10 PANDUAN BUAT IBU HAMIL MENGIKUT ISLAM: DAPATKAN GANJARAN PAHALA SEMASA MENGANDUNG

Seorang wanita islam yang hamil, dituntut untuk menjaga kehamilan dengan berpandukan dengan ajaran-ajaran islam agar anak yang bakal lahir akan lahir dengan akhlak yang baik.

Dalam mengecapi kebahagiaan bakal menimang cahaya mata, ingatlah rasa bahagia yang dirasai itu haruslah disemai sekali dengan rasa tanggungjawab kepada amanahNya. Dengan mengamalkan cara-cara islam dalam proses kehamilan sangat-sangat memberikan kesan yang sangat positif.

Didikan kepada anak-anak bukanlah bermula apabila mereka telah dilahirkan ataupun sesuai dengan umurnya untuk dihantar ke taska dan tadika. Didikan kepada anak-anak haruslah bermula sejak dari alam rahim ibu lagi agar anak yang dilahirkan nanti berakhlak mulia peribadinya.

Berikut merupakan beberapa panduan menurut islam selama menjaga kandungan di sepanjang kehamilan.
 

1. PERBANYAKKAN MEMBACA AL-QURAN DAN SURAH-SURAH PILIHAN

Banyakkan membaca Al-quran dan selalu berusaha mendekatkan hati kepada Allah swt. Sebagaimana Imam Syafie di dalam kandungan ibunya,Ibunya sentiasa membaca surah al-fatihah dan surah yasin serta menyeru kandungannya supaya memahami apa yang dibacanya.Antara surah-surah yang digalakkan untuk membaca secara berterusan sewaktu hamil adalah:-
a) Surah Maryam- Supaya anak yang dilahirkan menjadi soleh/solehah
b) Surah Luqman- Agar melahirkan anak yang bijaksana
c) Surah Yusuf- Untuk memperoleh anak yang comel
d) Surah Yasiin- Supaya dipermudahkan sewaktu bersalin
 

2. MENJAGA SOLAT

Sentiasa berusaha untuk menjaga solat lima waktu. Usahalah untuk tidak tinggal solat walau dalam keadaan apa sekalipun. Juga perbanyakkan amalan-amalan solat sunat seperti solat tahajjud, solat hajat, solat dhuha dan sebagainya. InsyaAllah dengan menjaga amanah Allah yang satu ini, Allah akan menjaga diri kita sepanjang hidup kita.
 

3. MEMPERBANYAKKAN SEDEKAH

Dengan sedekah tidak akan menjadikan kita seorang yang miskin Apabila Anda bersedekah dengan sangat ikhlas maka reward yang berupa rezeki akan dilipat gandakan tanpa batas oleh Allah s.w.t. Membantu orang lain dalam kesusahan juga digalakkan sewaktu hamil.
 

4. MEMPERTINGKATKAN RASA SYUKUR DAN BANYAKKAN DOA

Sepanjang tempoh kehamila, perbanyakkan berdoa kepada Allah supaya dipermudahkan urusan sepanjang kehamilan dan dipermudahkan saat bersalin kelak. Juga perbanyakkan berdoa supaya kelak dapat menjadi seorang ibu yang baik, sabar, solehah dan ikhlas dalam membimbing anak anda.Mempertingkatkan rasa syukur di atas nikmat dan kurnnia yang diberikan oleh Allah swt.

banyakkan berdoa
sumber: aboutislam.net

 

5. BANYAK BERSABAR

Ibu dituntut agar sentiasa menjaga akhlak ketika hamil. Ketika mengandung, ibu haruslah lebih banyak bersabar, bersikap baik kepada orang sekeliling agar tingkah laku yang baik ini akan mempengaruhi sikap anak yang bakal lahir nanti.Sentiasa tenang dan gembira. Keadaan emosi yang tenang dan bahagia adalah rangsangan kepada pembinaan otak bayi dalam kandungan. Bayi yang sihat dan bijaksana banyak dipengaruhi oleh keadaan ibunya ketika hamil.
 

6. PERSEKITARAN POSITIF

Walaupun bayi masih kecil, perlihatkanlah keadaan dan situasi yang menyenangkan dan bukannya mewujudkan suasana yang tegang kepada si kecil. Oleh itu, keharmonian rumahtangga dan hubungan suami isteri haruslah dijaga dengan sebaik mungkin setelah bergelar ibu dan ayah.Persekitaran yang positif akan memberi kesan yang baik dalam membentuk akhlak anak-anak. Dalam masa yang sama, hubungan baik dengan ahli keluarga terdekat juga akan menjadi panduan buat anak-anak. Sekiranya ibu bapa mereka mempunyai hubungan baik dan erat dengan keluarga, maka mereka akan mencontohi perkara tersebut dan seterusnya akan mengamalkan dalam kehidupan seharian kelak.
 

7. MENJAGA KESIHATAN

Jagalah kesihatan anda. Mengandung bukan alasan untuk anda tidak bersenam. Lakukan senaman ringan mengikut saranan doctor. Jangan melakukan senaman berat yang akan memudaratkan kandungan. Menjaga pemakanan juga sangat penting sewaktu mengandung. Makan makanan yang tinggi serat dan kaya dengan vitamin. Banyakkan pengambilan sayur- sayuran dan buah-buahan yang baik sewaktu kehamilan.
 

8. MENJAGA KEBERSIHAN

Sentiasa menjaga kebersihan. Dengan menjaga kebersihan diri dapat menjauhkan diri daripada terkena penyakit. Anak yang dikandung juga akan sentiasa diri kerana kebersihan adalah sebahagian daripada iman.
 

9. BERKOMUNIKASI

Mula ajak bayi berbicara walaupun di awal kehamilan, mulalah berkomunikasi dengan bayi anda dan lakukanlah secara berhemah dengan mengusap-ngusap perut dan nada suara yang lembut dan gembira. Usapan ini merupakan salah satu isyarat komunikasi dengan anak di dalam perut ibu. Kita akan mula mendapat momen tindak balas dari anak dalam kandungan semasa di trimester kedua

Selain itu, biasakan bayi dalam perut mendengar perkara-perkara yang baik seperti ayat Al-Quran, zikir dan sebagainya. Perdengarkan si kecil dengan memasang CD atau kaset berunsurkan islam dengan harapan mudah-mudahan semasa setelah dilahirkan dan membesar, mudahlah dia mempelajari dan menghafal Al-Quran. Selalunya, bayi akan menendang-nendang perut ibunya sebagai respon kepada rangsangan itu
 

10. TUTUP AURAT

Sentiasa menjaga aurat sewaktu mengandung. Memakai pakaian yang bersesuaian mengikut syariat islam dan tidak menjolok mata. Ketika detik melahirkan, jagalah sebaik mungkin aurat anda. Jika berpeluang untuk memilih doktor yang akan menyambut kelahiran bayi anda. Sebaiknya pilihlah doktor yang sama jantina agar aurat masih lagi terpelihara daripada doktor lelaki yang bukan muhrim.

Antara pilihan yang paling tepat dalam menjaga aurat sewaktu mengandung adalah dengan menggunakan Seluar Bersalin Mesra Aurat Mamapride. Selain Ianya dapat meminimakan aurat ibu semasa bersalin, ia juga dapat membuat ibu berasa yakin dan selesa semasa bersalin.

Demikian beberapa panduan yang dikongsikan oleh Mamapride, semoga semua ibu hamil dapat mendidik buah hati untuk menjadi insan yang berakhlak mulia dan menyejukkan pandangan orang tua.