Seluar Bersalin Mesra Aurat | Mama Pride

Author: gee.547@gmail.com

All posts by gee.547@gmail.com

KEBAIKAN AIR KELAPA MUDA BUAT IBU MENGANDUNG

Tahukah anda bahawa air kelapa muda mempunyai banyak kebaikan buat wanita mengandung?Berikut merupakan kebaikan-kebaikan air kelapa muda buat ibu mengandung.

1) Membantu mengurangkan “Morning Sickness”
Antara khasiat air kelapa , mampu mengurangkan rasa mual, pening-pening dan muntah yang biasanya terjadi kepada wanita hamil pada usia awal trimester kandungan.

2) Mengelakkan kekejangan
Wanita yang sedang mengandung dan kekurangan kalium seringkali mengalami masalah krem kaki. Ibu hamil di nasihatkan 4.7mg kalium. Dalam setiap 330mg air kelapa muda mengandungi 670 mg zat kalium. Amalam meminum air kelapa muda semasa hamil akan membantu melengkapkan keperluan zat kalium sekaligus dapat mengelakkan masalah kekejangan/krem pada kaki.

3) Membantu mencegah sembelit dalam sistem pencernaan
Semasa kehamilan , hormon progestron melambatkan kontraksi otak lambung yang akan menyebabkan gangguan pada proses pencernaan. Air kelapa mampu membersih usus dan sistem pencernaan sekaligus mengelakkan masalah sembelit kepada ibu-ibu hamil. Air kelapa juga mengandungi nutrisi dan oksigen yang menyerap ke sel-sel tubuh badan dan membantu menurunkan suhu badan tinggi yang biasa berlaku kepada ibu-ibu hamil. Ini sekaligus meningkatkan fungsi usus dan sistem pencernaan, sekaligus mengelakkan masalah sembelit yang sering di alami oleh ibu-ibu yang seang mengandung.

4) Menguatkan sistem pertahanan tubuh
Acid Lauric yang terkandung dalam air kelapa memiliki sifat anti-bakteria dan anti-virus yang melindungi tubuh daripada pelbagai jangkitan dan meningkatkan sistem pertahanantubuh wanita hamil. Ibu hamil amat digalakkan meminum air kelapa muda untuk meningkatkan sistem pertahanan tubuh badan daripada jangkitan selsema, mahupun penyakit berjangkit lain.

5) Minuman isotonik alami
Minuman isotonik alami membantu pengisian cairan dan garam alami yang dilepaskan oleh tubuh.Air kelapa muda kaya dengan mineral, ianya membantu dalam proses rehidrasi badan dan memulihkan stamina tubuh. Ibu hamil memerlukan lebih air berbanding wanita biasa dalam kehidupan seharian. Ibu hamil yang mengalami dehidrasi akan menyebabkan komplikasi seperti sakit kepala, krem , mahupun berlakunya kontraksi yang boleh menyebabkan kehamilan pra matang.

6) Mencegah daripada keluhan “Heartburn”
Keluhan Heartburn merupakan salah satu keluhan yang sering di alami oleh ibu hamil. Rasa seprti terbakar dan panas di dada,ini sangat mengganggu. sifat air kelapa muda yang mengandungi nutrisi dan oksigen yang menyerap ke sel-sel tubuh, membantu membaiki simptom-simptom heartburn ke tahap yang lebih selesa kepada ibu hamil yang meminumnya.

7) Penawar racun
Air kelapa muda yang mengandungi asam lauric yang berperanan dalam melawan penyakit. Asam lauric ini juga terkandung dalam air susu ibu ini mampu meningkatkan sistem imunisasi badan, mengurangkan risiko diabetes, kanser dan hiv yang mungkin terjadi kepada ibu mahupun bayi dalam kandungan.

8) Meningkatkan HDL
Air kelapa muda tidak mengandungi lemak dan kolestrol. Menurut kajian, air kelapa muda mampu meningkatkan kolestrol baik (HDL) dalam sistem tubuh.

9) Membantu proses bersalin
Kandungan elektrolit yang tinggi di dalam air kelapa muda mampu berperanan sebagai pengganti cairan, membantu ibu hamil daripada risiko dehidrasi dan membantu proses bersalin dengan lebih lancar.

 

credit : Tips penjagaan kehamilan

images

Tips Untuk Ibu Yang Sedang Hamil

1. Berikan nama yang baik
Benar! Sebelum lahir lagi, berikan nama yang baik untuk bakal bayi. Ajak bayi berbual bersama-sama kita. Semasa Trimester 1, mungkin belum ada apa-apa lagi. Apabila mula masuk Trimester 2, usap perut dan selalu berkomunikasi dengan bayi.

2. Berbicara dengan bayi
Jika sudah ada nama, panggillah namanya. Ucapkan kata-kata seperti, “Sayang, ini mama ni. Mama sayang sangat adik.
Mama tak sabar nak tunggu adik keluar. Nanti besar jadi anak yang soleh/solehah ya. Patuhi perintah Allah. Jaga mama dengan ayah baik-baik”. Kadang-kadang, tanpa sedar, seakan-akan bayi memahami bahasa kita. Tindakan refleks seperti menendang perut akan membuat kita tertawa sendirian. Pada Trimester 2, bayi sebenarnya sudah mengenali suara ibu mereka. Jadi, selalu-selalulah berkomunikasi dengan mereka.

3. Bayi mahukan sentuhan ayah juga.
Ayah mungkin tidak dapat merasa ‘tendangan’ si bayi. Cuba dekati perut ibu, ucapkanlah sesuatu yang baik-baik untuk bayi. Untuk lebih keseronokan, mungkin si ayah boleh merakam suara dan kata-kata, dan dengarkan menggunakan ‘headphone’ pada perut ibu.

4. Dengarkan Ayat-Ayat Suci Al-Quran
Jika sudah puas bercakap dengan bayi, si ayah juga boleh mengalunkan ayat ayat Al-Quran pada bayi. Jika ada kelapangan, solat berjemaah dengan si ibu. Selesai solat, baca Al-Quran bersama-sama. Andai ada masa terluang, bahkan dalam kereta sekalipun, dengarkan ayat-ayat suci selalu pada bayi. Mudah-mudahan, apabila besar kelas, boleh menjadi seorang hafiz/hafizah.

5. Bacakan cerita pada bayi
Selain Al-Quran, jika si ibu membaca buku-buku ilmiah yang lain, bacakan sekali kuat-kuat. Biar si bayi dengar akan isinya. Mudah-mudahan terang hatinya selepas keluar nanti. Rangsangan dan sentuhan pada bayi amat penting dalam membina ‘bonding’ antara keduanya. Berbual dan berceritalah selalu dengan bayi. Apabila ibu dalam keadaan gembira, begitu juga bayi. Elakkan ‘stress’ kerana secara tidak langsung, bayi akan merasa tekanan itu

6. Penuhi keperluan nutrisi dalam pemakanan
Bakal ibu perlu makan makanan yang seimbang dan berkhasiat. Ini kerana, setiap nutrisi dari makanan itu, akan sampai pada bayi. Yang penting, pastikan sumber rezeki adalah dari sumber yang halal. Elakkan membeli menggunakan wang dari sumber yang diragui seperti rasuah. Ia akan mengalir dalam darah bayi tersebut. Makan makanan seimbang untuk kebaikan ibu dan bayi.

7. Penerimaan dengan hati yang terbuka
Si ibu perlu bersyukur ke hadrat Ilahi kerana bakal dikurniakan seorang anak. Hati mesti ikhlas menerima rezeki dari Allah. Kadang-kadang, ada ibu yang kurang bersedia untuk menimang cahaya mata. Ada juga yang menolak cahayamata akibat faktor ekonomi. Jika berfikiran sedemikian, cepat-cepat kita buang jauh-jauh. Penerimaan ini penting kerana ia membabitkan emosi dan hubungan antara ibu dan bayi. Kekalkan elemen positif sepanjang hamil.

Semoga Bermanfaat, Jom Kongsikan Ilmu ini,

credit: Panduanibuhamil

Menjerit pada anak Degil???Elakkan dengan 5 tips ini..

image

 

5 TIPS ELAK MENJERIT PADA ANAK DEGIL

Ramai ibu bapa terpaksa menjerit untuk menarik perhatian anak-anak yang degil.Semakin anda menjerit, semakin kurang perhatian yang diberi oleh anak-anak.Ayuh kita ikuti 5 teknik mudah anak mendengar kata tanpa perlu menjerit pada mereka.

Tip 1. Bagi Amaran

-Anak-anak lebih takut apabila anda memberi amaran kerana mereka takut mereka tidak dapat apa yang mereka mahu. Sebagai contoh, selagi anak anda tidak mengemas barang-barang permainan,selagi itu mereka tidak boleh bermain di taman permainan bersama kawan-kawan mereka.

