Seluar Bersalin Mesra Aurat | Mama Pride

Author: gee.547@gmail.com

All posts by gee.547@gmail.com

CARA ELAK SAKIT KEPALA BUAT IBU MENGANDUNG

Jika anda merupakan seorang bu mengandung yang sering sakit kepala. Anda harus mencari jalan penyelesaiannya sebelum ianya melarat dan menjadi semakin teruk. Ibu hamil kerap mengalami gejala sakit kepala ini akibat daripada tekanan emosi, namun begitu banyak punca lain yang menyebabkan ibu hamil sakit kepala. Antaranya ialah:-

1) Ketagihan kafein
2) Kurang tidur
3) Dehidrasi-kurang minum air
4) Terlalu banyak pengambilan gula
5) Terlalu penat
6) Masalah sinus dan alahan
7) Masalah mata
8) Sembelit

Sakit kepala di awal trimester merupakan perkara biasa dan ianya tidak berbahaya. Apabila kandungan memasuki trimester kedua dan seterusnya, sakit kepala akan beransur hilang seiring dengan hormone yang semakin stabil dan seimbang dengan syarat sakit kepala tersebut tidak ada kaitan dengan tekanan daah tinggi. Namun jika anda seorang ibu hamil dan menghidap penyakit darah tinggi dan sering sakit kepala, ketahuilah bahawa ia bukanlah sakit kepala yang biasa dan memerlukan rawatan daripada pakar dengan segera kerana penyakit itu berbahaya dan berisiko meragut nyawa bayi dan anda sendiri.

1. Mendapatkan tidur yang mencukupi. Tidur sebentar di siang hari mampu mengurangkan sakit kepala.

2. Jika anda sedang mengalami sakit kepala, cuba tidur di dalam bilik sunyi dan gelap.

3. Kenalpasti punca mengapa anda sakit kepala, setelah punca dikenalpasti, elakkan punca yang menyebabkan berlakunya sakit kepala tersebut.

4.Gunakan kain panas/suam untuk menuam di bahgian leher dan tengkuk atau di sekitar bahagian kepala yang sakit.

5. Elakkan berlapar. Tahap gula yang rendah dalam badan akan menyebabkan sakit kepala datang menyerang. Makan dengan kerap tetapi sedikit.

6. Banyakkan minum air untuk mengelakkan dehidrasi. Minum dalam kuantiti yang sedikit namun kerap untuk mngelakkan muntah.

7. Dapatkan rehat yang secukunya. Berhenti melakukan kerja apabila terasa penat.

8. Berurut, minta suami tolong urutkan secara perlahan-lahan di bahagian tengkuk, leher dan bahgian belakang. Elakkan untuk menyentuh di bahgaian abdomen.

9. Kadang kala, pergerakan fizikal seperti berjalan di taman mampu mengurangkan sakit kepala. Namun, jika aktiviti riadah tersebut menyebabkan sakit kepala semakin berat, lebih elok jika anda dapatkan rehat yang banyak.

10. Hirup udara segar. Walaupun mungkin semasa hamil, anda berasa ingin berehat dan bermalasan sepanjang masa, jangan biarkan keadaan ini berterusan keraa ia juga boleh mnyebabkan anda berasa pening kepala. Oleh itu, seimbangkan aktiviti fizikal dengan menghirup udara segar sambil berjalan-jalan di taman, melakukan senaman ringan dan bermain dengan anak.

11. Elak kafein. Sesetengah ibu hamil akan mengalami kurang toleransi terhadap kafein sepanjang tempoh mengandung. Oleh itu, cuba perhatikan sama ada kafein menjadi pencetus sakit kepala anda yang kerap berlaku. Jika begitu, cuba kurangkan pengambilannya atau campurkan lebih susu suaya kopi anda lebih ‘mild’. Selain itu, anda boleh mengurangkan kekerapan pengambilan kopi dan menukarnya kepada teh yang lebih mnyegarkan seperti the pudina atau the halia.

semoga bermanfaat.

7 TIP ‘SIMPLE’ KAWAL BERAT BADAN SEMASA MENGANDUNG

Berat badan akan bertambah selari dengan keperluan tubuh yang menampung bayi.Pertambahan ibu hamil adalah berbeza-beza bagi setiap ibu hamil. Untuk memastikan berat badan sentiasa terkawal ketika hamil bukanlah perkara yang mudah. Akibat daripada perumahan hormon, diet ibu hamil boleh terjejas kerana mereka akan berasa cepat letih dan sering terasa lapar.

 

Jangan terlalu mengikut nafsu makan. Jika benar-benar terasa mengidam untuk makan sesuatu makanan, cukuplah hanya sekadar merasa untuk menghilangkan rasa mengidam tersebut, jangan pula makan dua pinggan sekaligus. Ini akan menyebabkan berat badan ibu hamil naik. Tahukah anda bahawa berat badan yang berlebihan ketika mengandung boleh meningkatkan risiko  dan menyebabkan komplikasi kepada anda dan juga bayi. Anda hrus berjaga –jaga kerana ianya melibatkan nyawa anda dan bayi.

 

Berikut Mamapride senaraikan beberapa risiko kenaikan berat badan yang berlebihan bagi ibu hamil

 

  1. Boleh menyebabkan pedih ulu hati dan sakit belakang.
  2. Susah untuk kembali ke berat asal selepas mengandung
  3. Berisiko tinggi untuk bersalin secara ceaseran
  4. Emosi tidak stabil dan mudah letih dan lesu
  5. Sawan
  1. gangguan tidur- tidur tidak lena diikuti dengan masalah pernafasan kurang baik semasa tidur
  2. Kehilangan kandungan- masalah berat badan berlebihan meningkatkan risiko keguguran serta kematian anak dalam kandungan.
  3. preeclamspia- komplikasi disebabkan masalah tekanan darah tinggi, edema serta lebihan proteindalam urin. walaupun punca sebenar masalah ini terjadi tidak diketahui, kenaikan berat badan yang tidak terkawal dan berlebihan meningkatkan risiko preeclamsia
  4. gestational diabetes- diabetes yg terjadi disebabkan hormon insulin tidak berfungsi dengan baik untuk menurunkan aras gula dalam darah. Membahayakan ibu dan menyebabkan bayi yang dilahirkan lebih besar.
  5. thrombosis- pengumpulan clot terjadi dalam salur darah.

 

 

Berikut beberapa tip mudah untuk mengawal berat bdan ibu sepanjang tempoh kehamilan.

 

kawal berat ketika hamil

1. MAKAN DALAM KUANTITI YANG KECIL

Ibu mengandung disarankan agar makan lebih 300 ke 400 kalori sahaj berbanding biasa untuk tumbesaran bayi yang sihat. Namun harus diingat, gunakan kalori yang lebih ini untuk makan makanan yang berkhasiat, bukan makanan yang tidak berkhasiat seperti mengunyah kerepek kentang, aiskrim dan sebagainya. Doktor mengesyorkan untuk mengamalkan pemakanan dengan sukatan sedikit tetapi kerap. Lebihkan pengambilan protein, sayur-sayuran dan buah-buahan . Apabila terasa lapar, cuba makan snek sihat sepertisegenggam kekacang atau semngkuk kecil buah-buahan. Dengan cara ini, anda bukan sahaja dapat membekalkan nutrisi baik buat anak, malah paras gula dalam badan juga dapat dikawal dan seterusnya anda akan terhindar daripada makan berlebihan.

 

 

kawal berat ketika mengandung

2. PASTIKAN MINUM AIR SECUKUPNYA

Pengambilan air yang mencukupi sangatlah penting untuk fungsi badan yang optimum tidak kiralah anda sedang hamil atau tidak. Tahukah anda, dengan pengambilan air yang mencukupi, berat badan dapat dikawal semasa hamil kerana dapat mengurangkan keinginan untuk makan antara waktu makan. Selain itu juga, pengambilan air yang cukup dapat mgembalikan tenaga yang hilang akibat kelesuan. Untuk tidak mendatangkan rasa ‘boring’ dengan hanya minum air kosong, anda boleh cuba tambahkan hirisan lemon, timun atau daun pudina ke dalam air untuk rasa yang menyegarkan.

 

 

kawal berat ketika mengandung

3. HADKAN/KURANGKAN MAKANAN DAN MINUMAN MANIS

Makanan dan minuman yang manis dan berkalori tinggi sebenarnya merupakan factor utama wujudnya lebihan kalori yang boleh menyebabkan kegemukan. Gula dalam minuman yang tidak digunakan akan ditukarkan menjadi lemak yang disimpan dibawah kulit. Semasa dalam tempoh kehamilan, badan perlukan banyak tenaga untuk ibu dan bayi. Apabila makanan bergula dihadkan, badan akan menggunakan sumber tenaga yang tersimpan sekaligus membantu mengurangkan berat badan ibu.

 

 

kawal berat ketika mengandung

4. REHAT YANG MENCUKUPI

Rehat yang tidak mencukupi juga akan menyebabkan pertambahan berat badan, hal ini kerana tahap metabolism yang menurun dan anda lebih cenderung untuk makan secara berlebihan. Agak sukar bagi ibu hamil mendapatkan rehat yang cukup akibat daripada sering terjaga daripada tidur kerana muntah dan buang air kecil di tengah malam. Sekiranya anda tidak dapat tidur nyenyak pada waktu malam, cuba cari masa untuk lelapkan mata pada waktu tengahari.

 

 

kawal berat ketika mengandung

5. BANYAKKAN BERGERAK

Hamil bukanlah alas an untuk bermalas-malasan di rumah. Teruskanlah melakukan kerja rumah yang biasa anda buat namun janganlah pula melakukan kerja-kerja berat seperti mengangkat beban berat. Sekiranya anda sering mengamalkan senaman, ianya sangat baik diteruskan namun dengan sedikit perubahan yang sesuai dengan fizikal ibu mengandung. Dapatkan saranan doctor untuk senaman kehamilan terbaik.

 

 

kawal berat ketika mengandung

6. JANGAN TERLALU MENYIKSA DIRI

Jika mahu mengawal berat badan, tidak perlulah sehingga menyiksa diri sendiri sehingga tidak membenarkan diri menikmati makanan yang diidamkan. Ditakuti terlebih makan nanti pada akhirnya. Tidak salah untuk memuaskan keinginan sekali sekala asalkan berpada-pada.

Amat disarankan sekiranya makanan tersebut digabungkan dengan makanan sihat laian, contohnya jika anda idamkan semangkuk aiskrim, nikmatilah bersama potongan buah segar serta kekacang.

 

 

kawal berat badan ketika mengandung

7. TULIS APA YANG ANDA MAKAN

Mungkin agak ‘leceh’ untuk menulis setiap apa yang kita makan, namun tahukah anda, dengan cara ini, kita dapat melihat corak pemakanan harian dan jumlah yang diambil.

 

Dapatlah anda mengawal sukatan makanan yang diambil, kurangkan makanan tidak berkhasiat dan lebihkan makanan sihat dalam diet harian. Barulah kita tahu bagaimana selama ini dari mana datangnya kalori berlebihan.

 

Demikianlah beberapa tips simple mengawal berat badan ketika mengandung yang boleh ibu amalkan.Semua ibu hamil pasti mahukan yang terbaik untuk diri dan anak di dalam kandungan. Ambil langkah proaktif dengan mengamalkan gaya hidup sihat bermula daripada sebelum kehamilan. Dengan diet harian yang seimbang serta aktiviti fizikal yang mencukupi, tiada masalah untuk ibu mengandung mencapai berat badan yang terkawal sepanjang usia kehamilan.Semoga artikel ini memberi manfaat buat ibu hamil.

KEPENTINGAN RAWATAN PAP SMEAR

APAKAH ITU UJIAN PAP SMEAR?

Pap smear adalah sejenis ujian untuk mengesan ada atau tidak ketumbuhan kanser pangkal rahim. Tetapi ujian ini tidak mengesahkan sama ada seseorang itu menghidap penyakit kanser tersebut. Ia hanyalah sebagai ujian screening atau penapis. Ujian ini berdasarkan di atas pemeriksaan sel-sel yang diambil contohnya dari pangkal rahim. Jika Pap smear itu negatif, maka ianya adalah berita baik. Tetapi jika keputusan abnormal atau luar biasa, beberapa ujian lain seperti biopsy of cervix perlu dilakukan untuk mengesahkan ada atau tidaknya kanser pangal rahim. Biopsy adalah pengambilan secebis tisu yang disyaki kanser dari pangkal rahim dan kemudian dikaji

 

KEKERAPAN UJIAN?
Jika seseorang wanita telah menjalani ujian pap smear dan didapati negatif,ia hanyaperlu mengulang ujian tersebut tiga tahun sekali. Namun begitu, ada baiknya bagi menjalani ujian ini setahun sekali.

 

KEPENTINGAN PAP SMEAR?

Kanser serviks adalah punca keempat kematian yang berkaitan dengan kanser dalam kalangan wanita di seluruh dunia. Cara terbaik untuk mengesan kanser serviks adalah dengan menjalani ujian Pap smear setiap tahun.

  1. Pap smear dapat mengesan jangkitan virus tertentu seperti papillomavirus manusia(HPV), yang diketahui boleh menyebabkan kanser serviks.
  2. Rawatan awal terhadap perubahan prakanser yang dikesan melalui Pap smear boleh menghentikan kanser serviks sebelum ia merebak sepenuhnya.
  3. Seorang wanita mungkin mempunyai kanser serviks dan tidak tahu mengenainya kerana dia mungkin tidak mempunyai sebarang gejala.
  4. Kematian akibat kanser serviks telah berkurangan sejak bertahun-tahun kerana pencegahan, pemeriksaan, dan pengesanan awal melalui ujian Pap smear.Kebanyakan keputusan Pap smear yang tidak normal menunjukkan peringkat awal penyakit dan memerlukan pemerhatian yang teliti oleh doktor.
  5. Kini, pemeriksaan kanser serviks disyorkan setiap 3 tahun bermula pada usia 21 tahun. Pemeriksaan boleh dijalankan setiap 5 tahun untuk wanita berusia lebih dari 30 tahun jika ujian Pap smear dan ujian HPV dilakukan.

APA YANG PERLU DILAKUKAN SEBELUM UJIAN PAP SMEAR?

  1. ¡Ujian pap smear ini sesuai dilakukan pada hari ke-7 hingga hari ke-10 selepas hari pertama haid. Ia tidak boleh dilakukan ketika kedatangan haid.
  2. ¡Elakkan penggunaan tampon.
  3. ¡Tidak digalakkan melakukan hubungan seks 24 jam sebelum ujian dilakukan . Ini kerana akan menyebabkan keputusan ujian tidak akan tepat.
  4. ¡Dalam tempoh sehari sebelum ujian, elakkan menggunakan ubat dalam faraj seperti krim vagina, ubat maajun, ubat anti fungal dan sebagainya.
  5. ¡Jangan lakukan ‘duoche’ atau penggunaaan ‘spermicid’, perancang keluarga dan penggunaan ‘jelly lubricant’ 2 hari sebelum ujian dijalankan kerana bahan kimia yang terkandung di dalam bahan tersebut mungkin boleh memberi kesan kepada kualiti sample.

 

BAGAIMANA UJIAN PAP SMEAR DIJALANKAN?

Ujian tersebut tidaklah menyakitkan atau mengerikan seperti yang kita bayangkan, cuma ada sedikit rasa kurang selesa

Prosedurnya secara ringkas adalah seperti di bawah ini:

  • Selepas seluar dalam ditanggalkan, anda perlu berbaring di atas katil dengan lutut dinaikkan dan dibengkokkan.
  • Spekulum (seperti dalam gambar rajah) akan dimasukkan ke dalam vagina untuk ‘membuka’ laluan.
  • Doktor akan memasukkan spatula kayu, untuk mengambil sampel sel daripada dinding servik.
  • Sampel ini akan dihantar ke makmal untuk diperiksa oleh ahli patologi.

 

BERAPA LAMA KEPUTUSAN UJIAN PAP SMEAR AKAN DIKETAHUI?

Kebiasaannya, keputusan akan diperolehi dalam tempoh seminggu. Namun ia juga bergantung kepada beban kerja makmal dan klinik tersebut. Mungkin lewat 3 minggu atau 3 bulan.

Jika keputusan ujian pap smear ‘abnormal’, pihak klinik akan meminta anda melakukan ujian sekali lagi beserta dengan rundingan doktor. Keputusan ‘abnormal’ tersebut bukan bermakna anda didapati ada kanser servik tetapi ia menunjukkan anda perlu menjalankan pemeriksaan lanjutan.

DIMANA BOLEH BUAT UJIAN PAP SMEAR INI?

Hampir semua klinik boleh mengendalikan ujian Pap Smear ini. Terdapat banyak klinik dan doktor yang boleh dipilih mengikut keselesaan kita.

Ujian ini boleh dilakukan di semua klinik/hospital kerajaan dan swasta termasuk Klinik LPPKN (Lembaga Penduduk Perancang Keluarga Negara) di seluruh negara.

KOS RAWATAN PAP SMEAR?

Klinik kerajaan menawarkan kos yang sangat murah dan ada juga diberikan percuma. Manakala Klinik LPPKN (Lembaga Penduduk Perancang Keluarga Negara) pula menawarkan dengan harga RM 20 bagi semua warganegara Malaysia.

Di klinik swasta pula harganya mungkin lebih tinggi sedikit iaitu diantara RM 40 hingga RM 80 bergantung pada tempat masing-masing.

 

Jadi jangan malu dan jangan takut untuk melakukan ujian pap smear. Seluar mamapride juga boleh digunakan semasa ujian pap smear. Jom dapatkan sekarang

 

 

 

TIPS IBU MENGANDUNG TIDUR LENA DI MALAM HARI

Masalah sukar tidur sering berlaku disaat akhir-akhir kehamilan. Namun begitu ada juga yang berlaku di saat awal trimester. Antara penyebab masalah sukar tidur ini berlaku biasanya disebabkan kekjangan kaki, bayi yang terlalu aktif dansuka menendang, sakit belakang terutamanya pada bahgian bawah tulang belakang , sering terbangun untuk buang air kecil dan sebagainya.
Berikut merupakan beberapa tips untuk ibu mengandung kurangkan masalh sukar tidur di waktu malam. Semoga bermanfaat.

tips ibu mengandung tidur lena

1. KURANGKAN PENGAMBILAN AIR MINUMAN SELEPAS JAM 8 MALAM

Jika anda mengalami masalah sering ke tandas pada waktu malam, cuba minimakan air yang diminum selepas makan malam.
Minuman seperti kopi atau soda amatlah tidak digalakkan kerana ia menggalakkan pembuangan air kecil yang lebih kerap.

tips ibu mengandung tidur lena

2. DAPATKAN POSISI TIDUR YANG SESUAI

Sekiranya anda selalu mengalami masalah pedih ulu hati, cuba gunakan beberapa biji bantal untuk membantu mendapatkan posisi yang lebih sesuai, di mana bahagian kepala ditinggikan dengan cara yang selesa.
Selain itu, anda juga boleh cuba mendapatkan bantal kehamilan yang direka khas untuk membantu ibu hamil tidur lena. Nampak sangat selesa.

tips ibu mengandung tidur lena

3. KURANGKAN MAKAN SEBELUM TIDUR

Sudah menjadi kebiasaan ibu hamil mengidam makan bermacam-macam jenis makanan. Namun, cuba hindari untuk makan terlalu banyak dan mengenyangkan. Untuk memenuhi nafsu makan yang muncul, cukup sekadar makan makanan ringan seperti biskut atau segelas susu suam sahaja .

tips ibu mengandung tidur lena

4. LEBIHKAN BANTAL SOKONGAN

Cuba letakkan bantal di bawah perut ketika baring mengiring dan kepitkan bantal di celah peha untuk menyokong tulang belakang anda. Cuba letakkan juga bantal di bahagian belakang. Ianya dapat memberi keselesaan kepada ibu. Jika ingin lebih selesa lagi, anda mungkin boleh cuba tidur dengan bantal kehamilan yang direka khas untuk ibu mengandung.

tips ibu mengandung tidur lena

5. TIDUR IKUT ‘TIME’

Cuba kurangkan tidur pada waktu siang supaya anda senang tidur pd waktu malam. Pastikan anda masuk tidur lebih awal dari biasa dan elakkan tidur melebihi waktu kebiasaan,

tips ibu mengandung tidur lena

6. TEMPAT TIDUR YANG SESUAI

Sebelum anda mencuba tips yang lain, pastikan tempat tidur anda berada di dalam keadaan yang bersih dan kemas. Tak mungkin kita nak tidur di katil yang bersepah dengan longgakan baju, bukan? Alihkan segala barang elektronik seperti telefon bimbit, televisyen atau jam jauh dari anda. Selain itu, anda juga boleh menyalakan minyak aroma terapi yang menenangkan fikiran. Antara minyak aroma yang sesuai adalah haruman lavendar.

tips ibu mengandung tidur lena

7. JANGAN TIDUR SEMASA PERUT KOSONG

Menurut pakar pemakanan, rasa loya atau mual lebih mudah menyerang sekiranya anda tidur dalam keadaan perut kosong. Oleh itu, untuk mengelakkannya daripada mengganggu tidur, pastikan anda mengambil sedikit snek berprotein tinggi seperti sandwich, kekacang, atau buah-buahan.

tips ibu mengandung tidur lena

8. JAUHKAN GAJET SEBELUM TIDUR

Kebanyakan kita suka melayan gajet sebelum tidur malah ada yang melayan gajet sehingga tertidur..hal ini juga berlaku kepad wanita mengandung..Cuba jauhkan segala gaget seperti telefon pintar, tv, tablet dan sebagainya daripda anda sekurang kurangnya 30 minit sebelum waktu tidur kerana ia boleh melambatkan penhasilan melatonin yang membantu anda tidur.

