semangat untuk bangun dan menyusukan bayi terutamanya ibu yang bersalin secara pembedahan. Memang sangat menyakitkan apabila ubat bius yang digunakan semasa pembedahan sudah hilang kesannya. Ibu boleh cuba menyusukan bayi secara duduk ataupun mengiring.

Penyusuan penting kepada ibu dan bayi. Ia membantu mengecutkan rahim, manakala bayi perlu menghisap susu ibu secepat mungkin kerana ia menjana sistem usus dan perkumuhannya. Susu ibu dapat mengelakkan masalah dehidrasi kepada bayi.

Untuk dapatkan seluar bersalin mesra  aurat mamapride
sila hubungi 01115448195 (PIQA)

 

klik share semoga bermanfaat untuk semua 🙂

credit: fb panduan ibu mengandung

Click here to add a comment

Leave a comment: