Kisah Seluar Bersalin MamaPride

Seluar MamaPride merupakan seluar inovasi pertama yang di dunia yang dicipta dengan tujuan untuk memelihara maruah dan aurat wanita. Seluar ini berfungsi untuk meminimakan bukaan bahagian anggota pada yang tidak perlu didedahkan semasa proses bersalin.

Idea untuk mencipta seluar ini timbul rentetan daripada isu doktor lelaki yang menguruskan proses kelahiran bagi ibu-ibu. Ramai wanita tidak bersetuju untuk doktor lelaki ada semasa di proses kelahiran. Untuk mengubah peraturan itu, ianya melibatkan perubahan polisi kementerian kesihatan dan ini di luar kemampuan kami.

gender doctor

Maka kami menghadirkan seluar yang bertindak sebagai penyelesaian alternatif kepada situasi yang akan berlaku.

Semasa proses melahirkan anak secara normal (SVD), bahagian betis, lutut dan peha seringkali terdedah walaupun ianya tidak perlu didedahkan. Ini kerana kebanyakkan wanita yang datang bersalin menggunakan kain sarung sebagai pakaian. Jadi untuk tidak menghalang proses bersalin, kain itu terpaksa ditanggalkan atau dilipatkan ke atas. Untuk itu kami cuba menghasilkan satu alternatif yang tidak menghalang proses kelahiran dan dalam masa yang sama menutup bahagian yang tidak diperlukan.

Untuk pengetahuan semua, seluar MamaPride dicipta untuk semua yang berminat. Ianya bukan satu paksaan kepada sesiapa. Malah ada dikalangan yang bukan muslim pernah membeli seluar ini. Dan bila ditanya mengapa, mereka menjelaskan yang mereka malu untuk mendedahkan bahagian tubuh mereka kepada yang tidak dikenali.

Kesimpulannya, seluar MamaPride dicipta khusus untuk menjaga maruah wanita dengan cara meminimakan bukaan bahagian tubuh badan yang terdedah semasa proses melahirkan anak secara normal. Kami bertindak sebagai penyelesaian alternatif untuk meredakan ketagangan yang berlaku. Semoga usaha ini mendapat manfaat oleh semua.

Click here to add a comment

Leave a comment: