HAMIL DAN PUASA

Apa khabar ibu-ibu hamil di luar sana? Alhamdulillah, dapat juga kita bertemu dengan bulan Ramdahan tahun 2018 ni kan? Hamil di bulan puasa pastinya berbeza dan lebih mencabar di mana anda perlu memastikan diri anda betul-betul bersedia agar anda mampu menjalani ibadah puasa di samping memastikan si ibu dan kandungan di dalam keadaan sihat.

Wanita hamil yang berpuasa mungkin mengalami kesan sampingan seperti hipoglisemia (paras glukosa dalam darah yang lebih rendah daripada normal), ketosis dan dehidrasi.

Risiko ini dikatakan meningkat jika berpuasa di awal kehamilan (trimester pertama) kerana biasanya pada fasa ini banyak berlaku komplikasi kehamilan yang kurang menyenangkan. Oleh itu, doktor-doktor tidak menggalakkan ibu-ibu yang berada pada fasa pertama kehamilan untuk berpuasa.

Walau bagaimanpun, tiada satu nasihat yang seragam atau ‘one size fits all’ yang boleh digunakan oleh semua wanita hamil yang ingin berpuasa.

Oleh itu, walalupun si ibu merasakan badan mereka ‘ok’, ibu-ibu hamil yang ingin berpuasa dinasihatkan berjumpa doktor agar doktor dapat memeriksa keadaan sebenar anda dan keupayaan anda untuk berpuasa.
Namun, dalam keadaan-keadaan tertentu, doktor akan melarang anda berpuasa sekiranya anda mengalami:

1) kencing manis
2) penyakit hati yang tidak berfungsi
3) penyakit bronchial asthma yang teruk
4) tekanan darah tinggi yang tidak terkawal
5) kehamilan kembar
6) risiko kelahiran pramatang
7) masalah-masalah lain berkaitan kehamilan yang serius

Tips pemakanan ketika berpuasa sewaktu hamil

1.Utamakan memakan makanan yang berprotein tinggi seperti daging dan telur kerana protein boleh disimpan di dalam tubuh pada kadar yang lebih lama berbanding kumpulan vitamin yang lain.
2.Banyakkan juga mengambil makanan yang berserat tinggi seperti sayur-sayuran dan buah-buahan segar supaya mampu menahan lapar.
3.Jangan lupa mengambil vitamin tambahan ketika sahur bagi mengekalkan kesegaran badan sepanjang hari.
4.Lewatkan waktu bersahur. Kalau boleh, bersahurlah hingga ke saat-saat akhir imsak supaya anda tidak cepat berasa lapar pada siang hari.
5.Usahakan untuk minum 2 liter air masak selepas waktu berbuka hingga ke waktu imsak. Minum sedikit-sedikit tetapi kerap bagi mengelakkan dehidrasi di siang hari.

SEMOGA BERMANFAAT