Seluar Bersalin Mesra Aurat | Mama Pride

Author: gee.547@gmail.com

All posts by gee.547@gmail.com

Senaman Yang Disarankan Untuk Ibu Hamil

Senaman berikut adalah agak selamat untuk ibu-ibu mengandung, walaupun ada di antaranya mungkin tidak sesuai buat anda dalam bulan-bulan terakhir kehamilan. Untuk selamat, rujuklah kepada doktor anda sebelum memulakan salah satu aktiviti ini.

1. Berjalan
Sebagai salah satu senaman kardiovaskular terbaik untuk wanita hamil, berjalan mengekalkan kecergasan anda tanpa mencederakan lutut dan pergelangan kaki anda. Ia adalah selamat sepanjang sembilan bulan kehamilan dan mudah dimasukkan ke dalam jadual harian anda.

2. Renang
Pakar-pakar kesihatan dan kecergasan menganggap renang sebagai senaman terbaik dan paling selamat untuk wanita mengandung. Renang adalah ideal sebab ia menggerakkan kedua-dua kumpulan otot besar (lengan dan kaki), menyediakan manfaat kardiovaskular yang baik, dan membuatkan wanita hamil berasa badannya ringan walaupun badan telah berat akibat kehamilan.

3. Kelas senaman air
Ramai wanita mendapati kelas senaman air semasa mengandung menyeronokkan. Bersenam sambil berdiri di dalam air adalah lembut buat sendi dan boleh membantu mengurangkan bengkak di kaki, yang merupakan perkara biasa lewat dalam kehamilan.

Walau bagaimanapun, adalah sukar untuk mencari kelas sebegini di Malaysia, jadi anda mungkin tiada pilihan selain berenang beberapa pusingan di kolam terdekat.

4. Yoga dan regangan
Yoga dan regangan dapat membantu mengekalkan kekencangan otot dan membuat anda fleksibel tanpa apa-apa kesan buruk ke atas sendi anda.

Walau bagaimanapun, anda mungkin perlu menambah rejim yoga dengan berjalan beberapa kali seminggu untuk membolehkan jantung anda bekerja dengan baik.

Berhati-hatilah supaya tidak keterlaluan dalam membuat senaman regangan. Anda akan menjadi lebih lentur akibat kesan hormon relaxin, yang menyebabkan ligamen anda lebih elastik. Jangan terlalu lama mengekalkan mana-mana regangan atau cuba untuk membangunkan fleksibiliti anda secara keterlaluan.

5. Pilates
Pilates adalah satu bentuk senaman yang menggabungkan latihan fleksibilti dan kekuatan dengan kesedaran tubuh badan, serta pernafasan dan relaksasi. Senaman ini berdasarkan pola gerakan tertentu yang dilakukan dengan perut dan otot lantai pelvis – dikenali dalam Pilates sebagai “teras stabil” atau asas. Otot ini juga dikenali sebagai otot penstabilan dalam. Sebab Pilates mensasarkan perut dan lantai otot pelvik dan sememangnya otot-otot ini boleh menjadi lemah semasa mengandung, senaman Pilates boleh menmanfaatkan.

Banyak senaman Pilates dilaksanakan dalam posisi “tangan dan lutut”, dan ini adalah kedudukan yang ideal semasa mengandung. Ia membantu mengurangkan tekanan ke atas bahagian belakang dan pelvis anda pada peringkat akhir kehamilan anda dan boleh membantu meletakkan bayi anda ke dalam posisi baik untuk bersalin.

6. Senaman angkat berat
Jika senaman angkat berat sudah menjadi sebahagian daripada senaman anda, tidak ada sebab untuk anda berhenti, walaupun anda perlu mengelakkan mengguna besi yang terlalu berat dan melakukan postur tertentu.

Jika anda mengambil langkah berjaga-jaga yang perlu dan mempunyai teknik yang baik, senaman berat badan adalah cara yang baik untuk mengencangkan dan menguatkan otot-otot anda.

Elakkan panas badan yang keterlaluan juga keletihan, dan kurangkan aktiviti ini apabila kehamilan berlanjutan.