Semoga dengan perkongsian ini dapat membuatkan ibu-ibu yang sedang mengandung tidur nyenyak dan mimpi hingga ke bulan.

10 TIPS PENTING DALAM MENGHADAPI PERSEDIAAN BERSALIN

Setiap wanita yang mengandung anak pertama pasti sangat teruja dan tidak sabar dalam menanti kelahiran cahaya mata sulung mereka. Bahkan pengalaman mengandung anak pertama, merupakan suatu pengalaman yang paling indah dirasai dalam hidup mereka. Namun begitu, sudah pasti banyak perkara yang anda belum ketahui dalam menghadapi saat bersalin anak pertama ini kerana anda tiada pengalaman langsung dalam melalui situasi bersalin.
Harini mamapride nak kongsikan 10 tips penting dalam menghadapi persediaan bersalin yang mungkin dapat membantu anda dalam membuat persediaan untuk bersalin bagi kali pertama nanti.

10 tips persediaan bersalin

1. Mengetahui jarak dan lokasi hospital

Perkara pertama yang harus diberi perhatian adalah memilih tempat di mana anda ingin melahirkan bayi anda. Adakah jarak atau lokasi hospital berdekatan dengan rumah ataupun dengan tempat kerja anda? Pastikan anda memilih tempat yang bersesuaian untuk langkah berjaga-jaga supaya proses persediaan ini berlaku dengan mudah dan selamat tanpa mengalami masalah keadaan lalu lintas ataupun sebaliknya.

10 tips persediaan bersalin

2. Mengambil cuti atau berehat untuk membuat persediaan awal

Pastikan anda berbincang dengan majikan untuk bekerja dari rumah pada minggu-minggu terakhir kehamilan atau mengambil cuti untuk memudahkan anda membuat persediaan dengan lebih rapi. Sila maklumkan kepada jiran-jiran rapat yang berdekatan supaya jika berlaku apa-apa kecemasan, mereka boleh membantu anda jika anda bersendirian di rumah.

10 tips persediaan bersalin

3. Persediaan Bajet/Insurans

Bagaimana pula dengan persediaan bajet anda? Adakah anda memiliki insurans atau panel kerja untuk menampung kos bersalin? Bajet juga merupakan satu faktor utama dalam pemilihan hospital bersalin, sama ada hospital swasta atau kerajaan.

Sebelum itu ketahui harga pakej bersalin yang ditetapkan oleh pihak hospital pilihan anda supaya menepati bajet yang ada. Lebih mudah lagi jika anda mempunyai panel tempat kerja atau insurans. Hal yang sedemikian perlu dititikberatkan sekiranya anda tidak bersalin secara normal tetapi melalui pembedahan.

10 tips persediaan bersalin

4. Meneliti kemudahan dan kepakaran hospital

Bincang bersama-sama untuk memilih hospital yang dapat memberikan kemudahan yang lengkap. Pastikan hospital yang dipilih ataupun yang disyorkan menyediakan kemudahan lain seperti kepakaran hospital tersebut dalam mengendalikan situasi-situasi kecemasan dengan baik. Antara situasi cemas adalah seperti kelahiran pramatang, pembedahan caesarean atau bayi lemas.
Selain itu, kemudahan seperti wad bersalin, bilik bayi, penyediaan makanan dan sebagainya harus diberikan perhatian untuk kesenangan semua terutamanya kepada ibu dan anak yang baru lahir.

10 tips persediaan bersalin

5. Menghadiri kelas antenatal

Anda juga boleh mengikuti kelas antenatal di hospital pilihan anda, jika mahu. Kelas antenatal ini bertujuan memberikan pendedahan terhadap para ibu tentang cara pemakanan ketika hamil, cara senaman ibu mengandung, penjagaan bayi baru lahir dan penjagaan ibu selepas bersalin.

10 tips persediaan bersalin

6. Melakukan senaman ringan

Jangan lupa untuk sentiasa membuat senaman ringan sebelum bersalin terdahulu supaya untuk mendapat stamina yang cukup bagi memudahkan proses melahirkan anak. Nasihat doktor amatlah diperlukan jika anda ragu-ragu untuk bersenam.

10 tips persediaan bersalin

7. Persediaan fizikal dan mental

Persediaan terakhir adalah persediaan fizikal dan mental kerana ia amat penting bagi si ibu untuk bersedia sepenuhnya dari segi fizikal dan mental kerana proses kelahiran ini adalah sesuatu yang mendebarkan.
Dengan persediaan emosi dan fizikal diri yang lengkap, para ibu pasti akan berasa lebih tenang malah gembira untuk menyambut kelahiran kanak-kanak.

10 persediaan bersalin

8. Melengkapkan diri dengan ilmu bersalin

Anda perlu mengetahui dengan lebih lanjut tentang tanda-tanda awal kelahiran supaya anda boleh bersedia dengan lebih tenang.
Secara rumusannya, tanda-tanda awal kelahiran adalah seperti berikut:

– Sakit yang teruk pada bahagian bawah belakang atau pada bahagian abdomen, seolah-olah senggugut.
– Anda boleh lihat sedikit darah seperti lelehan mukus berwarna kecoklatan atau bercampur dengan darah.
– Kontraksi berlaku pada jarak waktu yang lebih pendek dan kerap, dan menjadi lebih lama dan lebih sakit.
– Air ketuban anda pecah tetapi proses kelahiran hanya berlaku jika disertai dengan kontraksi yang membuka serviks anda.
Berbincanglah dengan doktor anda tentang apa yang perlu dilakukan sekiranya tanda-tanda awal ini berlaku.

10 persediaan bersalin

9. Persediaan kelengkapan ibu dan anak

Perkara yang terpenting adalah persediaan kelengkapan ibu dan anak. Peralatan penyusuan dan kelengkapan diri adalah penting untuk si ibu seperti breast pump, coli menyusu, stokin, pakaian dan lain-lain.
Bagi persediaan kelengkapan anak pula adalah pakaian, lampin pakai buang, peralatan mandi, kelengkapan tidur dan peralatan menyusu.Jangan lupa juga seluar bersalin mesraa aurat mamapride

10 persediaan bersalin

10.Kelengkapan berpantang

Sebagai persediaan bersalin, kenal pasti siapa tukang urut yang mahir dalam kerja-kerja mengurut wanita selepas bersalin sama ada berpantang di rumah sendiri atau di kampung anda nanti.
Jika anda ingin membeli set bersalin, dapatkan pandangan daripada mereka yang berpengalaman. Selain daripada itu terdapat banyak review online yang boleh dijadikan rujukan anda. Selalunya set bersalin adalah dalam linkungan RM200- RM300. Tetapi ada sesetengah jenama yang membenarkan anda memilih produk-produk tertentu sahaja mengikut kepentingan.

semoga bermanfaat buat ibu-ibu di luar sana.

PANDUAN PENJAGAAN DI AWAL KEHAMILAN

“ Tahniah puan, anda disahkan hamil” ucap doctor sambil mengukirkan senyuman..
Rasa gembira dan terharu sangat kan apabila mendengar ayat ini keluar daripada mulut doctor. Apatah lagi bagi pasangan yang sudah lama menanti-nantikan zuriat. Amanah ini harus dijaga dengan baik sehinggalah saat ia dilahirkan.

Namun begitu, masih ramai lagi ibu-ibu yang mungkin belum sedar bahawa penjagaan kandungan di peringkat awal itu adalah sangat penting. Ia bukan sahaja mengundang perkara yang buruk, malah ia turut meningkatkan risiko keguguran jika kandungan di awal trimester tidak dijaga dengan baik.

Apa sahaja cara untuk menjaga kandungan di awal trimester? Jom mamapride kongsikan beberapa panduan penjagaan diri di awal kehamilan agar keselamatan dan kesihatan diri serta kandungan terjamin.

PANDUAN PENJAGAAN DI AWAL KEHAMILAN

1.HINDARI AKTIVITI BERAT

Di awal kehamilan, para ibu akan mengalami keadaan di mana mudah merasa penat, letih, lelah da nada juga yang pitam/pengsan. Hal ini disebabkan oleh tekanan darah yang rendah. Oleh itu, hindari mengankat objek-objek atau barang yang berat.

PANDUAN PENJAGAAN DI AWAL KEHAMILAN

2.KENDALI EMOSI ANDA

Emosi wanita mengandung akan menjadi tidak stabil. Kadang-kadang mudah terasa hati, mudah marah, sedih dan sebagainya. Cuba kendalikan emosi anda dengan baik. Yang paling bahaya jika anda tidak dapat mengendalikan emosi marah sehingga menyebabkan anda stress. Jangan stress ye ibu-ibu kerana stress akan membahayakan janin anda.

PANDUAN PENJAGAAN DI AWAL KEHAMILAN

3.JAGA PENGAMBILAN NUTRISI

Risiko keguguran akan meningkat jika janin tidak mendapat nutrisi yang mencukupi. Seawal kehamilan di trimester pertama ini seharusnya anda mengambil b complex dan asid folic yang mencukupi sejajar dengan keperluan anda dan janin. Jangan lupa pengambilan kalsium juga penting untuk pertumbuhan tulang janin dan tubuh ibu.

PANDUAN PENJAGAAN DI AWAL KEHAMILAN

4.HINDARI KEBIASAAN BURUK

Jika anda seorang perokok, penggemar kafein dan meminum alcohol. Berhenti segera semua tabiat tidak sihat ini hal ini kerana ia sangat bahaya buat kandungan anda. Ianya akan mengganggu perkembangan kesihatan dan pertumbuhan janin di dalam rahim anda.

PANDUAN PENJAGAAN DI AWAL KEHAMILAN

5. DAPATKAN KONSULTASI DOKTOR

Buat buku pink. Apa itu buku pink? Pergi ke klinik kesihatan dan bukak buku pink. Buku pink ini akan dicatat maklumat kesihatan anda dan kandungan setiap bulan. Akan jadi lebih kerap apabila usia kandungan mencecah trimester ketiga.

PANDUAN PENJAGAAN DI AWAL KEHAMILAN

6.KURANGKAN HUBUNGAN BERSAMA SUAMI

Hubungan bersama suami amatlah bagus dan digalakkan bersama setiap hari. Namun disaat kandungan di trimester pertama, dinasihatkan agar mengurangkan sedikit hubungan bersama suami. Menurut ramai doctor, terlalu kerap melakukan hubungan intim bersama suami di awal fasa kehamilan, dapat menyebabkan risiko keguguran.

Demikianlah beberapa tips yang mamapride dapat kongsikan. Semoga bermanfaat.

TIP UNTUK IBU HAMIL KEKAL SIHAT KETIKA BERPUASA

Hampir setiap tahun pasti ada saja golongan ibu hamil yang bimbang dengan keadaan diri juga bayi setiap kali Ramadan menjelang.
Hampir kebanyakan daripadanya mahu berpuasa namun terdapat beberapa kebimbangan yang sentiasa difikirkan. Adalah tidak menjadi kesalahan bagi golongan ibu hamil untuk meneruskan kewajipan berpuasa selagi mana ia tidak menjejaskan kesihatan diri dan bayi dalam kandungannya.

Jom kita ikuti perkongsian daripada Pegawai Perubatan Perbidanan & Sakit Puan di Kementerian Kesihatan Malaysia iaitu Dr Muhammad Izzat tentang cara mengekalkan kesihatan unggul bagi wnita yang ingin berpuasa pada bulan ramadhan.

Tips-tips mengekalkan kesihatan unggul bagi wanita hamil yang ingin berpuasa pada bulan Ramadhan

“Bertuahnya puan saat ini,” kata seorang doktor kepada pesakit wanita yang sedang diperiksanya.

“Kenapa doktor?” balasnya menyoal dengan penuh rasa ingin tahu.

“Sekarang Ramadhan. Puan pula hamil pada bulan yang banyak kelebihannya ini. Ia kesempatan yang amat baik mendidik anak puan dari dalam kandungan untuk mengenal penciptaNya. Puan sangat lah bertuah!,” jelas doktor.

Maka, tidak hairanlah, meskipun sedang hamil atau menyusukan bayi, dalam masa yang sama ibu-ibu tetap ingin melaksanakan kewajipan berpuasa.

Mereka ingin meraih keistimewaan Ramadhan untuk membanyakkan ibadah seperti membaca al-Quran, solat tarawih, iktikaf dan memburu malam Lailatulqadar yang lebih baik daripada seribu bulan.

Justeru, pelbagai alasan diberikan sekalipun mereka diberikan rukhsah (keringanan), diperboleh meninggalkan puasa sekiranya keadaan tidak mengizinkan.

Menurut mazhab Syafie, wanita hamil dan menyusui bayi apabila khuatir mengalami bahaya maka mereka wajib berbuka, tidak perlu berpuasa. Dan dalam keadaan ini mereka hendaklah menggantikan (Qada’) puasanya kelak.

Rata-rata alasan yang diberikan ibu-ibu, mereka berupaya untuk melaksanakan tuntutan berpuasa.

Ada juga yang menyatakan, mereka enggan menggantikan puasa pada waktu lain, kerana tiada teman untuk berpuasa sama. Pendek kata, mereka ingin mengambil peluang berpuasa penuh tanpa adanya halangan haid jika di luar kehamilan.

Namun, ada juga ibu-ibu yang berdegil untuk tetap berpuasa dan nekad untuk tidak berbuka sekalipun sudah menunjukkan gejala hipoglisemia/kekurangan gula dalam darah seperti pening, loya, gementar dan pitam atau pengsan.

