ASID FOLIK

ASID Folik adalah salah satu vitamin yang diberi kepada ibu hamil selain dari zat besi dan vitamin C. Pemberian asid folik kepada ibu-ibu hamil dan ianya disahkan selamat dan disyorkan oleh pakar-pakar obstetrik & ginekologi seluruh dunia.

Asid Folik bukanlah ubat penyubur sebaliknya diperlukan dalam pembentukan tulang tengkorak dan tulang belakang janin yang melindungi otak dan saraf tunjang.

Asid folik juga membantu mengurangkan kecacatan neural tube defect sebanyak 70% kepada anak. Secara umumnya, 85 dalam 100 wanita Malaysia tidak mempunyai kandungan folate yang mencukupi di dalam ujian darah mereka. Ini disebabkan mereka tidak mendapat zat asid folik yang mencukupi daripada pemakanan yang seimbang.

Pengambilan asid folik sebelum dan semasa hamil juga dapat mengurangkan risiko anak mendapat autism spectrum disorders (ASD) sebanyak 20%.

Dos yang anda diperlukan hanyalah 400 microgram atau 0.4mg sehari, dan tidak melebihi 5mg sehari. Jika hamil, teruskanlah pengambilan suplemen folic acid ini sekurang-kurangnya pada 3 bulan pertama kehamilan.”

Kredit :
Dr. Suhazeli Abdullah
Prof Dr Imelda Balchin