7. Tarian
Jantung anda boleh dapat mengepam dengan baik jika anda menari menggunakan muzik latar kegemaran anda dalam keselesaan dan privasi ruang tamu anda, tetapi elakkan pergerakan yang memerlukan anda berlonjak, melompat, memutar atau menggoyangkan punggung anda. Teknik adalah penting. Elakkan pertukaran hala secara tiba-tiba.

Jika anda menyertai kelas tarian, anda boleh lupakan segala-segalanya buat sementara dengan muzik, di samping kekal cergas, dan bertemu dengan orang lain.

8. Aerobik berimpak rendah dan Fitball
Satu perkara yang baik mengenai kelas aerobik adalah bahawa ia merupakan satu tempoh masa di mana anda tahu anda akan bersenaman dengan baik.

Jika anda menyertai kelas khusus untuk wanita hamil, anda boleh menikmati keakraban berdamping dengan orang-orang sama seperti anda, dan mendapat keyakinan bahawa setiap pergerakan terjamin selamat untuk anda dan bayi.

 

semoga bermanfaat 🙂

10 Cara Agar Bayi Bijak Sejak Dalam Kandungan

Kesihatan mental dan kecerdasan bayi boleh dibentuk sejak sebelum dia lahir. Penyelidikan menunjukkan semakin baik pula perkembangan otak janin.

Faktanya, dari seluruh organ janin, bahagian otaknya lah yang paling berpengaruh pada kesan tindakan ibu, terutamnya dari apa yang ibu makan.

70% dari total sel saraf manusia selama hidupnya dibentuk sebelum lahir. Otak janin berkembang sebnyak 250 000 sel saraf setial minit. Tiap sel otak ini membentuk ribuan cabang-cabang kecil lagi untuk dapat menghubungkan antara sel saraf.

Antara cara untuk menjadikan bayi bijak sejak dalam kandungan adalah :-

  1. Elakkan persekitaran yang berbahaya.
    Jika ibu bekerja, perhatikan persekitaran kerja anda. Elakkan diri anda daripada pendedahan bahan kimia, radiasi hingga peluang terkena penyakit yang senang berjangkit.
  2.  Bersukan dan makan makanan sihat.
    Penyelidikan menunjukan bahawa aktiviti sukan yang ringan, seprti berenang dan jalan kaki, memberi manfaat pada perkembangan otak janin. Jadi supaya bayi erdas, rajin-rajinlah berolahraga.
  3. Jangan mengambil ubatan yang tidak perlu
    Kesan dari kebanyakan ubat di pasaran pada bayi yang belum lahir, masih banyak yang belum diketahui. Bebrapa ubat umum seperti parasetamol dan ibuprofen cukup selamat untuk diambil.
  4. Jangan minum alkohol
    Meminum alkohol dalam jumlah tinggi boleh mengakibatkan kerosakan serius pada otak janin, yang disebut ‘foetal alcohol syndrom’, atau sindrom alkohol pada janin.
  5. Jangan merokok atau mendedahkan diri pada asap rokok
    Merokok dapat membatasi aliran darah ke otak janin yang sedang berkembang. Jadi agar bayi cerdas cemerlang, minta juga suami jangan merokok bila sedang bersama anda.
  6. Sentiasa perhatikan tekanan darah anda.
    Jika tekanan darah anda terlalu tinggi, aliran darah kepada bayi melalui plasenta menjadi kurang berkesan. Untuk menghindarinya, tambahkan jus ubi dan teh hibicus dalam menu diet selama kehamilan, keduanya terbukti dapat mengatur tekanan darah.
  7. Ambil asid folik.
    Kekurangan asid folik atau vitamin B9 berhubung dengan berbagai macam penyakit bawaan serius, juga hiperaktif dan masalah pertumbuhan lainnya pada anak.
  8. Ambil suplemen minyak ikan.
    Seperti kalsium bagi tulang, omega -3 DHA/EPA sangat penting bagi otak bayi, Ibu-ibu sering mengabaikan pengambilan lemak sihat ini.
  9. Berjemur di pagi hari.
    Kecacatan mental pada bayi sering dikaitkan dengan kurangnya pengambilan vitamin D pada saat kehamilan. Sebagai contoh, di negara empat musim, bayi yang lahir pada musim dingin lebih mungkin menderita skizofrenia.
  10. Berehat
    Ibu syang stress berpanjangan akan menyebabkan sistem imun bayi menjadi lemah. Selain itu tingginya level hormon stress ibu akan masuk ke dalam jaringan otak bayi di dalam rahim dan tentunya akan mengganggu perkembangan otak bayi.

semoga artikel ini dapat membantu ibu untuk memastikan anak bijak sejak dalam kandungan lagi.

PERSEDIAAN BERSALIN BUAT IBU HAMIL ANAK PERTAMA

Persediaan Bersalin Buat Ibu Hamil Anak Pertama

Ramai ibu yang hamil anak sulung kurang arif dalam membuat persediaan menghadapi kelahiran. Malah masih ada segelintir yang kurang bersedia dalam menyediakan segala keperluan untuk ‘orang baru’. Bersiap sedia dengan segala peralatan keperluan amat penting supaya segalanya berjalan lancar sehingga tiba hari melahirkan anak.

Perkara penting yang ibu perlu ambil berat ialah :

  • Step by step yang perlu diambil apabila merasa tanda-tanda untuk bersalin. Yang ni Diana pernah ceritakan dalam tajuk ‘ Proses Bersalin Buat Bakal Ibu’.
  • Memberitahu tanda-tanda bersalin kepada suami.
  • Seelok-eloknya sediakan semua peralatan yang perlu dibawa ke hospital semasa kandungan mencecah masuk tujuh bulan ataupun sembilan bulan.
  • Memberi tip pada suami atau step yang suami perlu lakukan.
  • Dapatkan tip daripada ibu atau orang yang lebih berpengalaman ataupun melalui pembacaan buku.Hari selepas keluar dari hospital dan juga penjagaan semasa berpantang di rumah.

Apabila ibu mulai ada tanda-tanda untuk bersalin, jangan cepat gelabah. Ini antara tanda-tanda yang biasa dialami oleh para ibu :

  • Rasa sakit di bahagian atas perut sehingga ke tulang belakang dan kekerapan rasa sakit itu semakin meningkat apabila semakin hampir dengan waktu untuk bersalin. Tapi ibu perlu ingat, jangan meneran selagi doktor atau jururawat yang bertugas tidak mengarahkan ibu untuk meneran. Di khuatiri jika ibu meneran semasa bukaan serviks belum 10 sentimeter, ia akan menyebabkan koyak yang serius pada vagina ibu. Koyak yang serius akan menyukarkan jururawat menjahit dan tempat luka lebih panjang. Penjagaan akan menjadi lebih rumit. Oleh itu, ibu kena sabar dan ikut nasihat doktor dan jururawat walaupun rasa sakit yang teramat sangat.
  • Darah dan lendir keluar dengan tiba-tiba.
  • Turun air atau lebih diketahui sebagai air ketuban pecah. Perbezaan air ketuban dan air kencing yang keluar juga ada Diana ceritakan dalam posting sebelum ini.

Sebaiknya ibu segera ke Hospital jika telah mendapat tanda-tanda seperti diatas. Di Hospital, doktor akan membuat pemeriksaan untuk pengesahan. Gunakan seluar bersalin mesra aurat MAMAPRIDE untuk memudahkan pemeriksaan.

Setibanya Ibu di Hospital, doktor akan membuat pemeriksaan Cardio-toco-gram (CTG). CTG berfungsi mengesan denyutan jantung bayi dan frekuensi kontraksi uterus. Pemeriksaan ini penting dalam menentukan taraf kesihatan bayi dalam kandungan. Denyutan jantung yang terlalu laju atau terlalu perlahan amat berbahaya dan memerlukan pemeriksaan lanjut dengan segera.

Kemudian, doktor akan membuat pemeriksaan vagina bagi merasa bukaan serviks. Sekiranya air ketuban pecah, doktor akan mengambil sedikit bagi melihat sama ada ia ‘bersih’ atau ‘tercemar’.

Air ketuban yang tercemar menunjukkan bayi sudah berak di dalam perut ibu. Keadaan ini amat berbahaya dan memerlukan pembedahan segera. Sekiranya keadaan ibu dan bayi baik, doktor akan mengawasi, memberi panduan serta semangat kepada ibu sehinggalah selamat bersalin.

