MY 5TH BIRTH STORY

Coret-coret pengalaman bersalin kali kelima, buat kenangan. Awas, entry ini sangat panjang! Jangan baca kalau tak mampu bersabar 😜

Tarikh jangkaan bersalin (EDD) ialah 13.5.19. Kalau ikut tarikh ini, sempatlah mama berpuasa lebih kurang seminggu. Jadi, tak banyak sangat nak kena ganti puasanya.

Tapi, mama memang tak menaruh harapan yang tinggi. Naluri mama asyik berkata, mama akan bersalin awal daripada tarikh jangkaan. Anak pertama, kedua & keempat lahir awal daripada EDD. Anak ketiga pula lahir 6 hari lambat daripada EDD. Yang kelima ni, mungkin awal juga.

Lebih kurang jam 10 pagi Jumaat 3.5.19, ada show lendir bercampur darah keluar. Tak banyak, tapi sentiasa ada. Hah, sudah! Ini tanda-tanda awal mama akan bersalin dalam waktu terdekat! Masih belum ada kontraksi yang dirasakan pada waktu ini.

Mama meneruskan rutin membuat kerja-kerja rumah seperti biasa. Waktu macam inilah rasa macam semua benda kita nak buat. Tiba-tiba panjang pula to-do-list! Haha.. Dahlah kerja pejabat berlambak & orang atasan nak siapkan segera.

Berendam air mata jugalah memikirkan hal kerja yang belum siap ni. Huhu.. Akhirnya, pagi Sabtu, mama gagahkan diri ke tempat kerja, mengadap komputer untuk membuat maklumbalas yang diminta. Buat setakat mampu sahaja. Nak selesaikan dengan sempurna sudah tiada kudrat kerana urat sudah habis tegang, kaki sudah mahu cramp. Akhirnya, mama menyerah.

Tengaharinya, mama pulang ke rumah, menyiapkan labor bag & sambung kemas rumah bersama baba untuk menyambut kedatangan ahli baru. Perancangan kami, petang nanti mama akan serah diri di hospital USM.

Anak sulung & kedua sudah pun dihantar ke rumah tokbah & tokmanya bersama beg & baju seragam sekolah. Anak ketiga & keempat masih ada di rumah bersama mama & baba, perlu disiapkan bersama keperluan mereka untuk dihantar ke rumah nenek.

Punyalah lama bersiap, akhirnya, petang berganti malam dan kontraksi masih belum kunjung tiba. Anakanda berdua sudah pun tertidur.

“Abang, kita tunggu sakit je la, baru pergi ke hospital”, ujar mama kepada baba seraya meletakkan kepala di atas bantal untuk beradu untuk melepaskan lelah, penat fizikal & mental.

Jam 12 tengah malam, mama terjaga daripada tidur. Ada terasa sakit kontraksi menjengah. Mama cuba sambung tidur kembali, namun tersedar semula lebih kurang setengah jam kemudian. Terasa mahu membuang air besar & kecil juga.

“Abang, contraction dah makin regular ni. Jom, kita ke hospital”, mama mengajak baba.

Selesai mandi & solat sunat, pada jam 2 pagi yang hening kami berempat keluar dari rumah menuju ke rumah nenek & seterusnya ke hospital. Seluar bersalin mesra aurat MamaPride sudah mama pakai siap-siap di sebelah dalam.

Sepanjang perjalanan, apps Contraction Counter dihidupkan untuk merekod setiap kontraksi yang dirasa sambil mulut dan hati tak henti berdoa agar Allah ampunkan segala dosa kami, mudahkan urusan kelahiran & mama dan baby selamat.

Sementara mama diperiksa oleh nurse dan doktor di PAC, baba menguruskan urusan pendaftaran di bahagian kecemasan. Pada waktu itu, semua doktor yang berada di PAC & labor room ialah HO. Ada empat orang semuanya.

“G berapa ni?”, tanya HO perempuan kepada HO lelaki yang clerk case mama.

“G6 P4+1”, jawab HO lelaki tersebut sambil tersenyum.

“Oh, wow!”, HO perempuan itu sedikit teruja.

“Nurse, kalau boleh saya nak request female staff untuk VE & conduct delivery”, sehabis sopan mama menyusun ayat memohon pertimbangan.

“Patient requests for female staff, Dr”, jururawat memberitahu HO lelaki yang clerk case mama tadi.

“Sure, boleh. Saya clerk case je. Nanti Dr perempuan yang akan buat VE”, huh, lega sedikit mama mendengar penjelasannya.

“Eh, puan belum tanggalkan seluarnya ya?”, terkejut si doktor melihat masih ada seluar panjang di dalam kain yang mama pakai.

“Tak apa, doktor. Ini memang seluar bersalin. Ramai je patients yang pakai seluar ni sekarang. Tanggalkan sahaja penutup di tengah tu sebelum buat VE. Dah selesai, tutup semula”, panjang lebar akak misi menerangkan kepada doktor muda tentang pemakaian MamaPride.

“A’ah, doktor. Ini kali kedua saya bersalin pakai MamaPride”, tambah mama. Alhamdulillah, tak perlu cerita panjang-panjang sebab kebanyakan staf labor room dah kenal MamaPride.

Si doktor HO perempuan cek jalan
“Bukaan OS baru 3cm but stretchable”, terangnya ringkas.

“Puan, lepas ambil darah ni, kita scan ya. Sementara tunggu nak scan tu, saya rasa bukaan akan jadi 4cm”, katanya lagi.

Ultrasound scan akan dilakukan oleh MO. Jadi, perlu tunggu MO sampai dahulu baru boleh buat. Tunggu punya tunggu, contraction dah 1 in 5, kemudian 1 in 3. Fuhh, mendebarkan! Tapi mama kena kekal tenang tau.

Suasana tenang di ruangan menunggu labor room serba sedikit membantu mengurangkan kesakitan mama. Pada saat itu, selain mama, hanya ada seorang pesakit yang sedang bertarung dengan kesakitan di dalam labor room no.1. Tak pernah mama lihat labor room HUSM selengang ini! Katanya, wad post natal pun agak kosong.

Hampir sejam menunggu, MO perempuan berbangsa India akhirnya sampai juga untuk melakukan scan. Anggaran berat bayi ialah 3kg. Parameters lain semuanya normal, alhamdulillah. AFI (kandungan air ketuban) sudah berkurang iaitu 7. Apabila jalan dicek, bukaan OS sudah pun 4cm.

“Ok, boleh prepare ke labor room ye, puan”, ujar MO tersebut sebelum berlalu pergi.

Jam sudah pun menunjukkan jam 5.30 pagi, tak lama lagi azan subuh akan berkumandang. Mama memaklumkan kepada doktor & jururawat bahawa mama mahu solat subuh terlebih dahulu sebelum melangkah masuk ke labor room.

“Puan ok lagi ke nak solat tu?”, soal jururawat tadi.

“Ok lagi, Insha Allah. Lagi pun beberapa minit sahaja lagi nak masuk waktu subuh”, mama memberikan keyakinan.

“Ok puan, kalau macam tu, sebelum puan ke tandas, saya masukkan enema dululah ye”, ujar jururawat sebelum mengarahkan mama untuk baring sekejap bagi memasukkan Ravin enema.

Selesai qadha hajat & berwudhuk, mama bentangkan kain batik bersih di atas lantai ruang menunggu bilik scan untuk menunaikan solat. Pakaian yang mama pakai pun memang dah solat-ready, jadi tak perlu susah-susah mencari telekung.

Solat sudah, berdoa pun sudah, alhamdulillah. Tiba masa untuk mama ke medan sebenar berbekalkan tawakkal. Allahu Allah..permudahkanlah!