Tip 2. Sentiasa Bertenang

-Hati ibu bapa mana yang tidak ‘panas’ apabila melihat barang mainan bersepah di ruang tamu gara-gara sikap anak yang gemar menyelerakkan barang-barang permainan mereka di depan tv. Teknik terbaik sebelum anda mahu menjerit adalah dengan bertenang sambil melihat anak-anak yang kian membesar dan semestinya sikap mereka hanya boleh dilihat ketika mereka masih kecil.

Tip 3. Ingat Peranan Anda

-Apabila anda memilih untuk menjerit pada anak anda, sebenarnya anda telah merendahkan peranan anda sebgai ibu dan bapa. Anda tidak boleh menuntut penghormatan daripada anak anda dengan menjerit sebaliknya anda perlu ingat peranan anda sebagai ibu dan bapa adalah dengan menunjukkan moral yang baik. Bercakap perlahan dan kawal dengan tenang menunjukkan anda ibu bapa yangbijak.

Tip 4. Jadi Lebih Rapat

-Anda menjerit dari tingkat atas,atau dari luar rumah, namun anak-anak tetap mengabaikan anda. Ramai ibu bapa bertindak demikian kerana sudah memanggil anak-anak banyak kali tapi tidak didengari. Cara terbaik adalah pergi ke arah anak, tarik perhatiannya, lakukan ‘eye contact’ dan bercakap perlahan dengannya.

Tip 5. Bayangkan Anda Mempunyai Tetamu

-Kawal kemarahan dan rasa mahu menjerit dengan membayangkan jeritan anda mungkin akan didengari oleh  jiran atau tetamu di dalam rumah anda. Membayangkan anda mempunyai tetamu membuatkan anda menolak untuk menjerit kerana ia akan memalukan anda sekeluarga.

 

Untuk mengelakkan anak anda meniru sikap anda yang suka menjerit kepada merea,anda harus membuang sikap itu jika tidak ianya akan menjadi ikutan buat anak-anak andasemasa bersama adik-beradik atau rakan-rakan sekolahnya.

 

 

credit :INFONET

8 Sebab Mengapa Anda Perlu Selamatkan Anak Dari Ketagihan Gajet

kid ipad

18MP_LONELY_KID_1655903e

1. MENGURANGI KEMAMPUAN INTERAKSI SOSIAL
-Dengan gajet, anak akan bermain seorang sendiri. Dalam sebuah artikel yang diterbitkan di The New York Times, penulis buku iBrain:Surviving the Technological Alteration of the Modern Mind dan Direktur Longevity Center di Universitas California, Dr Gary Small mengatakan anak-anak yang menghabiskan terlalu banyak waktu dengan teknologi, akan mengurangi interaksi dan mengganggu keterampilan komunikasi.

2yzjyuq

2. PENURUNAN PERKEMBANGAN OTAK
-Pada lima tahun pertama hidupnya, otak anak berkembang sangat pesat. Studi menunjukkan bahwa terlalu banyak gadget akan memengaruhi fungsi otak dan menyebabkan anak menjadi kurang perhatian terhadap lingkungan sekitar. Anak juga akan mengalami keterlambatan kognitif, gangguan proses belajar, peningkatan impulsif, dan penurunan kemampuan mengawal diri. Ahli parenting menyarankan orang tua untuk mengajak anak bernyanyi, membaca, dan berbicara dengan anak-anak mereka daripada membiarkannya bermain gajet.

6ed7d722bbca3696c29c1db0c90ce9c7

3. OBESITI
-.Kanak-kanak yang terlalu lama bermain dengan gajet daripada bermain di taman permainan, tidak dapat membakar kalori di tubuhnya. Satu dari tiga anak Amerika mengalami obesiti yang dapat menyebabkan komplikasi penyakit seperti diabetes, serangan jantung, dan stroke. Ibubapa harus mendorong anak-anak mereka untuk bermain di luar rumah dan harus memahami bahawa ada banyak manfaat bermain seperti berjalan, berlari, dan melompat.

Angry-kid

4. TEMPERAMENTAL
– Cuba sesekali perhatikan tingkah laku anak yang berinteraksi dengan alat berjam – jam lamanya . Apakah anak anda menjadi agresif ? Tantrum adalah bentuk paling umum dari agresif di kalangan kanak-kanak kecil . Sikap agresif dan tantrum merupakan akibat dari paparan alat . Semasa proses pembesran mereka, anak – anak yang ketagihan game lebih mungkin untuk tidak mematuhi Ibu bapanya.

cellphones

5. RADIASI
-Kajian yang dilakukan Universiti Leeds di Nottingham dan Universiti Manchester and Institute of Cancer Research di London , United Kingdom , menyatakan bahawa saraf anak masih berkembang dan tengkorak tipis membuat anak terdedah diserang radiasi dari telefon bimbit . Penggunaan telefon bimbit berhampiran kepala anak dikhuatiri akan menghancurkan sel otak kanak-kanak kecil .

images (1)

6. MEROSAKKAN PENGLIHATAN MATA
-Tumpuan yang terlalu lama di skrin komputer boleh merosakkan mata . Para ahli mengatakan , penglihatan yang baik diperoleh jika menatap benda dari jarak yang berbeza . Kajian menunjukkan bahawa anak – anak yang ketagihan bermain game komputer lebih mungkin mengalami gangguan pada mata mereka .

Sticky-Sand-Sensory-Bin-2

7. TIADA “MOTOR SKILL” DAN “SENSOR SKILL”
-Zaman sekarang, anak-anak hanya dapat bermain pasir, buih, rumput dan play-doh hanya di ipad sahaja.Ini sangat tidak bagus untuk pembangunan diri atau ‘child development’ akan terbantut. Mereka tidak dapat merasa dan bau benda yang sebenar.Biarkan anak menyentuh dengan menggunakan tangan sendiri .Ia dapat meransang ‘motor skills’ dan ‘sensory skills’.

stockvault-sulky-and-angry-young-kid-on-the-couch178276

8. KURANG MINAT BERMAIN DI ALAM TERBUKA
-Gajet ‘ membunuh ‘ perkembangan anak . Mereka sepatutnya keluar rumah , berjalan di taman , dan bersosial dengan kanak-kanak lain . Bukan hanya tinggal di rumah dan bermain dengan gajet . Beberapa orang tua tidak menyedari bahawa anak mereka terasing dari alam , tumbuhan , haiwan , tasik , dan langit . Kanak-kanak kecil harus mampu melontar bola , melompat , berlari , dan bernyanyi .dengan kata lain, anak harus aktif bergerak untuk merangsang perkembangan saraf motorik .

Dengan mengetahui kesan buruk penggunaan gajet berlebihan pada anak-anak , jadi anda boleh mula mengurangkan penggunaan gajet mulai dari sekarang . Anak – anak perlu berinteraksi dengan rakan sebaya , dengan keluarganya , dan dengan alam .

Alam telah menyediakan segala kebaikan untuk anak-anak . Melalui pelbagai aktiviti yangmenyeronokkan , si kecil akan memperoleh pengalaman melayari dunia bersama ibu bapa 🙂

Panduan susukan bayi anda

Sebaik-baiknya ibu harus menyusukan bayi sejurus selepas kelahiran.Ini kerana susu pekat yang bewarna kekuningan yang dikenali sebagai kolostrum merupakan cecair beharga buat bayi.

Ia mengandungi semua zat yang diperlukan oleh bayi iaitu protein, vitamin A, sel darah putih dan laktosa.Ia mampu membantu tubuh bayi melawan virus bakteria dan toksin.

Walaupun kolostrum ini keluar pada hari pertama kelahiran sehingga hari ketiga dalam kuantiti yang sangat sedikit, para ibu perlu meneruskan pemberian susu ibu secara ekslusif selama enam bulan dan kemudian meneruskannya sehingga si manja berusia dua tahun.

PANDUAN SUSUKAN BAYI

Menjadi seorang ibu terkadang membuatkan anda lelah dan terganggu emosi. Usahakan untuk tenang dan berfikir positif agar terhindar dari baby blues dan hari-hari yang dialui lebih tenang.Keadaan yang positif di sekitar anda membantu melancarkan penghasilan susu ibu.Selain itu, situasi yang membahagiakan selama menyusui membuatkan anda dan bayi menjalin ikatan yang kuat.Berikut panduan yang boleh dilakukan bagi membantu anda menyusukan bayi

1.   Susukan bayi sekurang-kurangnya setiap tiga jam. Jika bayi tidur , kejutkannya.Anda harus percaya bahawa    semakin kerap payudara dikosongkan, Semakin banyak susu dihasilkan.

2.   Kenali posisi menyusu yang sesuai untuk anda dan bayi anda.Anda boleh memilih sama ada posisi mendukung,  mendukung bersilang, mendakap dan berbaring serta memastikan bayi melekap dengan betul.

 

3.  Atur posisi menyusu yang paling selesa untuk anda. Anda boleh  meletakkan bantal di belakang pinggul       mahupun di peha.

