Panduan susukan bayi anda

Sebaik-baiknya ibu harus menyusukan bayi sejurus selepas kelahiran.Ini kerana susu pekat yang bewarna kekuningan yang dikenali sebagai kolostrum merupakan cecair beharga buat bayi.

Ia mengandungi semua zat yang diperlukan oleh bayi iaitu protein, vitamin A, sel darah putih dan laktosa.Ia mampu membantu tubuh bayi melawan virus bakteria dan toksin.

Walaupun kolostrum ini keluar pada hari pertama kelahiran sehingga hari ketiga dalam kuantiti yang sangat sedikit, para ibu perlu meneruskan pemberian susu ibu secara ekslusif selama enam bulan dan kemudian meneruskannya sehingga si manja berusia dua tahun.

PANDUAN SUSUKAN BAYI

Menjadi seorang ibu terkadang membuatkan anda lelah dan terganggu emosi. Usahakan untuk tenang dan berfikir positif agar terhindar dari baby blues dan hari-hari yang dialui lebih tenang.Keadaan yang positif di sekitar anda membantu melancarkan penghasilan susu ibu.Selain itu, situasi yang membahagiakan selama menyusui membuatkan anda dan bayi menjalin ikatan yang kuat.Berikut panduan yang boleh dilakukan bagi membantu anda menyusukan bayi

1.   Susukan bayi sekurang-kurangnya setiap tiga jam. Jika bayi tidur , kejutkannya.Anda harus percaya bahawa    semakin kerap payudara dikosongkan, Semakin banyak susu dihasilkan.

2.   Kenali posisi menyusu yang sesuai untuk anda dan bayi anda.Anda boleh memilih sama ada posisi mendukung,  mendukung bersilang, mendakap dan berbaring serta memastikan bayi melekap dengan betul.

 

3.  Atur posisi menyusu yang paling selesa untuk anda. Anda boleh  meletakkan bantal di belakang pinggul       mahupun di peha.

4.  Hiburkan diri anda dengan menonton televisyen atau melakukan aktiviti ringan yangpaling anda gemari seperti  membaca novel. Pilih sesuatu yang boleh membantu anda lebih tenang. Jika anda lebih sennag melihat bayi anda  ketika menyusukannya, lakukan sahaja

5.   Anda juga perlu mengambil pemakanan yang sihat agar memperoleh nutrisi. Makan buah-buahan, salad,    makanan rendah lemak, sedikit karbihidrat dan perbanyakkan minum air suam.

6.   Usahakan untuk mendapat istirehat yang cukup agartubuh anda tidak kepenatan. Ketika bayi anda tertidur,    anda juga berhak tidur sejenak :

credit:majalah wanita

Click here to add a comment

Leave a comment: