ADAB MENYAMBUT KELAHIRAN BAYI MENURUT ISLAM

Islam merupakan agama yang menggariskan panduan hidup yang sempurna untuk dijadikan pedoman kepada penganutnya. Setiap muslim, disuruh untuk mengamalkan ajaran agama islam bukan sahaja dalam ibadat,malah dalam setiap perkara yang berkaitan dengan kehidupan seharian. Adab-adab menyambut kelahiran bayi dalam islam juga seharusnya menjadi amalan kepada semua ibu bapa yang melahirkan zuriat. Terdapat beberapa panduan yang patut dilakukan oleh ibu bapa sebaik sahaja anak yang dikandung selamat lahir ke dunia.

ADAB MENYAMBUT KELAHIRAN BAYI MENURUT ISLAM

1.SUJUD SYUKUR

Melakukan sujud syukur merupakan tanda bersyukur kepada Allah swt di atas kurniaan cahaya mata. Suami disunatkan melakukan sujud syukur sebaik sahaja anak telah keluar daripada rahim ibu. Perbanyakkan bacaan zikrullah (takbir, tasbih dan tahmid.

ADAB MENYAMBUT KELAHIRAN BAYI MENURUT ISLAM

2. MENGHEBAHKAN DAN UCAPAN TAHNIAH TANDA GEMBIRA

Adalah disunatkan untuk menghebahkan kelahiran anak terutama kepada si bapa dan juga kepada kaum keluarga dan rakan taulan. Dalam a-Quran, ketika Allah mengkhabarkan cerita mengenai kelahiran Yahya kepada Zakariya, Allah menggunakan perkataan menggembirakan atau memberitakan berita gembira [rujuk Ali Imran:39 dan Maryam:7]
Abu Lahab adalah antara orang yang amat gembira, bahkan memerdekakan hambanya Thuwaibah yang telah memberitakan khabar kelahiran nabi Muhammad SAW.
Diriwayatkan dari Imam Bukhari bahawa Abu Lahab setiap hari Isnin diringankan seksanya dengan sebab memerdekakan budak Thuwaibah sebagai ungkapan kegembiraannya atas kelahiran Rasulullah SAW.

ADAB MENYAMBUT KELAHIRAN BAYI MENURUT ISLAM

3. AZAN DI TELINGA KANAN DAN IQAMAH DI TELINGA KIRI

Suami hendaklah segera mengazankan di telinga kanan anak yang baru lahir dan diiqamahkan di telinga kiri dengan tujuan supaya dijauhi anaknya dari gangguan syaitan dan supaya kalimah pertama yang dapat didengar oleh bayi ialah kalimah Allah. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan dari Rafi’ R.A. Rasulullah bersabda :

Maksudnya : “Aku melihat sendiri Rasulullah S.A.W. mengazankan Al-Hassan bin Ali pada telinganya ketika itu ia baru dilahirkan oleh Fatimah R.A.” Riwayat Abu Daud dan Tirmizi

ADAB MENYAMBUT KELAHIRAN BAYI MENURUT ISLAM

4. MEMBERI NAMA YANG BAIK

Sunat memberi nama anak yang membawa maksud yang baik-baik. Jika ibu bapa tidak mahir soal ini, cuba Tanya orang yang lebih arif mengenai nama dan sebutan tersebut..Ini kerana namaitu yang akan dipanggil di akhirat kelak. Nabi menyuruh ibu bapa memberi nama kepada anak setelah 7 hari anak itu dilahirkan.

ADAB MENYAMBUT KELAHIRAN BAYI MENURUT ISLAM

5. TAHNIK

Amalan membelah mulut atau lebih dikenali sebagai tahnik, digalakkan dilakukan selepas bayi lahir.Tahnik ialah menyunyah buah kurna dan meetakkannya sedikit ke mulut bayi.Tahnik bertujuan memohon kepada Allah swt supaya anak yang dilahirkan mempunyai lidah yang fasih berbicara dan terkawal lidahnya daripada menyebut perkara-perkara yang tidak berfaedah dan mendatangkan maksiat. Antara Hikmah tahnik ialah untuk menguatkan gusi, urat mulut bayi serta menggalakkannya untuk minum susu ibu. Digalakkan tahnik itu dilakukan oleh ibubapanya sendiri atau orang yang soleh supaya berlaku aliran barakah [ khilaf ]. Pengulangan tahnik oleh beberapa orang di masa yang berbeza juga tidak menjadi halangan.

ADAB MENYAMBUT KELAHIRAN BAYI MENURUT ISLAM

6.MENCUKUR RAMBUT BAYI

Adalah menjadi tanggungjawab bapa untuk mencukur rambut anaknya pada hari ke tujuh (dibotakkan) sama ada dilakukan olehnya sendiri atau orang lain.

Antara hikmah bercukur rambut adalah :

-Hikmah kesihatan.
Dengan membuang, mencukur rambut anak yang baru lahir akan terbuka semua lubang rambutnya yang mungkin akan mengukuhkan pancaindera penglihatan, pernafasan dan pendengaran.

-Hikmah kemasyarakatan.
Dapat bersedekah dengan emas atau perak seberat timbangan rambutnya. Dalam sebuah hadis yang

diriwayatkan dari Anas bin Malik r.s. ia berkata:
Maksudnya : “Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. telah menyuruh supaya mencukur rambut cucunya Saidina Hassan dan Hussin r.a. pada hari ketujuh dan disedekahkan berat timbangan rambutnya dengan nilai perak”. Riwayat At-Tirmizi dan Abu Daud

ADAB MENYAMBUT KELAHIRAN BAYI MENURUT ISLAM

7. AQIQAH

Aqiqah sunat dilakukan pada hari ketujuh selepas kelahiran bayi. Aqiqah bermaksud penyembelihan binatang ternakan seperti kambing, lembu, dan unta. Lazimnya 2 ekor kambing untuk anak lelaki dan seekor kambing untuk anak perempuan.

Aqiqah dilakukan bagi memanjatkan rasa syukur terhadap ilahi . Daging sembelihan hendaklah di sedekahkan kepada orang sekeliling supaya mereka tahu tentang kelahiran cahaya mata kita. Jika ibu bapa belum mampu untuk melakukan aqiqah dalam masa terdekat.ia boleh dilakukan sebelum akhil baligh si anak.

SEMOGA BERMANFAAT
#MAMAPPRIDEKONGSI