“Eh Seluar Apa Ni?” – Reaksi Spontan Bidan Melihat MamaPride

“Eh. Seluar apa ni?”, sapa seorang bidan.

“Oh. Seluar ni khas untuk orang bersalin. Saya pernah tengok seorang patient pakai hari tu”

“Ye? First time saya tengok”

Saya terdengar perbualan antara jururawat perbidanan di bilik bersalin, Hospital Ampang. Tersenyum saya sendirian.

Isteri saya antara pengguna seluar bersalin MamaPride semasa melahirkan anak ketiga kami, Iyaad Afnan, 2 bulan lalu.

Saya telah mendapatkannya daripada Gombak Medical Centre, di Sri Gombak, salah satu daripada pengedar seluar berkenaan, hanya beberapa hari sebelum tarikh besar itu.

Ia seluar yang menutupi keseluruhan kaki dan pada bahagian sulit, ia boleh dibuka agar proses kelahiran boleh berlaku seperti biasa. Pada bahagian tepi peha, ada lubang kecil agar bidan/doktor dapat memberikan suntikan syntometrin, suntikan yang biasa diberikan selepas bersalin untuk memudahkan pengeluaran uri.

Memandangkan ia produk yang agak baru kepada orang awam, bukanlah sesuatu yang pelik mendengar dan membaca komen-komen negatif tentangnya. Perlu diketahui bahawa produk ini adalah hasil ciptaan doktor perubatan, maka ia telah memberikan perhatian kepada prosedur yang boleh berlaku semasa kelahiran.

Sehari dua ini, gempar di beberapa portal online termasuk di United Kingdom dan Jerman berkenaan produk ini. Memandangkan saya kenal benar dengan beberapa orang yang terlibat secara langsung dengan produk ini, pasti saya cukup gembira dengan perkembangan ini.

Selamat berjaya buat teman-teman yang sudah bersusah payah untuk memperkenalkan produk ini kepada ummah. Sungguh, ia jihad yang besar.
Boleh ke pautan ini untuk mendapatkan produk ini secara atas talian.

Tulisan ini ditulis oleh Dr Fairuz Azmi. Seorang doktor yang juga sedang dalam tahun terakhir untuk menghabiskan Master beliau. MamaPride mengucapkan terima kasih di atas sokongan doktor dan isteri.

Click here to add a comment

Leave a comment: