Seluar Bersalin Mesra Aurat | Mama Pride

Author: Pieqa dari Mamapride

All posts by Pieqa dari Mamapride

Seluar Ini Dicerca Manusia Serata Dunia

Pada satu ketika, kecoh satu Malaysia. Kaum wanita mohon supaya hanya doktor perempuan dibenarkan bagi menguruskan proses melahirkan anak. Permintaan ini senang dilakukan di hospital swasta. Namun ianya tak berapa praktikal di hospital kerajaan. Salah satu sebabnya doktor yang bertugas sentiasa bertukar-tukar.

petisyen

Perbincangan dan perdebatan isu ini semakin hangat. Sehinggakan ada yang mengeluarkan fatwa haram doktor lelaki menguruskan kelahiran. Lalu sekumpulan doktor bermesyuarat membincangkan perkara ini. Apakah langkah yang atau jalan tengah yang boleh diambil.

Hasil dari itu tercetus idea satu seluar yang meminimumkan bukaan. Mengurangkan pendedahan anggota badan wanita.

Semasa bersalin secara normal, kebanyakkan wanita mendedahkan peha, betis dan lutut. Anggota-anggota ini boleh ditutup. Malah tak perlu dipertontonkan. Yang paling penting adalah bahagian saluran tempat bayi keluar harus dibuka.

Mencari Jalan Penyelesaian

Bertitik tolak daripada idea ini, satu prototaip seluar bersalin dihasilkan. Bukaan tengah diukur dan dicipta pada tahap paling optimum supaya tak menghalang proses kelahiran. Dari prototaip, seluar ini seterusnya dihantar kepada tukang jahit.

Salam seorang tim pengasas Mamapride, Dr Afnan, menceritakan. “Dia pergi jumpa banyak tukang jahit, namun semuanya tak mahu jahit. Macam-macam alasan diberikan”.

Namun tim Mamapride tak putus asas. Bagi Mamapride ini adalah perjuangan. Satu usaha yang mendamaikan. Akhirnya ada yang setuju. Lalu terhasillah Mamapride edisi pertama.

Pada peringkat ini seluar bersalin Mamapride dihasilkan bagi tujuan ujikaji. Seluar ini dihantar ke 3 buah hospital swasta. Ibu yang bersetuju menggunakan seluar ini dicatat dan diambil maklum balas. Ini bagi memastikan seluar ini benar-benar selamat dan selesa digunakan.

seluar mamapride diuji-pakai
Seluar Mamapride diuji guna.

Dilancarkan dan Diserang Habis-Habisan

Pada tahun 2014, seluar ini secara rasminya dilancarkan bagi orang awam. Semua yang berminat boleh mendapatkan seluar ini menerusi halaman rasmi Mamapride. Sambutan yang diterima sangat menggalakkan. Rata-rata pengguna sangat teruja dengan kehadiran seluar ini.

Setahun kemudian. Pada June 2015, akhbar Malay Mail Online menyiarkan berita kehadiran seluar ini. Dengan tak semena-mena, seluar ini dicerca oleh ramai pembaca. Kebanyakkannya menghina bahkan mempersenda peranan seluar ini. Mereka ingat seluar bersalin Mamapride satu seluar yang menyusahkan wanita.

Akhbar Malay Mail

Tak lama selepas Malay Mail Online, sebuah akhbar di UK, The Daily Mail, turut menyiarkan cerita seluar bersalin Mamapride. Di sini Mamapride menerima kecaman yang lebih dahsyat. Berita ini mendapat 5200 share dan majoritinya memperlekeh usaha ini.

kecaman daily mail uk

Mamapride Terus Melangkah

Kini sudah masuk tahun 2017, Mamapride terus melangkah. Alhamdulillah, baru-baru ini Mamapride menerima anugerah emas dalam pertandingan International Exposition on Syariah Compliant Idea, invention, Innovation & Design. Anugerah ini disampaikan oleh Timbalan Mufti Selangor, Sahibus Samahah Dr Anhar bin Opir.

Sesungguhnya perjalanan Mamapride bukan mudah. Namun bukan juga susah. Istiqamah dan terus melangkah. Tujuan Mamapride dihasilkan adalah bagi melindungi maruah dan aurat muslimah. Andai ada yang tak bersetuju, datangkanlah alternatif lain.

Seluar bersalin Mamapride ini sudah digunakan di 92 hospital seluruh Malaysia. Bakal ibu dinasihatkan menunjukkan seluar ini sewaktu pemeriksaan kesihatan supaya doktor tahu dan beri kebenaran. Majoriti pengguna Mamapride tidak menghadapi sebarang masalah dalam menggunakan seluar ini.

Akhir kata, Mamapride akan terus melangkah demi ummah. Orang boleh mempersenda, namun Mamapride akan tetap ke sana. Kita cipta penyelesaian. Kita cipta perubahan.

PENGAKUAN JUJUR DARI PENGASAS MAMAPRIDE

Ini kisah jatuh bangun Mamapride. Ini juga 6 ‘driving factors’ yang beri semangat pada saya. Berjuang habis-habisan untuk Mamapride. Ini adalah amanah!

1/ BANTU SELESAIKAN MASALAH AURAT TERSELAK DI BILIK BERSALIN
Sekarang ada kumpulan-kumpulan yang minta untuk lahirkan anak dirumah. Bayar kepada Doula. Tolonglah Tuan dan Cikpuan. Ini risiko sangat tinggi.

Lewat sikit hantar hospital, maka Innalillah..Apa Tuan dan Cikpuan nak buat andai
> tali pusat keluar dulu (bayi lemas)
> rahim pecah (darah keluar macam air paip)
> ibu berhenti bernafas tiba-tiba (pulmonari embolism) dan suami pengsan (takut darah).

Sanggup gadaikan nyawa?

Ada yang kata kumpulan ini wujud kerana wanita malu. Ibu bersalin malu peha, betis dan lutut terselak. Nampak pada doktor lelaki.

Akibatnya ada yang memilih bersalin di rumah.

Ini ekstremis. Tindakan yang boleh membunuh nyawa ibu dan anak.

Atas sebab itu lahirlah MAMAPRIDE. Satu alternatif yang menjaga aurat muslimah semasa bersalin.

Mamapride bisik kepada hati para ibu, “Peha, lutut dan betis ditutup rapi. Hanya jalan bersalin dibuka. Ini adalah bukaan paling minima dalam keadaan darurat ”

2/ PERJUANGAN SEORANG MUSLIMAH
Ya! Aurat adalah maruah kita!

Mamapride adalah rakan Cikpuan dan Tuan Suami! Maruah kita!

“Saya pernah cek satu ibu….ketika tu belum ada Mamapride! Selepas bersalin, bila terserempak, dia akan mengelak kerana malu! Saya tak perasan yang ibu malang tu, tinggal selang serumah dengan mertua! Hinggalah mertua yang cerita apa yang jadi….malukan kalau kita rasa Maruah terdedah kan?”

Ini salah satu sebab kenapa saya usahakan buat Mamapride!

3/ PERJUANGAN EKONOMI UMMAT ISLAM
Lama dulu saya pernah pertimbangkan sistem wakaf untuk sebarkan Mamapride! Model ini nampak menarik dan mudah.

Saya jumpa pegawai wakaf Majlis Agama Islam Kelantan. Saya kirakan berapa lama Mamapride bertahan jika guna sistem wakaf.

Namun pada waktu itu, nampak tidak boleh bertahan. Kerjasama dari pihak-pihak berkaitan pula tidak mudah. Akhirnya saya berbincang dengan kawan-kawan. Hasilnya kita sepakat cuba model bisnes.

Kos Mamapride diperingkat ini masih tinggi. Kami masih usaha untuk turunkan kos!

Namun, dalam kekangan yang ada ini, kami jalan terus.

Sedar tak sedar, seramai lebih 263 orang sudah berpeluang meningkatkan ekonomi keluarga dan menjana wang untuk diri dan keluarga. Alhamdulillah.

Kami sasarkan untuk bantu 1000 orang hujung tahun ni! Ayuh bangkit berniaga!

Saya ingin buat pemberitahuan. Saya bukannya nak kaya dengan Mamapride.

Saya perlu sebut bahawa, saya tidak mengambil gaji Mamapride untuk diri saya. Saya dermakan untuk badan-badan lain. Allah dah beri ganti yang lebih baik buat saya.

4/ CINTA SUAMI PADA ISTERI
Saya suka sangat bila Tuan suami yang minta “PM” di fanpage kami. Tuan suami sayang sangat pada isterinya, hinggakan beli sendiri barang perempuan untuk isteri!

I love you guys!

5/ INI ADALAH DAKWAH
Pada Mac 2015, akhbar-akhbar Britain heboh dan terkejut dengan kewujudan Mamapride.

Mamapride muncul di dada akhbar mereka. Bertubi-tubi kami dihentam. Hingga mengalir air mata bila baca komen-komen.
(baca di http://www.bbc.com/news/blogs-news-from-elsewhere-33283629)

Rupa-rupanya,

Pada 4 Mac 2016, 2 Hospital naungan British National Health Service, iaitu Hospital Royal Bournemouth dan Christchurch Hospital MEMPERKENALKAN BAJU GOWN bagi memelihara maruah mereka yang Muslim!
(baca di http://www.breitbart.com/…/nhs-hospital-introduces-patient…/)

Terbukti, Mamapride adalah dakwah! Kami berjaya ingatkan kaum kristian dan yahudi bahawa orang perempuan agama mereka pun disuruh tutup Aurat asalnya.

6/ BUKAN SEKADAR UNTUK BERSALIN
Saya senaraikan 8 lagi lain-lain kegunaan Mamapride:
[+] Ujian pap smear
[+] Pemeriksaan vaginal
[+] Pemeriksaan rectal
[+] Pemeriksaan urologi
[+] Pemeriksaan prostat
[+] Rawatan buasir
[+] Pemeriksaan kolon
[+] Pesakit yang terlantar tidak boleh bangun. Seluar ini memudahkan proses buang air kecil atau air besar.

Inilah pengakuan saya. Perjuangan Mamapride akan terus melangkah. Doakan kejaayan kami.

Oleh:
Dr Afnan Ibnu Khaldun
Founder bersama dan pengasas bersama MAMAPRIDE!

Gaun Khas Untuk Pesakit Muslim Di UK. Sangat Menarik!

Pesakit wanita Muslim di UK boleh menarik nafas lega apabila sebuah pakaian hospital yang dikenali sebagai “multi-faith dignity gowns” atau “Gaun Mesra Pelbagai Agama” diperkenalkan di The Royal Bournemouth dan Christchurch Hospital, di Dorset.

Penciptaan Gaun terbaru ini berikutan permintaan tinggi daripada masyarakat pelbagai latar belakang kepercayaan yang mahukan gaun yang lebih mesra dan sesuai dengan tuntutan kepercayaan masing-masing di UK.

Rekaan gaun ini termasuk bahagian kain lengan yang berakhir pada pergelangan tangan, dua penutup rambut, topeng muka dan tali pinggang di pinggang untuk memastikan ia tidak terbuka di belakang. Gaun ini dipakai bersama seluar longgar.

The Royal Bournemouth dan Christchurch Hospital NHS Foundation Trust (RBCH) berkata bahawa gaun tersebut dicipta kerana menerima banyak maklum balas daripada pesakit wanita Islam. Pada masa yang sama, gaun itu sesuai untuk wanita beragama Hindu, Ortodoks Yahudi dan agama Rastafarian.

Sue Mellor, pengurus RBCH berkata:

“Kami sentiasa berusaha untuk meningkatkan pengalaman pesakit kami dan maklum balas pesakit adalah amat penting kepada kami. Kami bekerja dengan seberapa banyak kumpulan minoriti dan agama yang boleh memastikan kami dapat memenuhi keperluan semua pesakit kami.”

“Apabila bekerja dengan kumpulan fokus wanita Muslim, kami menerima maklum balas yang sangat banyak tentang pemakaian gaun hospital tradisional  yang menjadikan mereka amat tidak selesa. Masalah tersebut meletakkan mereka dalam kedudukan di mana mereka terpaksa melanggar peraturan kepercayaan dan tuntutan agama mereka.”

“Kita tidak mahu perkara tersebut berlaku untuk mana-mana pesakit, jadi kami memperkenalkan baru gaun istimewa ini’.”

Nada Fawal, antara ahli kumpulan yang membantu untuk memperkenalkan gaun tersebut, menjelaskan:

“Kami benar-benar gembira apabila pengurusan RBCH telah memperkenalkan gaun baru ini.”

“Bagi wanita Islam, mendedahkan walaupun sedikit tubuh badan mereka selain muka dan tangan adalah seperti mempunyai bahagian-bahagian yang sangat peribadi seperti dada yang dipaparkan kepada umum.”

“Ini bermakna memakai gaun hospital biasa tidak selesa untuk kita.”

“Pada masa yang sama, kami juga sedar bahawa apabila kita berada di hospital, kakitangan NHS cuba untuk membantu kami dan tidak mahu membuat hidup sukar bagi pesakit mereka.”

“Sekarang, terima kasih kepada gaun baru ini, kita tidak perlu bimbang lagi tentang hal tersebut, kita hanya boleh meminta gaun ini daripada salah seorang staff mereka -. Ia adalah satu kelegaan yang besar”

Ini adalah perkembangan yang sangat positif kepada kebajikan dan hak-hak pesakit yang dapat dipelihara. Sepatutnya, hak-hak pesakit berlainan latar belakang kaum dan agama wajar diberi perhatian oleh pihak hospital.

Di Malaysia pula, Koperasi Amal Medik Malaysia Berhad telah berjaya mencipta seluar bersalin mesra aurat di bawah jenama MAMAPRIDE. Seluar bersalin ini dapat membantu wanita melindungi aurat mereka terutama bahagian peha, lutut dan betis semasa bersalin di bilik bersalin. Ini juga sekaligus memberi keyakinan kepada mereka saat menempuh perjalanan jihad itu.

Seluar Mamapride ada ciptaan sekumpulan doktor pakar perubatan yang ingin membantu kaum Hawa merasa selesa dan yakin semasa bersalin di dewan bersalin. Antara kelebihan Seluar Mamapride:

Untuk maklumat lanjut tentang Mamapride boleh hubungi:

  1. Cik Syafiqah: 01115448195
  2. Cik NurJihan: 01118539278

Sumber berita: Klik Di sini

Cara Mudah Bersalin Menurut Islam

 

Kemuliaan-ibu-mengandung-dalam-Islam-300x450Setiap wanita yang mengandung pastinya inginkan prosedur kelahiran berjalan dengan lancar.Selain daripada menjaga pemakanan dengan baik dan melakukan senaman,dengan mengamalkan doa, zikir dan amalan-amalan yang disarankan dalam islam juga dapat memudahkan proses bersalin kelak.Sebagai umat islam, kita sememangnya disarankan kembali kepada doa dan amalan-amalan semasa hamil dan terus bersedia dengan doa, zikir, amalan dan petua agar mudah bersalin.

Antara cara mudah bersalin mudah menurut islam adalah dengan mengamalkan doa, zikir dan amalan membaca ayat suci al-quran.Antara zikir dan doa yanb baik diamalkan agar mudah bersalin ialah:

 

1.1

“ Ya Tuhan kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat ( anak ) yang baik sempurna (tidak cacat ). Sesungguhnya Engkau sentiasa mendengar dan menerima rayuan dan doahamba Mu”

 

22

“ Tiada Tuhan yang disembah melainkan Engkau ( Allah ), maha Suci Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku termasuk di kalangan orang-orang yang zalim.

 

3.3

“ Tuhanku berilah kepadaku ( seorang anak) dari anak-anak yang soleh”

 

4. Dan apabila saat hampir bersalin bacalah doa ini:

4
“ Allah telah mencukupi segala sesuatu bagiku dan sebaik-baik yang ku serah diri kepada Allah”

 

5. Untuk memudahkan bersalin digalakkan pula membaca ayat kursi,
Kemudian pula baca ayat ini :

5

“ Bahawasanya Tuhanku, ialah Allah yang telah menjadikan langit dan bumi dan yang diantara keduanya di dalam enam hari kemudian Dia bersemayam atas Arasy. Diamemasukkan malam ke dalam sarang yang mencarinya dengan cepat.
Matahari, bulan dan bintang semuanya ditundukkan dengan perintah-Nya. Ketahui olehmu, Allah yang mempunyai pencipta dan suruhan. Maha Mulia Allah Tuhan semestaalam.

Seterusnya perbanyakkan membaca tasbih ini:

6. 6

 

 

Maha Suci Allah

 

7.7

 

Aku Pohon ampun kepada Allah

 

8.Sentiasa membaca doa ini :
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْمِ
أُعِيْذُهُ بِالوَاحِدِ الصَّمَدِ مِنْ شَرِّ كُلِّ ذِى حَسَدٍ
Maksudnya : Aku berlindung akannya dengan pertolongan Tuhan yang Esa yang ditumpu segala kehendak kepadaNya daripada sekalian yang mempunyai dengki
* Sekurang-kurangnya dibaca sebanyak 10 kali setiap kali lepas solat 5 waktu

9.Membaca Surah Al-Ansyiqaq

8

 

 

 

 

 

 

 

 

10.Sentiasa membaca surah Maryam.

10

 

 

 

 

 

 

 

 

11.Surah An-Nahl: ayat 78-80

[78] Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatupun dan Dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatanserta hati (akal fikiran); supaya kamu bersyukur.

 

Cara mudah bersalin menurut islam juga adalah dengan menjaga pemakanan.Wanita hamil dinasihatkan minum air zam-zam dam makan buah kurma untuk melancarkanproses bersalin.Khasiat kurma untuk bakal ibu adalah memudahkan proses bersalin dan dan mengurangkan kehilanagn darah semasa bersalin. Kurma diangkat tinggioleh Rasulullah S.A.W kerana mempunyai nilai kandungan makanan yang tinggi. Kandungan gula di dalamnya telah ditukar secara semulajadi. Bermakna apabila kitamemakan kurma, tenaga yang diserap tubuh adalah serta-merta.

 

Nabi Muhammad SAW bersabda:

 

“Berilah makanan kurma pada wanita yang hamil sebelum dia melahirkan, sebab yang demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi seorang yang tabah dan bertaqwa(bersih hatinya)”

 

Nabi Muhammad SAW juga bersabda:

 

“Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadianak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya.”

 

Menjaga hubungan sesama manusia juga sangat penting semasa mengandung terutamanya dengan suami dan ibu bapa.Mohonlah maaf kepada mereka sekiranya telahmemmbuat salah kepada merekka.Dengan cara itu, hati kita akan lebih tenang semasa melahirkan nanti.Sesungguhnya kita perlu berusaha, semua yang berlaku berkehendakdengan izin-Nya.Insyaallah.

 

 

BENGKAK KAKI/EDEMA SEMASA HAMIL

Pelbagai penyakit dan rasa tidak selesa akan mula menyerang dan dirasai oleh ibu hamil ketika dalm tempoh trimester ke-3(7 bulan ke atas).Salah satu masalah yang akan menyerang ialah bengkak kaki atau lebih juga dikenali sebagai edema.

1
BAGAIMANA MASALAH INI BOLEH TERJADI??

2_2
2

Ketika hamil, badan menghasilkan 50% lebih banyak darah dan cecair berbanding waktu lain. Ini adalah untuk memenuhi keperluan bayi yang sedang membesar di dalam rahim ibu. Oleh itu, badan ibu boleh menjadi bengkak akibat daripada darah dan cecair yang berlebihan ini. Perut ibu yang semakin membesar sepanjang tempoh ini juga akan menyebabkan tekanan kepada pengaliran darah kepada bahagian bawah badan terutamanya kaki. Keadaan boleh menjadi lebih teruk sekiranya ibu duduk terlalu lama ketika melakukan kerja di pejabat ataupun duduk lama di dalam kenderaan.

CARA MENGATASI

1. Tinggikan sedikit kaki dengan mengalaskan denganbantal ketika tidur atau semasa rehat.

2. Angkat kaki setinggi mungkin dari lantai semasa duduk untuk membantu peredaran darah dan mngelakkan kebas kaki.
3 Julurkan kaki ke arah luar dan angkatkan sedikit sebelah tumit kaki dari lantai.
Regangkan bahagian hujung kaki (jari) ke arah atas dalam kiraan 8
Regangkan bahagian hujung kaki (jari) ke arah bawah dalam kiraan 8
Pusingkan pergelangan kaki ikut arah jam dalam kiraan 8 pusingan
Pusingkan pergelangan kaki lawan arah jam dalam kiraan 8 pusingan
Ulangi cara yang sama untuk sebelah kaki yang lain
Senaman regangan kaki mampu meningkatkan suhu otot betis dan meningkatkan fleksibiliti sendi serta memperbaiki aliran darah. oleh itu, lakukan dengan penuh keselesaan bukan untuk kesakitan.

3. Untuk membantu kelancaran peredaran darah dan mengelakkan kebas kaki,anda dinasihatkan supaya mengangkat kaki setinggi mungkin dari lantai ketika duduk.

4. Memakai kasut yang selesa apabila keluar daripada rumah dan elakkan memakai kasut tinggi

5. Amalkan pemakanan sihat,jauhi atau kurangkan makanan dalam tin atau yang tersedia proses lain. Kebanyakkannya mengandungi lebih kalori dan lemak berbanding nutrisi vitamin yang baik untuk ibu dan bayi. Malah boleh menyebabkan pertambahan berat badan (obesiti) dan kehilangan air dalam badan Pengambilan suplemen vitamin C, vitamin B Complex, kalsium dan zat besi sangat baik untuk membantu kesihatan ibu dan tumbesaran bayi yang sihat. Jangan abaikan nutrisi sepanjang kehamilan. Pastikan yang semulajadi dan bukan datang dari kejuruteraan sintetik.

6. Sekiranya anda melalui perjalanan yang jauh, sebaiknya berhenti sebentar untuk merehatkan kaki anda

7. Ibumengandung digalakkan melakukan senaman ringan seperti berjalan, berbasikal, berenang atau aerobik. Aktiviti air seperti merendam kaki atau berendam separas bahu baik untuk melegakan bengkak kaki bagi ibu mengandung

8. Banyakkan meminum air kosong dengan banyak kerana ia membantu proses dehidrasi tubuh. Menjadikan tubuh segar disamping membantu proses perkumuhan dalam badan. Jangan khuatir, ia tidak menyebabkan pertambahan berat tubuh badan ibu mengandung.

9. Minta suami atau seseorang untuk mengurut buku lali dan tapak kaki anda, hingga ke lutut. Ini boleh membantu mengalihkan cecair keluar daripada tapak kaki.

Walaupun keadaan ini boleh menyebabkan keadaan yang tidak selesa kepada ibu hamil, namun keadaan ini adalah bersifat sementara sahaja. Apabila bayi dilahirkan kelak, masalah ini akan hilang dan selesai begitu sahaja

===============================================================================================
* Dapatkan Seluar Bersalin Mamapride di http://www.mamapride.com.my/shop/

Tips Mencegah & Menghindari Agar Bayi Tidak Songsang

Tips ini adalah untuk mencegah atau bagaimana cara menghindari kedudukan bayi songsang sebelum sampai masa bersalin, masalah ini banyak membuat para wanita merasa cemas ataupun was-was dalam menghadapi persalinan. Namun apabila anda berkemungkinan untuk mengalami kelahiran songsang janganlah takut dengan berlebihan, kerana rasa takut tersebut dan berfikiran negatif dapat mempengaruhi kesihatan bayi dalam kandungan.

Beberapa Tips Mencegah & Menghindari Agar Bayi Tidak Songsang

  1. Mengikuti Senaman Hamil
  • Contohnaya berenang ini akan membuat otot perut santai dan memberikan ruang pada bayi untuk bergerak.
  1. Melakukan Penekanan Lembut
  • Tekanan ini harus menggunakan kedua tangan agar dapat merangsang posisi bayi yang songsang ke posisi normal. Lakukan di sekitar perut searah jarum jam.
  1. Sering Melakukan Posisi Sujud
  • Lakukan posisi bersujud secara betul dan teratur 2 kali setiap pagi dan petang dalam tempoh sekitar 10 minit. 92% cara ini akan mebuahkan hasil untuk mencegah bayi daripada songsang.
  1. Menggunakan Lampu Suluh
  • Gunakan lampu suluh untuk mendapatkan perhatian bayi di dalam rahim. Tunjuk lampu suluh di kepala bayi, kemudian bergerak ke arah saluran kelahiran. Sekilas cahaya yang bergerak pantas untuk menarik perhatian bayi sehingga kepala bayi boleh mengikuti jalan cahaya itu dilahirkan.
  1. Minum Minuman Manis
  • Oleh kerana banyak minuman manis yang mengandungi glukosa akan menyediakan tenaga tambahan untuk bayi untuk menjadikannya aktif. Dengan janin bayi aktif bergerak ke arah kemungkinan kedudukan yang normal juga akan menjadi lebih tinggi
  1. Memainkan Muzik
  • Dengan memainkan muzik anda juga boleh membuat bayi anda cenderung untuk berada dalam kedudukan yang normal. Cara ini dilakukan dengan meletakkan pembesar suara dalam bidang saluran kelahiran. Ini akan menyebabkan kepala bayi bergerak ke kelahiran.
  1. Meletakkan Sesuatu yang Sejuk
  • Dengan meletakkan benda sejuk pada bahagian kepala bayi ini akan menyebabkan bayi menjauhi kawasan sejuk tersebut. Maka dengan itu letakkanlah benda sejuk dibahagian atas perut sehingga kepala bayi  menjauhi bahagian atas perut tersebut dan mengarahkannya ke jalan lahir sang ibu.
  1. Berpikirlah Positif
  • Dengan selalu berpikir positif, bayi akan menerima singnal positif dari anda sehingga membuatkan bayi berputar ke posisi yang betul meskipun posisi bayi anda songsang.

Panduan hamil dan tips mengenai apa yang anda boleh lakukan untuk mengelakkan kedudukan songsang sama ada sebelum atau selepas positif oleh doktor bahawa bayi anda dalam kedudukan songsang. Di samping itu, anda tetap perlu melakukan pemeriksaan untuk obstetrik bagi memantau kemajuan si bayi supaya langkah berjaga-jaga kedudukan songsang boleh berjalan dengan betul.

 

kredit by cara cepat hamil

MAKANAN YANG TERBAIK UNTUK IBU HAMIL

Kehamilan adalah saat yang ditunggu-tunggu oleh pasangan suami isteri. Makanan yang baik dan berkualiti menyumbang kepada pembentukan janin yang sempurna. Ini kerana ,makanan yang mempunyai khasiat tertentu akan membantu dalam proses perkembangan janin yang masih berada dalam kandungan ibu.

Berikut merupakan makanan2 yang terbaik buat ibu semasa kehamilan:-
1.WALNUT

walnut
Rupanya yang kelihatan sepert otak manusia dipercayai sangat bagus dalam perkembangan otak bayi. Secara umum mengetahui, bahawa didalam walnut mngandungi lemak, namun jangan bimbang kerana lemak ini adalah lemak baik dan kandungan protein dalam walnut juga sangat tinggi, jadi bagi ibu2 yang tidak suka makan telur atau ikan, boleh mengambil walnut sebagai ganti dan mendapatkan khasiat yang sama seperti makan ikan atau telur.

2.BUAH DELIMA

delima
Terdapat banyak khasiat yang sangat baik didalam buah delima untuk ibu mengandung. Tahap antioksidan yang tinggi dalam buah delima dapat melindungi otak bayi semasa kelahiran. Dalam sebuah kajian oleh Pediatric Research menyatakan dengan hanya minum jus buah delima selama tempoh kehamilan, Ia dapat membantu melindungi otak bayi yang baru lahir. Selain itu, buah delima merupakan buah terbaik untuk dimakan kerana ia kaya dengan kandungan asid folik yang tinggi dapat mencegah kecacatan tiub saraf yang menyebabkan kerosakan pada sumsum tulang belakang dan lelangit bibir sumbing pada bayi.

3.KURMA

kurma
Buah kurma mempunyai pelbagai khasiat terutama kepada ibu hamil hal ini kerana terdapat banyak kandungan vitamin dan mineral didalam buah kurma ini yang tentunya dapat menjaga kesihatan pada saat kehamilan. Antara manfaat yang boleh didapati oleh wanita hamil dengan memakan kurma adalah dapat menambahkan tenaga para ibu hamil dalam melakukan aktiviti seharian. Kandungan kalium yang ada dalam kurma dapat meningkatkan rangsangan pada saraf malahan dengan memakan kurma dapat meningkatkan kecerdasan otak dan mempertajam daya ingatan. Selain itu kandungan gula dalam kurma tidak hanya dapat dijadikan sebagai penambah tenaga malah dapat mengatasi masalah anemia (kurang darah). Buah kurma juga dikatakan dapat mengubati masalh sembelit.

4.MADU

madu
Madu adalah makanan yang mengandung zat terutama fruktosa, glukosa, dan jenis gula lainnya, serta madu menyediakan banyak gizi dan bermanfaat bagi kesihatan. Menambahkan tenaga untuk ketahanan diri semasa mengandung dan semasa menghadapi saat kelahiran cahaya mata. Mencegah dari berbagai penyakit seperti kencing manis, darah tinggi, kencing kotor, batuk selsema, lelah dan lain-lain. Mengurangi rasa mual pada masa kehamilan. Menambah nafsu makan bagi ibu hamil. Mencegah dari pelbagai penyakit kerana kandungan antibiotik dalam madu dapat membunuh kuman-kuman cahaya mata. Kandungan zat galian dalam madu boleh membantu membina dan menguatkan janin. Serta membantu secara khusus pertumbuhan fizikal dan mental janin. Bahkan penyakit Hepatitis B yang biasa menyerang bayi dapat dihindar dengan amalan madu oleh para ibu yang mengandung.

5.SUSU KAMBING

susu kambing
Susu kambing adalah minuman sunnah yang mempunyai banyak khasiat didalamnya. Ianya sangat bagus diamalkan oleh kita terutamanya ibu mengandung. Susu kambing mengandungi kalsium yang sangat tinggi. Dengan mengamalkan minum susu kambing, ibu mengandung mendapat bekalan kalsium yang lebih sekaligus menggalakkan pembekalan kalsium yang cukup untuk bayi malah mengelakkan masalah kejang kakinpada wanita itu sendiri. Selain itu, susu kambing dapat menghasilkan kulit bayi yang cantik. Pasti semua ibu mengandung suka melihat bayi yang bersih dan cantik serta bebas dari pelbagai penyakit. Amalan minum susu kambing diawal kehamilan dapat membantu bayi jauh daripada risiko penyakit kulit.

Comments3

MAKANAN YANG PERLU DIELAKKAN SEMASA MENGANDUNG

Demi menjaga kesihatan janin,seorang ibu hamil perlu berhati2 dalam memilih makanan. Seorang ibu hamil tidak boleh menambil makanan sembarangan kerana jelas ia akan berisiko membahayakan keselamatan janin dalam kandungan.
Berikut merupakan 5 makanan yang tidak baik dan perlu dielakkan oleh ibu semasa mengandung.

1.Makanan mentah atau separuh masak
makanan mentah
Dging,telur,susu dan ikan mentah adalah sangat merbahaya kepada ibu mengandung dan boleh menyebabkan kompilasi buruk. Ada sejenis penyakit yang boleh menyebabkan parasit yang didapati dalam daging mentah merebak dalam badan ibu mengandung. Pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran sememangnya bagus bagi wanita hamil namun harus diingatkan untuk membasuhnya dengan bersih hal ini kerana parasit Toxoplasma boleh hidup didalam buah-buahan dan sayur-sayuran yang tidak bersih dan akan menyebabkan penyakt Toxoplasma yang boleh membahayakan anda dan kandungan anda.

2.Keju lembut.
keju
Tahukah anda, keju lembut yang diperbuat daripada susu yang tidak dipasteur boleh membiakkan bakteria listeria.  Ianya sangat merbahaya kepada Ibu dan bayi yang dikandung.  Listeria mampu menyeberang uri,menjangkiti bayi dalam kandungan dan seterusnya membawa jangkitan sekaligus boleh membawa maut.  Antara jenis keju yang perlu dielakkan ialah brie, comembert, feta, blue cheese, queso fresco dan panela.

3.Alkohol,minuman berkarbonat dan makanan ringan.
fast food
Bagi kita umat islam adalah diharamkan pengambilan alkohol.  Terbukti secara klinikal,alkohol boleh menyebabkan keabnormalan dalam perkembangan janin.  Manakala minuman bergas pula boleh mnyebabkan kadar gula dalam darah wanita hamil tidak seimbang, berisiko mendapat penyakit kencing manis serta mnyumbang kepada ketidakstabilan paras gula tubuh bayi.  Hal ini kerana minuman berkarbonat mengandungii jumlah gula yang tinggi.Anda juga harus mngehadkan pengambilan makanan ringan kerana didalam makanan ringan mengandungi banyak MSG.

4.Makanan dan minuman berkafein.
kopi
Sekiranya anda ingin juga mengambil kafein(sebolehnya dielakkan),pastikan anda mngehadkan jumlah kafein kepada 200 mg sehari(bersamaan 12 auns cawan kopi)kafein dikatakan boleh menjejaskan berat bayi dalam kandungan.  Ianya juga boleh memberi risiko keguguran yang tinggi, kelahiran pramatang dan mengganggu penyerapan zat besi yang diperlukan oleh ibu mengandung.

5.Makanan yang dibungkus dalam polisterin dan juadah Potluck
nasi
Elakkan membungkus makanan dari kedai makan kerana suhu didalam kereta boleh meningkat dengan cepat dan boleh mnyebabkan bakteria merebak dengan cepat.  Ianya sangat tidak baik untuk ibu mengandung.  Mungkin anda tidak sampai hati menolak juadah potluck yang dibawa oleh rakan-rakan anda ditempat kerja,  namun harus diingatkan,makanan yang terbiar terlalu lama(tidak disejukkan atau disimpan didalam peti sejuk) boleh membahayakan.  Patuhi (jangan makan juadah potluck yang terbiar pada suhu bilik melebihi 2 jam.)

AMALAN DOA & ZIKIR SEMASA MENGANDUNG SERTA MEMUDAHKAN BERSALIN

Antara amalan yang dianjurkan untuk ibu hamil ialah berzikir mengingati Allah S.W.T serta memperbanyakkan membaca Al-Quran. Kerana dengan amalan tersebut boleh memberi ketenangan pada jiwa dan memberi kesan yang positif kepada baby dalam kandungan. Allah S.W.T berfirman dalam surah al-Ra’d ayat 28 :

Surah Al-R'ad Ayat 28

” Orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenang dengan mengingati Allah S.W.T. Ketahuilah hanya dengan mengingati Allah S.W.T. , hati menjadi tenang.”

Antara petua-petua yang biasa diamalkan oleh ibu mengandung adalah membaca surah-surah pilihan iaitu:

• Surah Yusuf——————> untuk memohon anak yang cantik rupa dan akhlak.
• Surah Luqman—————> untuk memohon anak yang cerdik.
• Surah Maryam ————–>untuk memudahkan bersalin.
• Surah Yasin——————>untuk memohon anak yang teguh hati dan tidak terpengaruh dengan maksiat.
• Surah al-Hujurat————> untuk membanyakkan susu ibu.
• Surah al-Imran ayat 38—–> untuk memohon anak yang baik.
• Surah al-Imran ayat 8-9—->untuk memohon rahmat.
• Surah Ibrahim ayat 40——>untuk memohon agar anak tetap mengerjakan solat.
• Surah al-Baqarah ayat 128–>untuk memohon agar anak patuh kepada Allah S.W.T.
• Surah Yassin ayat 22-23—–>untuk menjaga aqidah/memberi hidayah kepada anak.
• Surah as-Sajdah ayat 7-9—->untuk memohon agar anak menjadi orang yang soleh/solehah dan baik.
• Surah al-Furqan ayat 74—–>untuk memohon agar dikurniakan anak yang menyejukkan/menyenangkan hati ibubapa / doa untuk mendisiplinkan anak / doa untuk kebahagiaan sekeluarga.

Doa yang sunat dibaca ketika hamil termasuklah doa Nabi Yunus a.s. dalam surah al-Anbiya’ ayat 21:87 :

surah al-Anbiya' ayat 21

“Tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (ya Allah!) Maha Suci Engkau (daripada melakukan aniaya, tolonglah aku!). Sesungguhnya aku adalah daripada kalangan orang yang menganiaya diri sendiri.”

Begitu juga kepada ibu-ibu yang sukar bersalin, Ibn Abbas meriwayatkan Rasulullah S.A.W. bersabda yang maksudnya :

“Apabila seorang perempuan itu sukar bersalin, tuliskan di dalam bejana surah al-Ahzab (ayat 35) dan surah al-Nazi’at (ayat 46), kemudian air itu disapukan dan diminum serta disapukan di perut dan kemaluannya.”
(Hadis riwayat Ibn Sunni)

Antara zikir dan doa yang diamalkan untuk memudahkan bersalin ialah :

1)Zikir & Doa_1

“Ya Tuhan, kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat (anak) yang baik sempurna (tidak cacat). Sesungguhnya Engkau sentiasa mendengar dan menerima rayuan dan doa hamba-Mu.”

2)Zikir & Doa_2

“Tiada Tuhan yang disembah melainkan Engkau (Allah), Maha Suci Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku termasuk dalam kalangan orang-orang yang zalim.”

3)Zikir & Doa_3

“Tuhanku, berilah kepadaku (seorang anak) dari anak-anak yang soleh.”

Apabila saat hampir bersalin, bacalah doa ini :

4)Zikir & Doa_4

“Allah telah mencukupi segala sesuatu bagiku dan sebaik-baik yang ku serah diri kepada Allah.”

Untuk memudahkan bersalin digalakkan juga membaca ayat Kursi.

5)Zikir & Doa_5

“Bahawasanya Tuhanku, ialah Allah yang telah menjanjikan langit dan bumi dan yang diantara keduanya di dalam enam hari kemudian Dia bersemayam atas Arasy. Dia memasukkan malam ke dalam sarang yang mencarinya dengan cepat.
Matahari, bulan dan bintang semuanya ditundukkan dengan perintah-Nya. Ketahui olehmu, Allah yang mempunyai pencipta dan suruhan. Maha Mulia Allah Tuhan semesta alam.

Seterusnya, perbanyakkan membaca tasbih ini :

6)Zikir & Doa_6

Maha Suci Allah

7)Zikir & Doa_7

Aku pohon ampun kepada Allah

Sentiasa membaca doa ini :

8)Zikir & Doa_8

“Aku berlindung akannya dengan pertolongan Tuhan Yang Esa yang ditumpu segala kehendak kepada-Nya daripada sekalian yang mempunyai dengki.”

*Sekurang-kurangnya dibaca sebanyak 10 kali setiap kali lepas solat 5 waktu.

9) Surah Al-Ansyiqaq
Surah Al-Ansyiqaq

10) Sentiasa membaca surah Maryam.

Surah Mariam

11) Surah An-Nahl (ayat 78-80)

[78] Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatupun dan Dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran); supaya kamu bersyukur.

Marilah sama-sama kita amalkan. InsyaAllah akan dipermudahkan segalanya. Amin.

Kredit by Nur Aini Azhar

Comments2

ANTARA BEBERAPA SUNNAH RASULULLAH SEMASA MENYAMBUT KELAHIRAN ANAK

Salah satu langkah awal yang baik untuk terwujudnya anak-anak sholeh adalah dengan menanamkan ajaran agama sedini mungkin pada diri anak-anak. Dan setiap orangtua hendaknya berkomitmen untuk memberikan pendidikan agama yang sesuai dengan Al-Qur’an dan As-Sunnah kepada anak-anak mereka.
Penanaman nilai-nilai agama itu sesungguhnya bisa dimulai sejak masa kehamilan. Sebagaimana yang telah disarankan para ulama, bahwa hendaknya setiap wanita hamil memperbanyak dirinya dengan membaca Al-Qur’an dan berdzikir. Pada masa kehamilan di trimester kedua, dimana ruh telah ditiupkan, para pakar mengemukakan bahwa janin telah dapat mendengar apa yang ada di sekeliling mereka. Maka hendaknya ibu memperbanyak mendengarkan ayat-ayat Allah pada janinnya, atau ayah membisikkan kalimat-kalimat thayyibah sambil membelai perut istrinya.
Sedangkan saat menyambut kelahiran si kecil, berikut ini ada beberapa sunnah Rasulullah yang kami sarikan dari beberapa sumber dan dalil yang shahih :

1. Mentahnik bayi dengan kurma dan mendoakan keberkahan atasnya
Tak banyak orangtua yang memahami bahwa tahnik adalah sunnah Nabi yang sangat dianjurkan saat bayi baru lahir. Tahnik adalah memasukkan kunyahan/lumatan buah kurma ke dalam mulut bayi yang baru lahir dan menggosokkannya dengan lembut di langit-langit mulut bayi sampai seluruh bagian dari mulut bayi tersebut terolesi dengan sari buah kurma. Jika kurma sulit untuk didapat, boleh diganti dengan sari kurma yang sudah jadi atau madu.
Apakah tidak bahaya bagi bayi?
Bayi yang baru lahir terutama bayi yang lahir prematur atau bayi dengan berat lahir kurang, memiliki kandungan glukosa yang sangat kecil dalam darahnya (umumnya hanya di bawah 30mg per 100 ml darah). Jika kekurangan zat gula ini tidak segera dipenuhi, biasanya bayi akan mudah menolak ASI ibunya, otot-ototnya lemas, gangguan syaraf, bahkan berujung pada kematian. Biasanya, dokter akan memberikan tambahan zat gula pada bayi baru lahir yang kurang berat badannya atau prematur mellaui infus atau langsung melalui mulut.
Dan kurma adalah penghasil glukosa yang sangat baik dan bagus untuk kesehatan bayi. Mentahnikbayi dengan kurma dapat memperkuat otot-otot mulut bayi sehingga bayi akan kuat menyusu pada ibunya. Dan ketika bayi kuat menyusu, maka insya Allah ASI akan menjadi lancar dan berlimpah.
Dalil-dalil disunnahkannya mentahnik bayi :

Dari Abu Burdah dari Abu Musa ia berkata: “Telah lahir anakku, lalu aku membawanya dan mendatangi Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wasallam, lalu beliau memberinya nama Ibrahim dan kemudian men-tahnik-nya dengan kurma.” Imam Bukhari menambahkan: “dan beliau mendoakan kebaikan dan memdoakan keberkahan baginya, lalu menyerahkan kembali kepadaku.” (HR. BUkhari & Muslim)

 Dari Asma’ binti Abu Bakar, ia berkata bahwa dirinya ketika sedang mengandung Abdullah bin Zubair di Mekkah : “Aku keluar dan aku sempurna hamilku 9 bulan, lalu aku datang ke Madinah, kemudian aku turun di Quba’ dan aku melahirkan di sana, lalu aku pun mendatangi Rasulullah, maka Rasulullah menaruh Abdullah ibn Zubair di dalam kamarnya, dan beliau meminta kurma lalu mengunyahnya, kemudian beliau Shallallaahu ‘alaihi wasallam memasukkan kurma yang sudah lumat itu ke dalam mulut Abdullah bin Zubair. Dan itu adalah makanan yang pertama kali masuk ke mulutnya melalui Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wasallam(Rasulullah mentahniknya), dan kemudian beliaupun mendo’akannya dan mendoakan keberkahan kepadanya.”

2. Melaksanakan aqiqah dan mencukur rambut bayi
Islam mensyariatkan penyembelihan aqiqah untuk bayi yang baru dilahirkan sebagai bentuk rasa syukur atas nikmat yang telah diberikan Allah (berupa kelahiran bayi). Dan para ulama berbeda pendapat dalam menghukuminya, apakah hal ini wajib atau sunnah. Mayoritas ulama, dan ini adalah pendapat yang paling rajih, hukum aqiqah untuk bayi yang baru lahir adalah sunnah muakkadah, yakni sunnah yang sangat ditekankan atau dianjurkan.
Sebagaimana sabda Nabi shallalllahu ‘alaihi wa sallam :

“Setiap anak yang baru lahir tergadai dengan aqiqahnya, (sampai) disembelihkan (aqiqah) itu untuknya pada hari ketujuh, dicukur rambutnya dan diberi nama.” (HR. Abu Dawud, At Tirmidzi, An Nasa’i, dan Ibnu Majah. Dishahihkan oleh Al-Albany).

Waktu pelaksanaan aqiqah yang paling utama adalah pada hari ketujuh dari kelahirannya. Jika telah lewat, maka pada hari ke empat belas. Jika lewat juga, maka pada hari ke dua puluh satu. Jika lebih dari itu, maka tidak termasuk dalam sisi keutamaannya, namun tidak mengapa.
Sedangkan jumlah kambing sembelihan adalah dua kambing untuk anak laki-laki, dan seekor kambing untuk anak perempuan. Namun jika tidak mampu, maka satu kambing pun cukup baik untuk anak laki-laki maupun perempuan.
Dan untuk masalah mencukur rambut bayi yang baru lahir ini yang benar adalah mencukur seluruh rambut yang ada di kepala, bukan hanya sebagiannya saja. Disunnahkan setelah mencukur rambut adalah memberi wewangian dan mengusapkannya pada kepala bayi. Rambut yang dicukur tadi kemudian ditimbang dan hasilnya disetarakan dengan perak yang kemudian disedekahkan untuk fakir miskin.

3. Memberi nama yang baik dan indah
Dari Abu Dawud, dengan isnad yang shahih dari Abu Darda’, ia berkata bahwa Rasululullah Shallallaahu ‘alaihi wasallam bersabda : “Sesungguhnya kalian akan dipanggil pada hari kiamat dengan menggunakan nama-nama kalian dan dengan nama-nama bapak kalian, maka baguskanlah nama-nama kalian.”
Hendaknya orangtua memberikan nama-nama yang baik kepada anak-anak mereka, agar anak-anak jauh dari cemoohan dan ejekan. Dan jangan lupa, bahwa nama adalah do’a dari orangtua kepada anak-anaknya. Maka berikanlah nama yang baik sebagai do’a yang baik pula untuk anak-anak kita. Gunakanlah nama-nama Islami yang diajarkan oleh Rasulullah, dan jauhi penggunaan nama-nama yang menyerupai penamaan orang-orang kafir.

4. Memberikan penyusuan sempurna sampai 2 tahun

5. Mendoakan kebaikan dan keberkahan bagi bayi serta menjauhkan diri dari memasang jimat-jimat
Haram hukumnya memasangkan kalung atau jimat-jimat dalam tubuh seorang anak dengan alasan untuk perlindungan anak tersebut. Yang diperbolehkan adalah melindungi anak dengan doa-doa yang telah diajarkan oleh Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wasallam.

kredit by rumahbunda

  TOP