Mereka menangguhkan masa untuk berbuka “Tunggulah setengah jam lagi.” Betapa besarnya berpuasa sebulan penuh bagi mereka. Hal yang demikian sepatutnya tidak berlaku kerana ibu perlu mengambil kira keadaan bayi ketika ini, apabila gejala-gejala kekurangan gula berlaku, akan menimbulkan mudarat pada bayi anda.

Ibu-ibu yang terus memaksa diri untuk berpuasa tanpa menimbangkan keadaan kehamilan itu sebenarnya sedang membahayakan janin sendiri. Malah, janin juga boleh terkena hipoglisemia, kekurangan zat gula, kalori dan zat makanan/nutrisi yang berguna untuk pertumbuhannya. Kasihanilah anak-anak yang di dalam kandungan.

Segala keberkatan tidak bermakna apabila zuriat kita tidak sihat.

Di sini ingin saya berkongsi tips-tips mudah bagi ibu-ibu hamil mengekalkan kesihatan unggul semasa hamil dan berpuasa.

Jika anda berpuasa, tentu sekali anda tidak boleh makan sekerap biasa, tetapi anda masih boleh makan lebih daripada dua kali di antara masa berbuka dan sahur.

Hidangan makanan yang seimbang dan berkhasiat akan membantu mengekalkan berat badan dan mengelakkan masalah-masalah seperti sembelit, sakit kepala, ketakcernaan, lesu dan pedih ulu hati yang kesemuanya merupakan simptom-simptom biasa semasa hamil.

Apakah cara terbaik bagi wanita hamil berbuka puasa?

Tiada pelan makanan khas yang perlu anda ikuti, tetapi anda boleh mencuba tip-tip berikut sebagai cara terbaik untuk berbuka.

TIP UNTUK IBU HAMIL KEKAL SIHAT KETIKA BERPUASA

1. Sewaktu berbuka

Mulakan dengan:
– tiga biji kurma dan jus (bagus untuk menormalkan semula tahap gula yang rendah dalam darah);

– susu atau yogurt rendah lemak;

– sup jernih.

– Kemudian, makanlah hidangan seimbang yang mengandungi: sepinggan salad atau ulam-ulaman sebagai hidangan pembuka selera;

– Protein daripada ayam, daging atau ikan, kacang pis atau kekacang, karbohidrat kompleks daripada nasi beras perang dan roti bijian penuh, dan, banyak sayur-sayuran.

– Elakkan hidangan berlemak tinggi untuk mencegah pertambahan berat, pengambilan makanan kurang berkhasiat dan mengalami ketidakcernaan (indigestion)

tips kekal sihat

2. Sewaktu bersahur

Apakah saya perlu makan sahur jika saya berpuasa semasa hamil?

Bersahur sangat penting jika anda berpuasa. Ia akan mengekalkan tahap tenaga anda pada waktu siang. Jangan tinggalkan sahur kerana ia dapat membekalkan anda dengan nutrien-nutrien penting dan tenaga yang anda perlukan untuk kekal cergas pada waktu siang. Ia juga akan mengurangkan simptom-simptom kelaparan seperti sakit kepala dan mengantuk.

Hidangan sahur yang sihat mungkin mengandungi:

– nasi beras perang dan roti bijian penuh dengan kari

– bijirin berserat tinggi atau bran dengan susu skim rendah lemak;

– dan, buah-buahan termasuk buah kurma dan pisang.

– Elakkan meminum teh semasa sahur kerana ia boleh membuat anda mengalami dehidrasi.

3. Jus buah-buahan segar

Saya suka minum kopi dan/atau teh selepas berbuka. Bagaimana saya boleh menggantikannya?

Minumlah jus buah-buahan segar dan bukannya minuman bergas, kopi atau teh. Minuman smoothie yang mengandungi susu, yogurt, ais dan buah adalah minuman yang menyegarkan dan membekalkan banyak keperluan buah-buahan harian anda.

Sup sayur-sayuran pula membolehkan anda makan sayur-sayuran berbeza dan memberi vitamin, mineral dan serat tambahan dalam diet anda.

4. Apakah yang perlu saya masukkan dan elakkan dalam diet saya semasa berpuasa?

Untuk mengekalkan kesihatan semasa berpuasa, amalkanlah tip-tip di atas semasa makan, dan selepas berbuka, berehat seketika, kemudian bangun dan berjalan-jalan. Lakukanlah aktiviti-aktiviti ringan.

– Elakkan makan pada lewat malam sebelum tidur, tetapi pastikan anda bangun dan makan sahur.

– Minum banyak air selepas berbuka dan sebelum bersahur untuk mengelakkan dehidrasi

Fajar ramadhan segera menghampiri dunia, selembar sutra menghapus noda, sebening embun penyejuk kalbu, sucikan hati bersihkan jiwa di bulan yang suci. selamat menunaikan ibadah puasa

Selamat beramal !

Dr. Muhammad Izzat Abdul Razak
Pegawai Perubatan Perbidanan & Sakitpuan
Kementerian Kesihatan Malaysia

HAMIL DAN PUASA

Apa khabar ibu-ibu hamil di luar sana? Alhamdulillah, dapat juga kita bertemu dengan bulan Ramdahan tahun 2018 ni kan? Hamil di bulan puasa pastinya berbeza dan lebih mencabar di mana anda perlu memastikan diri anda betul-betul bersedia agar anda mampu menjalani ibadah puasa di samping memastikan si ibu dan kandungan di dalam keadaan sihat.

Wanita hamil yang berpuasa mungkin mengalami kesan sampingan seperti hipoglisemia (paras glukosa dalam darah yang lebih rendah daripada normal), ketosis dan dehidrasi.

Risiko ini dikatakan meningkat jika berpuasa di awal kehamilan (trimester pertama) kerana biasanya pada fasa ini banyak berlaku komplikasi kehamilan yang kurang menyenangkan. Oleh itu, doktor-doktor tidak menggalakkan ibu-ibu yang berada pada fasa pertama kehamilan untuk berpuasa.

Walau bagaimanpun, tiada satu nasihat yang seragam atau ‘one size fits all’ yang boleh digunakan oleh semua wanita hamil yang ingin berpuasa.

Oleh itu, walalupun si ibu merasakan badan mereka ‘ok’, ibu-ibu hamil yang ingin berpuasa dinasihatkan berjumpa doktor agar doktor dapat memeriksa keadaan sebenar anda dan keupayaan anda untuk berpuasa.
Namun, dalam keadaan-keadaan tertentu, doktor akan melarang anda berpuasa sekiranya anda mengalami:

1) kencing manis
2) penyakit hati yang tidak berfungsi
3) penyakit bronchial asthma yang teruk
4) tekanan darah tinggi yang tidak terkawal
5) kehamilan kembar
6) risiko kelahiran pramatang
7) masalah-masalah lain berkaitan kehamilan yang serius

Tips pemakanan ketika berpuasa sewaktu hamil

1.Utamakan memakan makanan yang berprotein tinggi seperti daging dan telur kerana protein boleh disimpan di dalam tubuh pada kadar yang lebih lama berbanding kumpulan vitamin yang lain.
2.Banyakkan juga mengambil makanan yang berserat tinggi seperti sayur-sayuran dan buah-buahan segar supaya mampu menahan lapar.
3.Jangan lupa mengambil vitamin tambahan ketika sahur bagi mengekalkan kesegaran badan sepanjang hari.
4.Lewatkan waktu bersahur. Kalau boleh, bersahurlah hingga ke saat-saat akhir imsak supaya anda tidak cepat berasa lapar pada siang hari.
5.Usahakan untuk minum 2 liter air masak selepas waktu berbuka hingga ke waktu imsak. Minum sedikit-sedikit tetapi kerap bagi mengelakkan dehidrasi di siang hari.

SEMOGA BERMANFAAT

PANDUAN MENJAGA KESIHATAN IBU HAMIL

Tidak sukar untuk menjaga kesihatan badan wanita ketika hamil. Perkara-perkara praktikal yang kadang-kadang dilupakan oleh seorang wanita hamil sebenarnya boleh menjadi masalah untuk kesihatan janin juga jika diabaikan Jadi di sini Mamapride kongsikan 10 cara untuk menjaga kesihatan wanita hamil. Semoga bermanfaat.

1. MENJAGA KESIHATAN WAJAH DAN KAWASAN KEPALA

Ibu mengandung harus tidak disarankan untuk mewarnakan rambut semasa hamil. Hal ini kerana, pewarna rambut biasanya diperbuat daripada bahan toksik. Ianya membahayakan kandungan anda. Semasa hamil juga, kadang-kadang ibu hamil mengahadapi masalah rambut gugur. Namun jangan bimbang, masalah tersebut hanya sementara sahaja.Ianya disebabkan perubahan hormon yang berlaku saat kehamilan. Kebersihan rambut dan kawasan kepala boleh dilakukan dengan mencuci secara kerap. Wanita hamil boleh melakukan urutan ringan di muka dan kepala untuk berehat. Selain itu juga, masalah yang dihadapi semasa hamil adalah pertumbuhan jerawat dan bintik hitam di muka, tidak perlu bimbang, hal ini juga disebabkan perubahan hormon yang merangsang pigmentasi muka dan leher. Tidak perlu melicinkan dengan pelbagai krim pemutih. Kebanyakan krim pemutih dan krim kecantikan mempunyai banyak bahan kimia. Setelah melahirkan, jerawat dan bntik-bintik hitam di muka pasti akan berkurangan.

2. MENGHIRUP UDARA YANG BERSIH

Berhati-hati memilih tempat untuk berjalan-jalan. Jangan biarkan hidung anda terlalu lama untuk menghirup pencemaran udara di pinggir jalan yang sesak. Jika anda ingin membersihkan rumah,elakkan daripada menggunakan bahan yang mengandungi bahan cat aerosol, formalin, kapur barus, dan racun serangga dalam bentuk gegelung nyamuk atau semburan. Sekiranya perlu untuk menyembur serangga, atau membersihkan porselin dengan bahan kimia, gunakan penutup topeng hidung.

3. KESIHATAN MULUT

Kesihatan mulut sangat penting bagi wanita hamil terutamanya kebersihan gusi dan gigi Semasa hamil, akan selalu timbul gangguan pada gusi dan gigi. Hormon kehamilan membuat gusi lebih lembut dan kadang-kadang berdarah dengan mudah. Berus gigi dengan betul dan kerap setiap kali selepas makan. Anda juga boleh berkumur dengan air garam hangat.Jika gusi berdarah dengan mudah atau bengkak menggunakan ubat gigi segeralah berjumpa dengan pakar. Pada wanita hamil trimester pertama kadang-kadang mengalami masalah mual dan sering muntah. Ianya menyebabkan nafas berbau (halitosis). Wanita hamil harus selalu membersihkan mulut mereka setiap kali selepas muntah. Teh boleh mengurangkan nafas berbau. Makanan untuk wanita mengandung harus mengandungi vitamin dan vitamin yang seimbang dan buah-buahan dan sayur-sayuran semulajadi. Kami mengesyorkan agar anda mencuci buah-buahan dan sayur-sayuran yang akan dimakan mentah untuk mengurangkan risiko racun perosak dan mengelakkan virus toxoplasma gondii yang tercemar. Wanita hamil perlu mengelakkan merokok dan duduk dekat dengan orang yang merokok. Keguguran dan bayi pramatang kebanyakannya berlaku disebabkan bahan nikotin ketoksikan janin. Selain rokok, ibu hamil juga harus elak menambil alkohol, kafein dan supplement yang membahayakan kesihatan. Juga elakkan minuman ringan yang mengandungi makanan tambahan, herba atau produk sejenis yang tidak dijamin kualiti.. Wanita hamil perlu mengambil minuman yang lebih sihat seperti susu rendah lemak, jus buah, intipati soya, air kacang hijau dan banyakkan pengambilan air putih.

4. KEBERSIHAN BADAN DAN KEBERSIHAN PAYUDARA

Mengurus kebersihan badan dan payudara sangat penting bagi wanita hamil. Walau bagaimanapun, bagi wanita hamil yang mempunyai sejarah keguguran berulang perlu mengurangkan rangsangan (merangsang) menarik puting payudara semasa hamil muda kerana ia boleh merangsang oxytocin hormon dan menyebabkan kontraksi uterus. Perhatikan kebersihan payudara dan badan dengan mandi biasa tiga kali sehari. Ini sangat penting untuk kulit yang sihat, peredaran darah ke seluruh badan dengan lancar. Pembesaran saiz payudara menjadikan ibu agak kurang selesa pada kehamilan awal hingga kehamilan lewat. Gunakan bra yang sesuai mengikut keselesaan.

5. KEBERSIHAN TANGAN

Wanita hamil perlu mengekalkan kebersihan tangan dan kuku. Sentiasa cuci tangan setiap kali anda selesai bekerja dan sebelum makan. Anda suka menjaga haiwan? Berhati-hati dengan kucing dan arnab dan ayam.Atau mungkin hobi anda suka menanam bunga dan berkebun? Gunakan sarung tangan untuk mengelakkan pencemaran dengan kotoran buangan atau haiwan.Cirit-birit yang disebabkanoleh pencemaran, jangan dianggap remeh. Ia boleh membahayakan wanita hamil. Tubuh menjadi lemah, kekurangan cecair dan jangkitan gastrointestinal. Bagi mereka yang suka bermain dengan kucing, anjing, arnab atau ayam. Berhati-hati juga dengan risiko menyebarkan toxoplasmosis virus melalui haiwan dan ayam melalui najis haiwan.

6. PERHATIKAN BAHAGIAN PERUT

Semakin hari, perut ibu hamil semakin membesar. Ini merupakan petanda bahawa pertumbuhan janin adalah sempurna. Ibu hamil harus menyediakan pakaian mengandung yang sesuai. Elakkan memakai pakaian yang terlalu ketat. Tidak perlu bimbang, kerana pada masa kini, terdapat banyak pakaian mengandung yang selesa dan bergaya. Ibu hamil dinasihatkan supaya tidur mengiring agar peredaran darah berjalan dengan lancar. Posisi telentang terlalu lama tidak dianjurkan bagi wanita hamil. Pembesaran perut ini juga menjejaskan keseimbangan badan. Pastikan keseimbangan dengan posisi badan yang tegak semasa berjalan supaya tidak tergelincir atau jatuh. Sekiranya terdapat objek di lantai yang akan diambil, wanita hamil perlu membengkokkan lutut dengan berhati-hati. Tidak boleh tunduk terus dan dikuathiri akan jatuh kerana badan tidak seimbang.

7. KEBERSIHAN KAWASAN ALAT KELAMIN

Semasa mengandung, adalah sangat penting dalam menjaga kebersihan alat kelamin.Kuman boleh memasuki alat kelamin yang dijangkiti. Oleh itu, lakukan kebiasaan untuk membersihkan kawasan alat kelamin dengan betul.Basuh dengan air bersih. Tidak perlu menggunakan antiseptik pencuci vagina kerana ia akan membunuh kuman yang baik di dalam vagina yang akan melawan serangan kuman yang cuba masuk ke dalam rahim.Memakai seluar dalam kapas dan longgar dan sentiasa pastikan seluar anda sentiasa kering dan bersih. Jangan bimbang dengan keputihan, ianya mungkin disebabkan perubahan sewaktu mengandung. Kecuali keputihan berbau busuk, warna hijau atau kuning tebal yang disertai oleh gatal-gatal. Sekiranya terjadi perkara seperti itu, segera dapatkan rawatan daripada doktor.

8. ISTIREHAT

Keletihan yang ibu rasakan di trimester pertama dan ketiga sebenarnya adalah cara badan memberitahu ibu supaya “jangan terlalu aktif”. Mungkin tidur di tengah hari terasa seperti perbuatan manja yang ibu tidak mampu lakukan, namun ia memberi manfaat kepada ibu dan bayi.
Jika tidak boleh tidur, sekurang-kurangnya bersandar atau baring selama 30 minit atau lebih. Apabila ibu hamil hendak berehat santai, pastikan duduk atau tidur yang mana sebaiknya posisi kaki lebih tinggi berbanding tubuh agar peredaran darah dalam tubuh tidak hanya berkumpul di kawasan kaki. Ia dapat mengelakkan kaki menjadi bengkak dan kekejangan.
Ibu mengandung haruslah mendapat rehat yang secukupnya untuk mengelak daripada berlakunya beberapa masalah, antaranya adalah berlakunya keletihan yang melampau dan menyebabkan ibu menjadi stress apatah lagi jika ada anak-anak lain yang masih kecil yang perlu diuruskan. Ibu akan mengalami pening atau pitam.Ianya sering terjadi berpunca daripada perubahan system tubuh ibu hamil.

Terima kasih ibu telah membaca artikel ini sehingga selesai .. semoga ianya membantu ibu untuk mendapatkan kandungan yang sihat

PANDUAN MENGELAKKAN BAYI MUNTAH SUSU

Bayi muntah susu merupakan perkara biasa, namun jangan dipandang ringan. Terdapat banyak kes diamana berlaku kematian bayi akibat daripada muntah susu. Ianya berpunca daripada muntah susu yang terkumpul di dalam mulut bayi lalu menyebabkan bayi tercekik dan menyukarkan pernafasan. Jadi, sangat penting, ibu atau bakal-bakal ibu mengetahui cara-cara untuk mengelakkan bayi muntah susu yang mudah dan praktikal ini.

1. SENDAWAKAN BAYI SELEPAS MENYUSU

Amalan sendawakan bayi selepas menyusu adalah sangat penting. Jangan pandang ringan perkara ini. Bayi harus disendawakan selepas menyusu. Sangat bagus jika bayi banyak sendawa. Jangan mudah putus asa jika bayi lambat sendawa, teruskan proses sendawakan bayi, hal ini kerana ada sesetengah bayi yang mengambil masa lama untuk sendawa. Biarkan bayi sendawa sekurang-kurangnya satu kali.

2. TINGGIKAN KEPALA BAYI 30 DARJAH SEMASA TIDUR

Lapik kepala bayi dengan bantal setiap kali bayi tidur terlentang. Seperti tidur mengiring, kedudukan kepala yang tinggi akan mengurangkan muntah susu dan merupakan langkah berjaga – jaga supaya muntah susu keluar dari mulut.

3. TEGAKKAN BADAN BAYI SEBAIK SELESAI MENYUSU

Bayi harus ditegakkan sebaik sahaja habis menyusu. Ini adalah bagi memastikan tiada susu yang terkumpul di dalam mulut kerana dalam keadaa tegak, bayi akan menelan semua susu yang ada di dalam mulut.

4. BARINGKAN BAYI DALAM KEADAAN MENGIRING SEBELAH KANAN SEMASA TIDUR

Selepas bayi selesai menyusu dan sudah sendawa sekurang – kurangnya sekali, baringkan bayi dalam keadaan mengiring dan tepuk bayi perlahan – lahan sehingga tertidur. Kedudukan mengiring boleh mengurangkan muntah susu dan jika bayi muntah, susu tersebut akan mengalir keluar, bukannya terkumpul dalam mulut dan menyebabkan kejadian yang tidak diingini.

5. ELAKKAN PERGERAKAN MEMBUAI SEMASA DAN SELEPAS MENYUSU

Pergerakan membuai sama ada menggunakan tangan atau memasukkan bayi ke dalam buaian boleh menyebabkan bayi muntah susu. Jangan terus buaikan bayi selepas menyusu. Jarakkan masa sekuran-kurangnya 15 minit.Elakkan pergerakan membuai semasa dan selepas menyusu.

Pergerakan membuai sama ada menggunakan tangan atau memasukkan bayi ke dalam buaian boleh menyebabkan bayi muntah susu. Jangan terus buaikan bayi selepas menyusu. Jarakkan masa sekurang – kurangnya 15 minit.

6. PERIKSA SEKIRANYA ADA SUSU YANG KELUAR DARI MULUT BAYI SEMASA TIDUR

Sentiasa periksa bayi yang sedang tidur. Jangan tinggalkan sendirian. Kadang – kadang ada susu yang terkumpul di dalam mulut bayi, terutamanya jika bayi tertidur semasa menyusu. Susu yang terkumpul boleh menyebabkan bayi tersedak atau tercekik.

7. JANGAN BIARKAN BAYI MENYUSU BOTOL SENDIRI

Perkara ini sangat harus diambil perhatian, sesetengah ibu rmai yang meninggalkan bayi menyusu sendiri dengan cara menyendal botol susu dengan bantal ataupun memegang botol susu sendiri. Mlah ada juga yang membiarkan bayi bersendirian menyusu sendiri didalam buaian. Ianya sangat bahaya. Jangan jadikan amalan.

Semoga para ibu dan pengasuh bayi mengambil perhatian tentang bayi muntah biasa. Jangan ambil ringan kerana sudah terlalu banyak kes kematian bayi dilaporkan akibat daripada muntah susu. Semoga tip-tip bermanfaat buat semua.
.
ENJOY YOUR BREASTFEEDING JOURNEY MOMMY.

  TOP