Selepas bayi keluar dari rahim ibu, uri akan lekang dengan sendirinya. Doktor akan menariknya keluar dengan sebelah tangannya diletakkan di atas perut, bagi mengelakkan rahim yang masih bengkak daripada tercedera. Akhir sekali, doktor akan memeriksa vagina yang terkoyak atau luka.

Ibu yang bersalin secara normal dan juga di bedah, keadaan kedua-duanya sangat lemah selepas keluar dari bilik bersalin. Ibu dinasihatkan agar berehat selama enam hingga lapan jam.

Namun ibu juga perlu kuatkan semangat untuk bangun dan menyusukan bayi terutamanya ibu yang bersalin secara pembedahan. Memang sangat menyakitkan apabila ubat bius yang digunakan semasa pembedahan sudah hilang kesannya. Ibu boleh cuba menyusukan bayi secara duduk ataupun mengiring.

Penyusuan penting kepada ibu dan bayi. Ia membantu mengecutkan rahim, manakala bayi perlu menghisap susu ibu secepat mungkin kerana ia menjana sistem usus dan perkumuhannya. Susu ibu dapat mengelakkan masalah dehidrasi kepada bayi.

Untuk dapatkan seluar bersalin mesra  aurat mamapride
sila hubungi 01115448195 (PIQA)

 

klik share semoga bermanfaat untuk semua 🙂

credit: fb panduan ibu mengandung

PETUA DAPAT BAYI COMEL

  1. AMALAN MENGAJI SURAH YUSUF DAN MARYAM

    Antara surah yang disarankan untuk ibu hamil ialah Surah Yusuf, Surah Maryam dan Surah Luqman. Lebih bagus jika dalam tempoh sembilan bulan hamil, anda khatam AL-QURAN. Namun, jangan pula amalan membaca alquran dihentikan selepas melahirkan.Teruskan sahaja amalan mengaji dan jadikan rutin setiap hari sampai bila-bila.

  2. AMALAN PEMAKANAN YANG SIHAT DAN SEIMBANG

    Banyakkan makan sayuran hijau kerana menurut petua orang lama, anak yang bakal dilahirkan akan memiliki kulit yang cantik akibat daripada pengambilan banyak sayuran hijau.Buah buahan seperti oren dan epal juga sangat digalakkan untuk diamalkan ketika hamil, Hal ini kerana sayuran dan buah buahan merupakan sumber vitamin c yang memang sangat mujarab untuk kecantikan kulit.

  3. MINUM AIR KELAPA

    Ibu hamil digalakkan meminum air kelapa asli ketika usia kandungan memasuki tujuh bulan.Selain membuatkan kulit bayi menjadi cantik dan cerah, ianya juga membantu melebatkan rambut dan membersihkan bayi dalam kandungan.Lendir dan darah tidak mudah melekat pada bayi ketika saat dilahirkan.

  4. KERAP MELIHAT GAMBAR BAYI COMEL

    Orang -orang lama kata ibu hamil akan kena kenan gambar bayi yang setiap hari dilihatnya. Mungkin benar, mungkin tidak..namun tidak salah jika anda mencubanya kan?

CREDIT: TIPSMUDAHHAMIL

APAKAH ITU SELUAR BERSALIN MAMAPRIDE??

Ceritanya bermula…

Sewaktu hendak melahirkan anak, para ibu terpaksa merelakan diri untuk diperiksa bahagian sulit mereka. Ianya cukup memalukan terutamanya jika yang melakukan pemeriksaan adalah kaum lelaki yang bukan muhrim.

Bukan setakat bahagian sulit yang terdedah, bahkan peha, lutut, dan betis juga terbuka begitu sahaja. Bayangkanlah maruah seorang ibu dan seorang isteri. Untuk para suami, sanggupkah anda melihat sebahagian tubuh badan isteri anda dipertontonkan begitu sahaja oleh orang yang tidak dikenali?

Peristiwa pendedahan aurat wanita semasa bersalin adalah peristiwa yang sering berulang dan menyedihkan. Kita tidak mahu ianya terus berlaku. Ini bukan wayang lucah! Ini adalah maruah dan pengorbanan seorang wanita!!’

DILEMA WANITA

  1. Prosedur kewanitaan terutama ketika bersalin kebanyakannya masih dipelopori oleh DOKTOR LELAKI
  2. Wanita merasa TERGUGAT MARUAH dan TIDAK SELESA sepanjang prosedur dijalankan
  3. Wanita tidak mempunyai pilihan dalam person-in-charge
  4. wanita TERTEKAN dan TRAUMA apabila menghadapi saat pemeriksaan terutama semasa dan selepas bersalin.

Maka atas dasar ingin memelihara aurat dan wanita muslim, kami hasilkan satu alternatif yang bertujuan melindungi bahagian-bahagian badan wanita yang tidak perlu didedahkan semasa proses bersalin seperti peha, betis dan lutut.

Memperkenalkan SELUAR BERSALIN MESRA AURAT MAMAPRIDE,Seluar yang dipakai semasa proses melahirkan anak. Seluar yang mesra aurat dan patuh syariah.Kini para wanita muslimah tidak perlu risau.Dengan seluar bersalin mamapride, tiada dilemma lagi.

APA KATA MEREKA YANG PERNAH MENGGUNAKAN MAMAPRIDE??

“Terima kasih tidak terhingga buat team mamapride…saya telah jayanya memakai seluar bersalin ini semasa bersalin di HRPZ II kota bharu..sangat2 selesa..tidak sedikit pun menganggu proses bersalin..malah dapat membantu memelihara aurat ibu yang sedang bertarung nyawa melahirkan bayi..Ada DR dan Staff nurse yang baru pertama kali melihat seluar ini dan mereka amat2 teruja dengan seluar ini..syabas mamapride!!!”
+ Puan  Huda Azmin

“Waalaikummussalam tuan, Terima Kasih.Saya sempat pakai seluar mamapride  check bukaan je sebab di labour room ada procedure lain.Apa pun terima kasih tuan,Doktor dengan nurse semua senyum je bila saya minta izin untuk pakai mamapride.semua excited dan Tanya beli dari mana.”
+ Pn Nazia Suhaimi

“As salam ..Alhamdulillah dengan izin Allah sy dpt menggunakan seluar mamapride ketika bersalin tghari td di hospital sibu,sarawak.. sy org prtama yg guna seluar ni d cni..rmai nurse2 n doktor2 suka seluar trsebut…mmg mesra pengguna….terima ksh krna membuat seluar ini..syukur jgak kpd Allah mnemukan sy dgn fb mamapride”
+ Puan Nur Hafizah
Macamana nak dapatkan seluar MAMAPRIDE ?

NAK HARGA BEST??SERIOUS BUYER SAHAJA

PM/WHATSAAPP 01115448195
PM/WHATSAAPP 01115448195
PM/WHATSAAPP 01115448195

 

 

TIPS MUDAH BERSALIN

Hai bakal-bakal ibu semua…tengah buat apa tu? mesti tengah teruja menanti kelahiran si comel dalam perut tu kan…?
.
Ha..Harini admin nak kongsikan beberapa tips untuk mempercepatkan prose kelahiran, sekaligus dapat memudahkan proses bersalin
.
.
.
Ok, tips yang pertama,Untuk mempercepatkan proses kelahiran, kontraksi yang kuat adalah perlu dan antara cara mudah untuk menguatkan kontraksi adalah dengan melakukan banyak pergerakan. Misalnya, sekiranya kita baring, cuba untuk bangun dengan kerap tetapi perlahan-lahan.
.
Selain itu, cuba untuk membuang air kecil dengan kerap. Ini kerana pundi kencing yang penuh boleh melambatkan proses kelahiran dimana ia menghalang penurunan kepala.
.
Next,cuba alih perhatian anda terhadap rasa sakit yang dialami. Antara caranya ialah dengan mandi menggunakan air suam atau masuk ke dalam kolam bersalin. Hal ini sekaligus akan mengurangkan keinginan anda untuk mengambil ubat bagi mempercepatkan proses kelahiran.
.
Sekiranya anda terlalu cemas dengan proses kelahiran terutamanya semasa kontraksi semakin kuat, cuba aplikasikan teknik-teknik pernafasan yang dipelajari di kelas antenatal.
Selain itu juga, anda boleh meminta pertolongan suami atau keluarga anda untuk mengurut bahagian belakang anda secara lembut tetapi tegas dalam mengurangkan rasa sakit yang dialami.
.
Ok,Sekiranya anda tidak mahu berjalan-jalan, tukar posisi di atas katil. Anda boleh melakukan pergerakan seperti duduk kemudian berdiri, atau berjalan-jalan secara perlahan-lahan agar bukaan rahim lebih cepat terbuka, sekaligus mempercepatkan proses bersalin.
.
Last but not least, hayunkan punggung dan membongkok ke depan semasa kontraksi berlaku dapat membantu rahim menolak bayi agar masuk ke saluran peranakan dengan betul.

.
Semoga tips yang admin kongsikan ini berguna buat ibu-ibu semua yang tengah menunggu kelahiran cahaya mata..Jangan risau, semoga Allah permudahkan selgala urusan kelahiran ibu-ibu semua 🙂

credit gambar : google
.
psst..jangan lupa dapatkan seluar bersalinmesra aurat mamapride, sekarang masih lagi promosi free postage tau.
whatsapp 01115448195(piqa)

6 Tips dapatkan Gentle Birth

APA ITU GENTLE BIRTH??

Gentle birth adalah “teknik bersalin dengan mudah, tenang & selamat serta mengurangkan rasa sakit sebelum, semasa & selepas bersalin”

Amazing kan?? Memang amazing sangat kalau kita tahu cara & teknik utk memanipulasi minda separa sedar terhadap sakit yang dirasai kepada perkara yang indah2 sekaligus mengurangkan/menghilangkan rasa sakit tadi ?

Jom baca antara tips tips untuk dapatkan gentle birth.

6 TIPS DAPATKAN GENTLE BIRTH

1. TEKNIK PERNAFASAN YANG BETUL

Contraction adalah saat yang sakit buat ibu-ibu  yang hampir melahirkan. Ada yang mengatakan sakitnya seperti rasa patah pinggang,

sakit berkali ganda daripada senggugut, sakit macam nak putus urat dan sebagainya.Semua itu hanya gambaran & istilah sahaja. Percaya tak, sakit yang digambarkan tu sebenarnya boleh hilang/kurang dengan teknik pernafasan yang betul.

Mcm mana??

Saat berlaku contraction, siap sedia tarik nafas sedalam yang boleh kemudian lepaskan perlahan melalui mulut tanpa mengeluarkan suara. Ulang 3 hingga 5 kali, insyaAllah sakit tadi akan berkurang. Teknik pernafasan ini bukan je buat sakit tersebut berkurang tapi ia juga buat kita lebih tenang.

2. AKTIFKAN MINDA SEPARA SEDAR

Minda separa sedar tidak berfungsi secara logik tapi ia lebih kepada imaginasi, rasa hati & emosi.

Contoh:
Minda sedar: aku nak bersalin normal
Minda separa sedar: boleh ke normal? Anak 1st nie, mcm susah je…(ini yg perlu kita tukar)

Minda separa sedar ini 90% dalam diri. Dengan menguasainya, kita mampu mencapai apa saja yang dihajati. Inilah kekuatan luar biasa yang tidak terjangkau oleh akal fikiran manusia.

Mcm mana nak aktifkan minda separa sedar?

Kita boleh aktifkan saat dalam keadaan tenang dengan suasana yang tenang. Paling senang adalah saat kita nak tidur. Bercakap dengan diri sendiri apa yang kita nak esok & berdoa minta pada Allah. Ulang & terus ulang.

3. POSITIF

Amalan positif nie memang sentiasa perlu dipraktikkan hal ini kerana apabila kita positif, kita akan tarik benda-benda positif di sekeliling kita. Oleh kerana itu, ibu yang sedang hamil tidak digalakkan bersedih.

Apabila tiba saat ingin bersalin, penting untuk kita set dalam minda kata-kata positif seperti “saya kuat”, “bayi mesti keluar dengan selamat”, “Allah bantu”.

Beri semangat pada diri sendiri! InsyaAllah ia sangat membantu memudahkan proses kelahiran.

4.TUKAR SAKIT KEPADA NIKMAT

Saat contraction datang, cuba bayangkan perkara-perkara yang indah. Contohnya apabila saat contraction makin tinggi, kita terus tukar rasa sakit tadi dengan bayangkan baby dah selamat keluar, baby comel, sihat dan selamat.Cuba reka cerita yang best tentang kelahiran anda.InsyaAllah rasa sakit tu akan hilang.