Prosedur pertama dilakukan dalam labor room ialah doktor memasukkan CBD untuk membuang air kencing yang masih berbaki di dalam pundi kencing mama. Aduh, pedih rasanya!

Kemudian, doktor memaklumkan akan melakukan ARM untuk pecahkan ketuban. Seriau sekali bunyinya sebab selepas selepas ketuban pecah, kontraksi pasti akan menjadi semakin kerap & kuat.

“Membrane is not bulging. I’m not sure dah pecah ke belum sebab still tak dapat rasa rambut baby. Awak try pulalah”, kata doktor pelatih perempuan kepada seorang lagi doktor pelatih perempuan yang bergandingan dengannya.

“A’ah la, macam tinggi lagi je. Ke, sebab jari tangan saya yang pendek? Tapi yang keluar ni macam liquor dah cuma tak banyak. Kita minta boy la pula cek untuk confirmation. Jari tangan diorang panjang sikit”, si doktor kedua memberi pandangan seraya memanggil HO lelaki berbangsa cina yang berada di kaunter labor room.

Mama sudah makin cuak. Sementara doktor lelaki sampai, seorang jururawat perbidanan memeriksa ketuban terlebih dahulu.

“Akak rasa dah pecah sebab dapat rasa rambut bayi. Lagi pun AFI dia 7 je tadi, Tak banyak. Tapi, betul, kedudukan masih tinggi”, ulasnya.

Datang si doktor lelaki untuk membuat pengesahan, “Maaf ya, puan. Ya, saya pun rasa dah pecah”.

Duhh, sampai 4 orang seluk untuk mengesahkan ketuban sudah pecah ke belum! Mereka akhirnya bersepakat bahawa ARM berjaya dilakukan lebih kurang pada jam 6.30 pagi.

Mama meminta jururawat memanggil baba masuk untuk menemani di saat-saat kritikal ini. He is my real doula, now for the 5th time!

Sambil tangan baba mengurut kaki, tangan, pinggang & belakang mama, mulut baba membaca ayat-ayat suci daripada Surah Maryam. Moga kekuatan Maryam mengalir ke dalam diri mama.

Saat mama cuba menenangkan diri dengan mengawal teknik pernafasan sewaktu sakit kontraksi memuncak, baba cuba membantu mama untuk meregangkan otot-otot.

Banyak kali juga mama mengubah posisi mengiring ke kanan, kemudian terlentang dan mengiring ke kiri pula dalam cubaan mengurangkan rasa sakit.

“Abang, sakiiit”, mama berbisik perlahan.

“Sabar ya, sayang. Sikit je lagi, Insha Allah”, baba cuba memberikan semangat.

‘Laa ilaaha illa anta, subhaanaka inni kuntu minadzoolimiin’..’Allaahumma robbi yassir wa laa tu’assir, robbi tammim bilkhair’..

Doa-doa ini berulang kali meniti di mulut dan hati mama. Beberapa kali mama memejamkan mata sambil dalam kepala cuba membayangkan keseronokan berjumpa dengan zuriat yang selama ini dikandung.

‘Mama tak sabar nak jumpa baby, peluk cium baby’

Doktor-doktor pelatih silih berganti keluar masuk bilik bersalin untuk monitor CTG dan skala kontraksi. Mereka diam menafsirkan graf yang terlakar, kemudian berlalu pergi meninggalkan hanya mama & baba di dalsm bilik itu.

Di hujung satu kontraksi yang amat panjang, mama berasa seolah- olah mahu meneran.

“Abang, tolong beritahu doktor, sayang rasa nak push”, pinta mama & baba terus keluar mendapatkan doktor.

“Puan betul-betul rasa nak push dah ke?”, soal si doktor muda memohon kepastian.

“Tadi ada rasa nak push”, jawab mama.

“Mari saya periksa dulu bukaannya”, respon doktor.