4.  Hiburkan diri anda dengan menonton televisyen atau melakukan aktiviti ringan yangpaling anda gemari seperti  membaca novel. Pilih sesuatu yang boleh membantu anda lebih tenang. Jika anda lebih sennag melihat bayi anda  ketika menyusukannya, lakukan sahaja

5.   Anda juga perlu mengambil pemakanan yang sihat agar memperoleh nutrisi. Makan buah-buahan, salad,    makanan rendah lemak, sedikit karbihidrat dan perbanyakkan minum air suam.

6.   Usahakan untuk mendapat istirehat yang cukup agartubuh anda tidak kepenatan. Ketika bayi anda tertidur,    anda juga berhak tidur sejenak :

credit:majalah wanita

Tips Penjagaan Kesihatan Di usia 30-an

Wanita pada usia ini boleh dikategorikan sebagai masih muda. Namun ia bukan bererti kita terlepas daripada risiko menghadapi pelbagai penyakit merbahaya seperti kanser, kencing manis dan sebagainya.

Ketika usia 30-an kita sepatutnya mula mengambil langkah berjaga jaga dengan mengambil langkah berjaga dan pencegahan. Bak kata pepatah “ mencegah lebih baik daripada mengubati”.

Jika anda mula menjengah usia 30-an, bersiap sedialah kerana ketika itu badan kita mula merosot prestasinya dan mudah mendapat penyakit.

Tips untuk mencegah seperti berikut :

  • Mengambil Vitamin D dan Kalsium
    Dengan pengambilan vitamin dan kalsium ini dapat menurunkan risiko kanser payudara pra menopaus. Anda perlu mengambil 1000mg kalsium dan 350 Ui vitamin D setiap hari. Selain menerusi makanan, tubuh kita boleh menghasilkan vitamin D secara automatic jika berjemur di bawah cahaya matahari selama 10 minit. Waktu sesuai ialah diantara pukul 9 dan 10 pagi.
  • Buat Pemeriksaan Kesihatan
    Anda boleh ke LPPKN atau klinik untuk melakukan pemeriksaan awal terhadap kanser payudara dan kanser serviks.Ujian mammogram dan juga pap smear ditawarkan menerusi agensi kerajaan ini pada harga yang rendah. Dengan pemeriksaan awal, ia mampu untuk mengesan kehadiran sel kanser lebih awal dan merawatnya.
  • Kurangkan Memakan Daging Merah
    Memakan daging merah seperti daging lembu dan kerbau boleh meningkatkan risiko menghadapi kanser payudara. Daging yang dimakan akan meningkatkan hormone estrogen dan ia boleh mempengaruhi sel kanser dalam badan.

Mencegah lebih baik daripada merawat. Jika ia dikesan lambat, peluang untuk hidup semakin tipis.Jaga kesihatan daripada sekarang.

Kredit oleh blog masalah wanita

* Dapatkan Seluar Bersalin Mamapride di http://www.mamapride.com.my/shop/ 

TAWARAN ISTIMEWA OKTOBER 2015

Berita baik untuk para Agen Dropship mamapride. Menangi hadiah hebat seat VIP ke program IMKK(Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan) Dr azizan Osman.

poster

APA ITU IMKK (INTENSIF MAGNET KEKAYAAN & KEJAYAAN)

Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan adalah Program Intensif 3 hari 2 malam bersama Dr Azizan Osman. Merupakan satu-satunya Program Intensif bertaraf antarabangsa yang diinspirasikan oleh jutawan & usahawan pengasas 27 buah syarikat bernilai jutaan ringgit Richworks Group Of Companies iaitu Dr Azizan Osman.
Anda akan belajar langkah demi langkah bagaimana membina kebahagiaan dengan memahami strategi membina kewangan & pelaburan yang sistematik samada di dalam kerjaya atau perniagaan anda. Anda juga akan diajar bagaimana menarik keberkatan di dalam hidup anda.Beliau adalah pembimbing, guru, serta mentor, jurulatih kejayaan yang berkongsi untuk lebih menjana kekayaan & kejayaan.
Dr Azizan akan mengubah pandangan anda tentang wang & cara pengurusan wang dengan betul juga efektif. Teknik pengurusan wang adalah isu yang patut dipelajari oleh setiap individu.
Anda juga akan diajar untuk mengenal pasti halangan yang menyebabkan anda hidup tertekan dengan masalah duit, hutang, tekanan hidup, tension, kobocoran wang, kena tipu & tidak bahagia. Hakikatnya ramai orang yang hidup dikelilingi oleh masalah demi masa tanpa mencari punca masalah itu berlaku.

  TOP