CARA MENDIDIK ANAK

Saidina Ali bin Abi Talib RA merumuskan cara-cara untuk melayan anak.

1. Kelompok pertama (umur 0-7 tahun), melayan anak sebagai raja

2. Kelompok kedua (umur 8-14 tahun), melayan anak sebagai tawanan

3. Kelompok ketiga (umuur 15-21 tahun), melayan anak sebagai sahabat

cara mendidik anak

1. ANAK SEBAGAI RAJA (UMUR 0-7 TAHUN)

Melayan anak di bawah umur 7 tahun dengan sepenuh hati dan ikhlas adalah perkara yang terbaik yang boleh kita lakukan. Banyak perkara-perkara kecil yang kita lakukan setiap hari akan berubah mempunyai kesan positif kepada pembangunan tingkah laku anak tersebut, sebagai contoh :

-Jika kita segera menyahut dan mendekati anak ketika dia memanggil kita walaupun tatkala kita sedang sibuk, maka mereka juga akan segera bertindak balas dan terus datang kepada kita sewaktu kita memanggil mereka.
-Disaat kita tidak jemu menggosok belakang badannya sehingga dia tertidur, dan tidak mustahil mereka juga akan mengurut kita disaat kita letih atau sakit.
-Disaat kita berusaha menahan emosi sewaktu dia telah melakukan kesalahan yang besar dalam apa jua keadaan, kita pasti dapat lihat pada masa akan datang, mereka juga akan bersabar apabila adik beradik lain atau rakan-rakannya membuat kesilapan kepadanya.

Oleh yang demikian,apabila kita sentiasa berusaha sepenuh hati untuk menggembirakan anak-anak yang belum berusia tujuh tahun, Insya-Allah, dia akan membesar menjadi seorang yang menyeronokkan, penyayang dan bertanggungjawab .

cara mendidik aak

2. ANAK SEBAGAI TAWANAN (UMUR 8-14 TAHUN)

Kedudukan tawanan perang dalam islam adalah sangat dihormati. Dia akan mendapat hak dengan kadar tertentu, tetapi juga dikenakan berbagai larangan dan tanggungjawab. Usia 8-14 tahun adalah umur yang sesuai untuk anak-anak diberikan hak, tanggungjawab dan kewajipan tertentu.

Rasulullah SAW mula mengajar anak untk solat wajib pada usia 7 tahun dan membolehkan kita untuk memukul anak itu (atau menghukum dengan hukuman yang sepatutnya ) apabila anak itu berusia 10 tahun jika anak itu tetap meninggalkan solat. Oleh kerana itu, umur 8-14 tahun adalah waktu yang sesuai dan tepat untuk anak-anak diperkenalkan dan diajar tentang hal-hal yang berkaitan dengan hukum hakam agama, sama ada yang diwajibkan atau dilarang seperti:

1. Meunaikan solat wajib lima kali sehari.
2. Memakai pakaian yang bersih, kemas dan menutup aurat.
3. Mejaga pergaulan dengan berlawanan jenis
4. Membaca Al-Quran.
5. Membantu kerja-kerja rumah yag mudah dilakukan praktikal sesuai dengan usia anak.
6. Menrapkan disiplin dalam aktiviti harian. Penghargaan dan hukuman (hadiah/ganjaran/pujian dan hukuman/teguran) yang sesuai diberikan pada usia 7 tahun kerana anak-anak sudah memahami erti tanggungjawab dan sesuat perbuatan.

cara mendidik anak

ANAK SEBAGAI SAHABAT (UMUR 15-21 TAHUN)

Umur 15 tahun adalah usia umum untuk aak-anak melangkah memasuki usia akhl baligh. Sebagai ibu bapa, kita harus meletakkan diri kita sebagai sahabat dan memberi contoh yang baik seperti yang diajar oleh Saidina Ali bin Abi Thalib.

Ini adalah masa yang baik untuk bercakap dari hati ke hati dengan dia, menjelaskan bahawa dia adalah seorang remaja yang sudah meningkat dewasa.
Perlu diberitahu tentang perubahan fizikal. Selain itu, dia juga aka mengalami perubahan mental, rohani, social, budaya dan alam sekitar sehingga mungkin aka nada banyak masalah yang akan dihadapi.
Palig penting untuk kita para ibu bapa harus membina kesedaran dalam diri anak-anak kita bahawa umur selepas akil baligh ini dia sudah mempunyai buku amalannya sendiri dan dipertanggungjawabkan oleh Allah SWT di hari akhirat kelak.

Pengawasan perlu dilakukan tanpa paksaan dan sudah tentu disertakan dengan doa untuk kebaikan dan keselamatan mereka. Oleh itu, anak-anak akan berasa dihargai, dihormati dan disayangi dan sangat penting di dalam keluarga. Tambahan pula, mereka akan merasa yakin da mempunyai personaliti yang kuat untuk sentiasa cenderung untuk melakukan kebaikan dan menjauhkan diri daripada melakukan perkara yang tidak baik.

Memberikan kepercayaan kepada anak-anak dengan tanggungjawab yang lebih berat. Sewaktu usia 15-21 tahun ini adalah sangat penting bagi kita ibu bapa untuk mmeberikan tanggungjawab yang lebih berat dan lebih besar supaya masa depan anak-anak boleh menjadi lincah, bebas, bertanggungjawab dan lebih dipercayai.

Contoh tanggungjawab yang harus diberikan pada usia ini adalah seperti meminta mereka untuk membimbing adik-beradk, memberikan kerja-kerja yang biasanya dilakukan oleh orang dewasa atau menyediakan jadual aktiviti serta menguruskan kewangan sendiri.

Semoga Allah SWT memberikan kita anak-anak yang soleh dan berbakti kepada ibu-bapa, masyarakat dan Negara.

“Ya Rabbku, berilah kepadaku dari sisi Engkau keturunan yang baik. Sesungguhnya engkau adalah Maha Mendengar Doa”. (Al-Quran, Ali Imran: 38)