“Hmm, baru 7cm ni, puan. Belum masanya lagi”, katanya lagi sebelum berlalu pergi.

Allah..

Jarum jam di dinding bilik bersalin seakan lambat berganjak. Sabar, mama..bertenang. Pejamkan mata & layankan saja gesaan itu. Baba tak henti-henti memicit lembut kaki & tangan mama. Kemudian, baba merehatkan jari-jari tangannya barang sepicing dua sebelum menyambung kembali tugas yang tergendala.

“Abang, kali ni sayang betul-betul rasa nak push. Abang tolong panggilkan doktor”, pinta mama buat kali kedua.

“Ok, sayang. Abang panggil”, balas baba.

Doktor pelatih perempuan tadi masuk semula memdekati mama.

“Puan betul-betul rasa nak teran dah ke?”, soalnya.

“Iya, doktor”, jawab mama ringkas.

“A’ah, dah nampak kepala baby ni. Puan, kangkang dan rapatkan kaki ke punggung ya. Tangan pegang kemas-kemas pada pergelangan kaki. Kalau puan ada rasa nak teran, rapatkan dagu ke dada dan teran”, begitu arahan doktor.

Mama hanya mampu mengangguk. Saat itu juga terasa mahu meneran.

“Ok puan, teran panjang lagi puan, panjang lagi puan, jangan berhenti!”, pesan doktor.

Tapi, mama terpaksa berhenti juga beberapa saat untuk mengambil nafas baru.

“Ok puan, bagus..teran lagi, kepala dah keluar. Sekali lagi puan”, tu dia pasukan sorak sudah mai.

“Sayang, jangan angkat punggung ya”, baba juga menitipkan pesan.

Beberapa saat selepas itu, tepat jam 8.10 pagi tanggal 5.5.19, kedengaran tangisan bayi yang pertama di labor room HUSM.

“Allahu akbar! Alhamdulillah”, itu ucapan mama selepas zuriat kelima kami dilahirkan.

“Alhamdulillah, terima kasih sayang”, ucap baba sambil tersenyum lebar.

“Puan, bayi lelaki ke perempuan?”, tanya jururawat sambil menayangkan bayi kepada mama.

“Lelaki”, jawab mama tersenyum walau dalam keletihan.

Badan bayi dilap dahulu sebelum diletakkan ke atas dada mama untuk skin-to-skin.

“Ayahnya dah boleh azan di telinga bayi, ya. Puan dakap bayi kemas-kemas, ya. Kita nak keluarkan uri pula. Kalau puan rasa nak teran, puan teran macam tadi”, ujar doktor.

Setelah perut mama digerak-gerak, digoyang dan ditekan, uri akhirnya keluar dengan elok. Bayi pula senyap dalam dakapan mama. Hampir saja betis kanan mama mahu kejang sewaktu meneran tadi. Alhamdulillah, kini semuanya sudah selamat.

Jururawat menyuntik ubat Syntometrine di peha kiri mama melalui lubang khas yang dibuat pada seluar MamaPride manakala dua orang doktor pelatih perempuan tadi memeriksa semula laluan peranakan.

“Intact ke, doktor?”, soal jururawat.

“Intact perineum”, jawabnya.

Alhamdulillah, lega satu bab.
Terima kasih, ya Allah!

Tak lama selepas itu, mama & bayi disorong ke post natal ward 2 Topaz kerana wad korporat 2TD sudah penuh.

Memandangkan ini kelahiran yang kelima, mama perlu menerima drip yang mengandungi Pitocin dan dimonitor selama 12 jam untuk sebarang tanda pendarahan selepas bersalin (Post partum hemorrhage).

Alhamdulillah, setelah doktor bahagian O&G dan Paediatric mengesahkan bahawa mama & bayi sihat tanpa sebarang komplikasi, mama & bayi dibenarkan pulang pada lewat petang hari yang sama.

Welcome home, baby boy!
Jom, kita sambut Ramadan sama-sama!