5.ZIKIR & DOA YUNUS

Antara perkara yang dapat buat kita lebih tenang iaitu berzikir. Saat sakit datang, berzikir. Ingat akan kebesaran Allah. Dengan berzikir, ianya dapat mengurangkan rasa sakit.kemudian, amalkan doa Nabi Yunus a.s

“Lailahaila anta subhanaka inni kuntu minaz zolimin”

InsyaAllah sakit akan berkurangan.

6.MAKAN KURMA & AIR ZAM-ZAM

Kurma & air zam2 sangat berkhasiat dan mampu memberi tenaga segera pada badan. Tambahan lagi semasa memasuki labour room, Jangan tinggalkan 2 tips ini, InsyaAllah ia juga dapat membantu memudahkan proses kelahiran serta memberi tenaga yang luar biasa!

**Semoga perkongsian yang kecil ini memberi manfaat pada ibu-ibu di luar sana. InsyaAllah. Akhir sekali, buat ibu2 yang bakal melahirkan anak pertama, jangan takut. Melahirkan baby adalah perjalanan yang sangat menakjubkan! Rasai kehebatan & kekuasaan yang Allah beri buat anda insan-insan terpilih.
credit: panduanibumengandung

 

 

TIP KESELAMATAN JIKA ANDA TIDUR BERSAMA BAYI

Sememangnya ada waktunya lebih mudah untuk anda membawa bayi ke atas katil dengan anda terutamanya jika bayi menyusu badan.Namun sebelum bayi tidur dikatil anda, anda harus menitik beratkan tip-tip keselamatan berikut.

1.PASTIKAN TILAM ANDA PEJAL

Tilam anda yang terlalu lembut boleh mnyebabkan bayi merasa panas dan lemas diatasnya. . Jika katil anda mempunyai rangka atau kepala katil, atau diletakkan bersebelahan dinding, pastikan tilamnya terletak dengan kejap dan sempurna. Pastikan tiada sebarang ruang atau celah di mana bayi anda boleh terjatuh ke dalamnya. Risiko ini berlaku adalah paling tinggi apabila bayi berusia di antara 3 dan 10 bulan.

2.JANGAN TIDUR BERSAMA BAYI DI ATAS SOFA

Bayi anda boleh terperosok di celah-celah kusyen sofa atau di antara anda dan belakang sofa. Jangan tidur dengan bayi di atas tilam air kerana tilam ini terlalu lembut dan mungkin mempunyai jurang yang dalam di sekeliling kerangkanya di mana bayi anda boleh terperangkap.

3. JANGAN BIARKAN BAYI DAN ANAK KECIL ANDA TIDUR BERSEBELAHAN

Dengan membiarkan anak kecil tidur bersama bayi anda, akan menyebabkan risiko anak kecil anda meletakkan tangannya pada mulut atau kepala bayi. Anda dan suami sepatutnya sentiasa tidur di antara kedua-dua anak jika anda mahu mereka berdua tidur di katil anda.

4. JANGAN TINGGALKAN BAYI ANDA BERSENDIRIAN DI ATAS KATIL

Bayi anda boleh terjatuh dengan mudah jika dibiarkan bersendirian di atas katil. Jangan biarkan bayi tidur di atas bantal dan jangan letakkan bantal di kedua-dua sisinya. Dia mungkin berpusing ke arah bantal atau mukanya tersembam di atas bantal yang menyokongnya. Sebaliknya, letakkan bayi anda di tempat yang selamat seperti bakul bayi atau kot apabila anda meninggalkannya di bilik.

credit gambar : google

5 tips atasi letih dan mengantuk di awal kehamilan.

 

Bagi para ibu, mengantuk dan letih di awal kemahiran merupakan perkara biasa.Tidak hairan jika ada yang tidak dapat mengawal rasa mengantuk dan letih sehinggakan terlena walaupun ketika itu sedang bekerja di pejabat.

Jika dibiarkan, ia sedikit sebanyak boleh mengganggu produktiviti anda di pejabat. Jadi, apa langkah terbaik yang mesti dilakukan? Sebelum itu, anda perlu memahami apa yang berlaku pada badan ketika proses awal kehamilan berlaku.

Tugas utama badan adalah membentuk sistem penyokong hidup bayi dalam kandungan iaitu plasenta. Seterusnya, hormon progesteron yang biasanya mengatur kitaran reproduksi wanita, mengalir lebih pantas dalam badan wanita sehingga membuatkan wanita hamil mudah berasa pening. Metabolisme juga berubah dengan cepat, kadar gula menjadi lebih rendah, begitu juga dengan tekanan darah. Ini yang mengakibatkan bakal ibu mudah berasa letih di awal kehamilan.

Tentu memalukan jika setiap hari anda keletihan hingga pernah tertidur di atas meja kerja kerana rasa mengantuk yang tidak dapat ditahan lagi. Oleh itu anda memerlukan strategi khas untuk berhadapan dengan rasa letih dan mengantuk ini supaya tidak mengganggu produktiviti kerja di pejabat. Cuba praktiskan beberapa tip berikut:

1. Sudah tentu anda tidak boleh tidur di waktu siang pada hari bekerja, jadi, sebaiknya masuk tidur lebih awal daripada biasa pada waktu malam. Jika anda dihantar oleh suami ke pejabat, anda boleh ambila peluang masa dalam perjalanan ke tempat kerja atau pulang ke rumah untuk melelapkan masa seketika. Ia membantu anda berasa lebih segar.

2.Jika pejabat membenarkan anda bekerja dari rumah, jangan lepaskan peluang tersebut. Anda boleh bekerja dengan lebih selesa dari rumah dalam keadaan yang tidak stabil di awal kehamilan. Jika tiada peluang tersebut, mungkin anda boleh ambil cuti seminggu sekali supaya tidak terlalu berat menjalani hari-hari kerja. Elakkan daripada bekerja luar pejabat jika tidak perlu.

3.Amalkan pengambilan makanan sihat. Sayur-sayuran, buah-buahan serta daging tanpa lemak boleh memberi tenaga tambahan. Makanan ringan hanya membuatkan tenaga anda cepat berkurangan. Jika tiada selera makan, biasakan makan dalam kuantiti yang kecil tetapi kerap. Jangan lewatkan waktu makan. Sentiasa bawa snek berkhasiat yang boleh dimakan pada bila-bila masa.

4. Banyak minum air. Apabila badan kekurangan air, anda akan semakin mudah letih dan tidak bertenaga. Oleh itu, pastikan sentiasa membawa botol air masak ke mana sahaja anda pergi. Ia membantu melancarkan pengaliran darah dan baik untuk kesihatan janin serta keadaan air ketuban dalam rahim.

5. Jika berasa mengantuk ketika di pejabat, cuba berjalan seketika atau buat senaman ringan di meja sambil mengatur pernafasan. Kalau di rumah, anda boleh berehat dalam mandian air suam di tab mandi (jika ada) yang airnya dicampur dengan sedikit minyak aromaterapi.

credit gambar: google

RAHSIA PERKAHWINAN BAHAGIA

Tidak susah untuk dapatkan rumahtangga bahagia. Terdapat banyak perkara kecil yang membantu hubungan suami isteri itu kekal bahagia.

Lakukan walau satu saja perkara di bawah ini, Ianya boleh memberi banyak kebaikan.

1.UBAH FOKUS ANDA.

Fokus kepada perubahan diri anda berbanding pasangan anda. Fokus kepada cuba memberikan apa yang pasangan inginkan berbanding apa yang anda inginkan.

2.JANGAN HILANGKAN IDENTITI ANDA

Wanita selalunya sibuk menjaga suami serta anak-anak sehingga terlupa menjaga dirinya sendiri. Usah putuskan hubungan dengan kawan-kawan dan cari sesuatu hobi yang boleh dilakukan.

3.PERCAYAKAN PASANGAN

Tanpa kepercayaan, memang mudah sesuatu perhubungan itu goyah.Syak wasangka akan menyebabkan cemburu dan sebgainya.

4.BELAJAR

Belajarlah daripada pasangan sekeliling anda yang bahagia.Jangan malu untuk Tanya apa rahsia mereka dan minta nasihat mereka.

Perkahwinan adalah satu perjalanan yang memerlukan kerja keras tetapi dengan rahsia ini,Pasti ada peluang untuk anda dan pasangan hidup lebih bahagia 🙂

credit gambar: Nadia Zahari

  TOP