BAHAYA KOLESTEROL DALAM DARAH

Kolesterol adalah sejenis lemak (dikenali sebagai lipid) yang diperlukan oleh badan untuk berfungsi. Terdapat dua jenis kolesterol yang utama iaitu:

Kolesterol LDL (Low Density Lipoprotein) adalah kolesterol yang tidak baik untuk kesihatan. Ia juga dikenali sebagai ‘bad cholesterol’. boleh menyebabkan penyumbatan salur darah dan meningkatkan risiko penyakit kardiovaskular (Penyakit Jantung)

Kolesterol HDL (High Density Lipoprotein) pula merupakan kolesterol yang baik untuk kesihatan. Ia dikenali sebagai ‘good cholesterol’. Boleh mencegah penyempitan saluran darah jantung dengan mengurangkan kolesterol dalam saluran darah. Oleh itu, ia menurunkan risiko serangan jantung.

Banyak faktor yang dapat menyebabkan kolesterol tinggi, salah satunya adalah gaya hidup. Mengamalkan gaya hidup tidak sehat yang dapat memicu peningkatan kadar kolesterol jahat (LDL) dalam darah.

Terdapat beberapa sebab yang meningkatkan kadar kolesterol dalam badan iaitu:

  • Sering mengambil makanan yang mengandungi kadar lemak tinggi. Hal ini merupakan punca utama kolesterol dalam badan menjadi sangat tinggi. Kadar pengambilan lemak seperti yang diketahui ramai harus dalam kuantiti yang sedikit sahaja.
  • Pengambilan minuman beralkohol. Alkohol yang berlebihan dalam badan tidak dapat dicernakan dengan sempurna oleh hati dan akan ditukarkan menjadi lemak dalam badan sekali gus menyumbang kepada peningkatan tahap kolesterol dalam badan.
  • Gaya hidup yang kurang sihat. Gaya hidup tidak sihat yang dimaksudkan di sini ialah kurang bersenam dan pengambilan makanan yang tidak berkhasiat. Orang ramai dinasihati untuk bersenam sekurang-kurangnya 20-30 minit dalam sehari 3 kali seminggu. Amalan ini dapat membantu mencegah penyakit dengan cara menurunkan kadar kolesterol dalam badan.
  • Obesiti. Apabila berat badan semakin meningkat, kadar kolesterol juga turut meningkat. Kolesterol yang berlebihan akan mendap pada arteri serta organ dalaman sekali gus menyebabkan pelbagai gejala penyakit seperti masalah hati, sakit jantung dan lain-lain.
  • Mengamalkan kehidupan yang sedenteri. Keadaan ini sering dilihat pada pekerja pejabat yang tidak banyak melakukan pergerakan dan hanya melakukan kerja dalam keadaan duduk di kerusi sahaja sepanjang hari. Golongan ini juga tidak mempunyai masa untuk bersenam kerana waktu bekerja sehingga lewat. Ini secara tidak langsung menaikkan tahap kolesterol dalam badan.
  • Pertambahan usia. Saat usia tua, risiko kolesterol tinggi yang memicu arterosklerosis juga semakin besar.

Tanda kolesterol tinggi memang sukar untuk dikenal pasti melalui simptom. Antara tanda yang boleh menunjukkan kolesterol dalam badan tinggi ialah:

  • Terdapat ketulan pada kelopak mata yang tidak sakit
  • Ketulan pada bahagian jari atau lengan
  • Tekanan darah tinggi
  • Mudah lesu
  • Sakit kaki terutamanya bahagian betis
  • Sakit kepala
  • Kencing berbuih
  • Lapisan minyak apabila buang air besar

Namun demikian, kadar kolesterol dapat dikenal pasti dengan lebih tepat melalui pemeriksaan darah.

Terdapat beberapa makanan yang harus dielakkan oleh golongan yang ingin mengawal kadar kolesterol mereka ini. Makanan tersebut ialah seperti:

DAGING MERAH
BAHAN TENUSU
MAKANAN BERGORENG
MARJERIN

Golongan yang ingin menjaga pemakanan harus berjaga-jaga jika ingin mengambil sebarang makanan yang tersenarai di atas.

CARA MENURUNKAN KOLESTEROL

Kolesterol yang tinggi dalam badan memang tidak dinafikan merupakan sebuah masalah yang serius dalam masyarakat negara kita kerana Malaysia merupakan kayangan makanan. Hal ini kerana ia mengundang pelbagai masalah kesihatan yang tidak diduga. Antara cara menurunkan kadar kolesterol yang tinggi ialah dengan:

  1. Mengurangkan pemakanan yang tidak sihat
  2. Berhenti mengambil minuman beralkohol dan merokok
  3. Melakukan aktiviti senaman dengan lebih kerap
  4. Disiplin dalam mengambil ubat yang diberi oleh doktor