CARA MENANGANI ANAK NAKAL

Ramai ibubapa yang tidak mampu bersabar dalam mengendalikan anak nakal. Ibu bapacenderung melakukan kekerasan kepada anak sebagai salah satu penyelesaian terbaik dalam mendisiplinkan anak yang nakal.
Cara mendidik anak nakal memang tidak mudah dan memerlukan sedikit usaha tambahan jika dibandingkan dengan mendidik anak yang mempunyai personality yang baik dan mudah tidur.

Sebahagian besar ibubapa menganggap bahawa hal ini adalah penyelesaiannya, tetapi sejauh manakah kebenarannya? Benarkah mendidik anak yang nakal dengan kekerasan akan membuat mereka lebih berdisiplin? Jawapannya tentu tidak
Mendisiplinkan anak yang nakal dengan kekerasan akan membuatkan anak semakin tidak takut dengan sesiapa, bahkan akan menjadi keras kepala. Dalam hal ini, ibubapa harus menerapkan cara yang berbeza dalam mengatasi anak yang nakal. Diingatkan, mendidik dengan kekerasan akan memberi kesan sangat buruk pada pertumbuhan anak.

JOM KITA LIHAT 5 CARA MENGATASI ANAK NAKAL

CARA MENANGANI ANAK NAKAL

1. BERIKAN CONTOH YANG BAIK

Cara menengking atau memarahi dan menasihati tanpa memberikan contoh yang baik sama bukanlah cara yang terbaik. Sekiranya ibubapa memberikan contoh yang baik, anak yang nakal akan menilai dan mengikuti pola perilaku yang baik.

CARA MENANGANI ANAK NAKAL

2. BERSIKAP TENANG

Jangan terkejut melihat kelakuan anak yang diluar dugaan kita, sebaliknya ibu bapa perlu bersikap tenang, kerana jika mengatasi anak yang nakal dengan cara yang salah seperti meluahkan emosi pada anak, ia akan memberi kesan yang sangat buruk untuk psikologi anak. Jadi, bertenanglah dan cuba menyelesaikan masalah ini sebaik mungkin.

CARA MENANGANI ANAK NAKAL

3. BICARA HALUS

Jangan terlalu sering menegking anak kerana ramai pakar psikologi berkata bahawa membentak anak-anak yang nakal dengan kekerasan sangat buruk untuk psikologi anak. Jika setiap tingkah laku anak terus dibentak, maka anak tidak akan menganggap bentakan tersebut serius kerana sudah terbiasa. Berbeza dengan cara kita yang halus ketika kita menegur maka anak akan merasa takut. Jadi teguran yang baik kepada anak yang nakal akan mengubah perilakunya.

CARA MENANGANI ANAK NAKAL

4. PENDIDIKAN AGAMA

Ibubapa perlu memberikan pendidikan agama sejak awal kerana ia sangat penting. Di dalam pendidikan agama telah disenaraikan kemestian bersikap abaik, jadi agama boleh menjadi pendidikan terbaik.

CARA MENANGANI ANAK NAKAL

5. HUKUMAN DAN PENGHARGAAN

Cuba memberi hukuman yang wajar dengan menasihati atau menegurnya jika salah dan memberikan penghargaan atau pujian jika melakukan hal baik. Jangan bimbang terhadap pencapaian anak, kerana anak akan merasa tidak dihargai dan menjurus kepada sikap nakal itu.

InsyaAllah dengan berkat, usaha dan doa kita, kita mampu mengatasi anak yang nakal.