PANDUAN MENGELAKKAN BAYI MUNTAH SUSU

Bayi muntah susu merupakan perkara biasa, namun jangan dipandang ringan. Terdapat banyak kes diamana berlaku kematian bayi akibat daripada muntah susu. Ianya berpunca daripada muntah susu yang terkumpul di dalam mulut bayi lalu menyebabkan bayi tercekik dan menyukarkan pernafasan. Jadi, sangat penting, ibu atau bakal-bakal ibu mengetahui cara-cara untuk mengelakkan bayi muntah susu yang mudah dan praktikal ini.

1. SENDAWAKAN BAYI SELEPAS MENYUSU

Amalan sendawakan bayi selepas menyusu adalah sangat penting. Jangan pandang ringan perkara ini. Bayi harus disendawakan selepas menyusu. Sangat bagus jika bayi banyak sendawa. Jangan mudah putus asa jika bayi lambat sendawa, teruskan proses sendawakan bayi, hal ini kerana ada sesetengah bayi yang mengambil masa lama untuk sendawa. Biarkan bayi sendawa sekurang-kurangnya satu kali.

2. TINGGIKAN KEPALA BAYI 30 DARJAH SEMASA TIDUR

Lapik kepala bayi dengan bantal setiap kali bayi tidur terlentang. Seperti tidur mengiring, kedudukan kepala yang tinggi akan mengurangkan muntah susu dan merupakan langkah berjaga – jaga supaya muntah susu keluar dari mulut.

3. TEGAKKAN BADAN BAYI SEBAIK SELESAI MENYUSU

Bayi harus ditegakkan sebaik sahaja habis menyusu. Ini adalah bagi memastikan tiada susu yang terkumpul di dalam mulut kerana dalam keadaa tegak, bayi akan menelan semua susu yang ada di dalam mulut.

4. BARINGKAN BAYI DALAM KEADAAN MENGIRING SEBELAH KANAN SEMASA TIDUR

Selepas bayi selesai menyusu dan sudah sendawa sekurang – kurangnya sekali, baringkan bayi dalam keadaan mengiring dan tepuk bayi perlahan – lahan sehingga tertidur. Kedudukan mengiring boleh mengurangkan muntah susu dan jika bayi muntah, susu tersebut akan mengalir keluar, bukannya terkumpul dalam mulut dan menyebabkan kejadian yang tidak diingini.

5. ELAKKAN PERGERAKAN MEMBUAI SEMASA DAN SELEPAS MENYUSU

Pergerakan membuai sama ada menggunakan tangan atau memasukkan bayi ke dalam buaian boleh menyebabkan bayi muntah susu. Jangan terus buaikan bayi selepas menyusu. Jarakkan masa sekuran-kurangnya 15 minit.Elakkan pergerakan membuai semasa dan selepas menyusu.

Pergerakan membuai sama ada menggunakan tangan atau memasukkan bayi ke dalam buaian boleh menyebabkan bayi muntah susu. Jangan terus buaikan bayi selepas menyusu. Jarakkan masa sekurang – kurangnya 15 minit.

6. PERIKSA SEKIRANYA ADA SUSU YANG KELUAR DARI MULUT BAYI SEMASA TIDUR

Sentiasa periksa bayi yang sedang tidur. Jangan tinggalkan sendirian. Kadang – kadang ada susu yang terkumpul di dalam mulut bayi, terutamanya jika bayi tertidur semasa menyusu. Susu yang terkumpul boleh menyebabkan bayi tersedak atau tercekik.

7. JANGAN BIARKAN BAYI MENYUSU BOTOL SENDIRI

Perkara ini sangat harus diambil perhatian, sesetengah ibu rmai yang meninggalkan bayi menyusu sendiri dengan cara menyendal botol susu dengan bantal ataupun memegang botol susu sendiri. Mlah ada juga yang membiarkan bayi bersendirian menyusu sendiri didalam buaian. Ianya sangat bahaya. Jangan jadikan amalan.

Semoga para ibu dan pengasuh bayi mengambil perhatian tentang bayi muntah biasa. Jangan ambil ringan kerana sudah terlalu banyak kes kematian bayi dilaporkan akibat daripada muntah susu. Semoga tip-tip bermanfaat buat semua.
.
ENJOY YOUR BREASTFEEDING JOURNEY MOMMY.