Menjerit pada anak Degil???Elakkan dengan 5 tips ini..

image

 

5 TIPS ELAK MENJERIT PADA ANAK DEGIL

Ramai ibu bapa terpaksa menjerit untuk menarik perhatian anak-anak yang degil.Semakin anda menjerit, semakin kurang perhatian yang diberi oleh anak-anak.Ayuh kita ikuti 5 teknik mudah anak mendengar kata tanpa perlu menjerit pada mereka.

Tip 1. Bagi Amaran

-Anak-anak lebih takut apabila anda memberi amaran kerana mereka takut mereka tidak dapat apa yang mereka mahu. Sebagai contoh, selagi anak anda tidak mengemas barang-barang permainan,selagi itu mereka tidak boleh bermain di taman permainan bersama kawan-kawan mereka.

Tip 2. Sentiasa Bertenang

-Hati ibu bapa mana yang tidak ‘panas’ apabila melihat barang mainan bersepah di ruang tamu gara-gara sikap anak yang gemar menyelerakkan barang-barang permainan mereka di depan tv. Teknik terbaik sebelum anda mahu menjerit adalah dengan bertenang sambil melihat anak-anak yang kian membesar dan semestinya sikap mereka hanya boleh dilihat ketika mereka masih kecil.

Tip 3. Ingat Peranan Anda

-Apabila anda memilih untuk menjerit pada anak anda, sebenarnya anda telah merendahkan peranan anda sebgai ibu dan bapa. Anda tidak boleh menuntut penghormatan daripada anak anda dengan menjerit sebaliknya anda perlu ingat peranan anda sebagai ibu dan bapa adalah dengan menunjukkan moral yang baik. Bercakap perlahan dan kawal dengan tenang menunjukkan anda ibu bapa yangbijak.

Tip 4. Jadi Lebih Rapat

-Anda menjerit dari tingkat atas,atau dari luar rumah, namun anak-anak tetap mengabaikan anda. Ramai ibu bapa bertindak demikian kerana sudah memanggil anak-anak banyak kali tapi tidak didengari. Cara terbaik adalah pergi ke arah anak, tarik perhatiannya, lakukan ‘eye contact’ dan bercakap perlahan dengannya.

Tip 5. Bayangkan Anda Mempunyai Tetamu

-Kawal kemarahan dan rasa mahu menjerit dengan membayangkan jeritan anda mungkin akan didengari oleh  jiran atau tetamu di dalam rumah anda. Membayangkan anda mempunyai tetamu membuatkan anda menolak untuk menjerit kerana ia akan memalukan anda sekeluarga.

 

Untuk mengelakkan anak anda meniru sikap anda yang suka menjerit kepada merea,anda harus membuang sikap itu jika tidak ianya akan menjadi ikutan buat anak-anak andasemasa bersama adik-beradik atau rakan-rakan sekolahnya.

 

 

credit :INFONET

Click here to add a comment

Leave a comment: