MAKANAN YANG PERLU DIELAKKAN SEMASA MENGANDUNG

Demi menjaga kesihatan janin,seorang ibu hamil perlu berhati2 dalam memilih makanan. Seorang ibu hamil tidak boleh menambil makanan sembarangan kerana jelas ia akan berisiko membahayakan keselamatan janin dalam kandungan.
Berikut merupakan 5 makanan yang tidak baik dan perlu dielakkan oleh ibu semasa mengandung.

1.Makanan mentah atau separuh masak
makanan mentah
Dging,telur,susu dan ikan mentah adalah sangat merbahaya kepada ibu mengandung dan boleh menyebabkan kompilasi buruk. Ada sejenis penyakit yang boleh menyebabkan parasit yang didapati dalam daging mentah merebak dalam badan ibu mengandung. Pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran sememangnya bagus bagi wanita hamil namun harus diingatkan untuk membasuhnya dengan bersih hal ini kerana parasit Toxoplasma boleh hidup didalam buah-buahan dan sayur-sayuran yang tidak bersih dan akan menyebabkan penyakt Toxoplasma yang boleh membahayakan anda dan kandungan anda.

2.Keju lembut.
keju
Tahukah anda, keju lembut yang diperbuat daripada susu yang tidak dipasteur boleh membiakkan bakteria listeria.  Ianya sangat merbahaya kepada Ibu dan bayi yang dikandung.  Listeria mampu menyeberang uri,menjangkiti bayi dalam kandungan dan seterusnya membawa jangkitan sekaligus boleh membawa maut.  Antara jenis keju yang perlu dielakkan ialah brie, comembert, feta, blue cheese, queso fresco dan panela.

3.Alkohol,minuman berkarbonat dan makanan ringan.
fast food
Bagi kita umat islam adalah diharamkan pengambilan alkohol.  Terbukti secara klinikal,alkohol boleh menyebabkan keabnormalan dalam perkembangan janin.  Manakala minuman bergas pula boleh mnyebabkan kadar gula dalam darah wanita hamil tidak seimbang, berisiko mendapat penyakit kencing manis serta mnyumbang kepada ketidakstabilan paras gula tubuh bayi.  Hal ini kerana minuman berkarbonat mengandungii jumlah gula yang tinggi.Anda juga harus mngehadkan pengambilan makanan ringan kerana didalam makanan ringan mengandungi banyak MSG.

4.Makanan dan minuman berkafein.
kopi
Sekiranya anda ingin juga mengambil kafein(sebolehnya dielakkan),pastikan anda mngehadkan jumlah kafein kepada 200 mg sehari(bersamaan 12 auns cawan kopi)kafein dikatakan boleh menjejaskan berat bayi dalam kandungan.  Ianya juga boleh memberi risiko keguguran yang tinggi, kelahiran pramatang dan mengganggu penyerapan zat besi yang diperlukan oleh ibu mengandung.

5.Makanan yang dibungkus dalam polisterin dan juadah Potluck
nasi
Elakkan membungkus makanan dari kedai makan kerana suhu didalam kereta boleh meningkat dengan cepat dan boleh mnyebabkan bakteria merebak dengan cepat.  Ianya sangat tidak baik untuk ibu mengandung.  Mungkin anda tidak sampai hati menolak juadah potluck yang dibawa oleh rakan-rakan anda ditempat kerja,  namun harus diingatkan,makanan yang terbiar terlalu lama(tidak disejukkan atau disimpan didalam peti sejuk) boleh membahayakan.  Patuhi (jangan makan juadah potluck yang terbiar pada suhu bilik melebihi 2 jam.)

Click here to add a comment

Leave a comment: