8 TIPS MENJAGA KANDUNGAN TRIMESTER PERTAMA

Terdapat 3 peringkat kehamilan dalam tempoh wanita hamil iaitu trimester pertama, trimester kedua dan trimester ketiga. Trimester pertama adalah tempoh di mana janin masih baru dan terdedah kepada risiko keguguran kerana pada masa itu janin belum terbentuk sepenuhnya.

Sebagai bakal ibu, anda pasti tidak mahu apa-apa yang buruk berlaku kepada bayi anda, oleh itu, penting bagi wanita untuk mengetahui apakah cara-cara untuk menjaga kehamilan sewaktu trimester pertama agar tidak terjadi keguguran. Antara tips menjaga kandungan trimester pertama adalah seperti berikut:

1. HINDARI STRESS

8 tips menjaga kandungan trimester pertama
Pada awal kehamilan, tentu saja, banyak perubahan yang berlaku dalam tubuh wanita, baik secara fizikal atau hormon. Kebanyakan wanita hamil mengalami penurunan berat badan secara drastik. Ini adalah normal, kerana badan Ibu masih dalam proses penyesuaian, ditambah penurunan selera makan yang dicetuskan oleh rasa mual dan muntah atau lebih dikenali sebagai ‘morning sickness’.

Berat badan akan kembali normal atau meningkat seiring dengan usia kehamilan, Oleh hal yang demikian, , ramai wanita hamil mengalami stress akibat perubahan fizikal di dalam badan. Penting bagi ibu hamil untuk mengatasi gangguan stress ini kerana stress yang berlebihan sewaktu mengandung akan mengakibatkan ibu terdedah kepada risiko keguguran.

Untuk mengelakkan perkara buruk berlaku pada kandungan, ibu haruslah belajar cara untuk menangani stress. Nikmatilah saat kehamilan dengan tenang dan gembira. Cuba untuk berkongsi masalah atau beban yang dihadapi dengan suami atau dengan orang-orang yang rapat dan dipercayai, nescaya stress yang dialami akan sedikit berkurangan.

2. REHAT YANG CUKUP

8 tips menjaga kandungan trimester pertama
Keletihan yang ibu rasakan di trimester pertama dan ketiga sebenarnya adalah cara badan memberitahu ibu supaya “jangan terlalu aktif”. Mungkin tidur di tengah hari terasa seperti perbuatan manja yang ibu tidak mampu lakukan, namun ia memberi manfaat kepada ibu dan bayi.

Jika tidak boleh tidur, sekurang-kurangnya bersandar atau baring selama 30 minit atau lebih. Apabila ibu hamil hendak berehat santai, pastikan duduk atau tidur yang mana sebaiknya posisi kaki lebih tinggi berbanding tubuh agar peredaran darah dalam tubuh tidak hanya berkumpul di kawasan kaki. Ia dapat mengelakkan kaki menjadi bengkak dan kekejangan.

Ibu mengandung haruslah mendapat rehat yang secukupnya untuk mengelak daripada berlakunya beberapa masalah, antaranya adalah berlakunya keletihan yang melampau dan menyebabkan ibu menjadi stress apatah lagi jika ada anak-anak lain yang masih kecil yang perlu diuruskan. Ibu akan mengalami pening atau pitam.Ianya sering terjadi berpunca daripada perubahan system tubuh ibu hamil.

3. MAKAN SECARA SIHAT

8 tips menjaga kandungan trimester pertama
Sebenarnya ibu mengandung tidak perlu “makan untuk dua orang” ketika sedang hamil, atau mengambil makanan tambahan yang dipasarkan untuk ibu. Keperluan tenaga ibu tidak berubah dalam tempoh enam bulan pertama kehamilan. Dan keperluan ini hanya meningkat sedikit dalam tempoh tiga bulan yang terakhir iaitu (sebanyak sekitar 200 kalori sehari).

Walau bagaimanapun, adalah penting untuk mengamalkan diet yang sihat dan seimbang. Ramai wanita hilang selera terhadap makanan tertentu sewaktu mengandung, tetapi makanan tersebut boleh digantikan dengan makanan lain yang mengandungi nilai-nilai nutrisi yang sama.

Pastikan diet anda mengandungi banyak buah-buahan dan sayur-sayuran (sekurang-kurangnya lima hidangan sehari).
Sediakan hidangan makanan anda berasaskan karbohidrat seperti roti, pasta dan nasi (sebaik-baiknya jenis bijirin sempurna supaya anda mendapat serat pada kadar yang banyak).

Sertakan juga kandungan protein seperti ikan, daging, telur, kacang dan makanan berasaskan tenusu setiap hari. Harus diingatkan, jangan abaikan sarapan pagi di samping mengawal saiz hidangan dan pemakanan snek di antara waktu makan.

4. ATASI ‘MORNING SICKNESS’

8 tips menjaga kandungan trimester pertama
Hampir setiap wanita mengandung akan mengalami rasa mual dan muntah atau lebih dikenali sebagai ‘morning sickness’. Ada yang mengalami mual dan muntah yang teruk dan ada juga yang biasa sahaja. Ianya bergantung kepada keadaan setiap wanita hamil.

Peningkatan paras estrogen pada awal kehamilan yang menyebabkan tahap asid perut bertambah. Akibatnya, ianya menyebabkan ibu rasa mual dan diiringi dengan muntah.

Untuk mengatasi ketidakselesaan tersebut, ibu boleh mengatasinya berdasarkan kebiasaan ibu selama ini. Contohnya jika ibu lebih suka dengan makanan ringan seperti biskut, sebaiknya sentiasa sediakan biskut di rumah atau di dalam beg ketika sedang dalam perjalanan.

Selain itu juga, buah-buahan juga dapat mengurangkan rasa mual dan muntah. Yang penting ialah, jangan biarkan perut Ibu kosong.

5. BERHATI-HATI DENGAN KEBERSIHAN MAKANAN

8 tips menjaga kandungan trimester pertama
Adalah lebih baik untuk ibu mengandung menjauhi makanan tertentu semasa hamil. Hal ini kerana ia dapat membawa risiko buruk kepada kesihatan bayi.

Jangkitan salmonella boleh berlaku disebabkan memakan daging ayam yang tidak dimasak sempurna dan telur mentah atau yang separuh masak.

Listeria, yang boleh menyebabkan keguguran atau penyakit yang teruk bagi bayi baru lahir, berpunca daripada keju lapuk matang yang lembut, seperti Brie dan Camembert, dan keju berurat biru, seperti Stilton. Elakkan pengambilan makan ini semasa anda hamil. Keju keras, seperti cheddar dan keju lembut diproses seperti keju kotej, Philadelphia dan Boursin, adalah selamat untuk dimakan.

Untuk mengelakkan Toxoplasmosis, yang sebenarnya jarang berlaku, namun boleh menjejaskan bayi dalam kandungan secara serius, ia adalah penting untuk memakai sarung tangan apabila mengendalikan pasir kumbahan kucing dan tanah tanaman, juga, elakkan daripada makan daging yang kurang masak atau mentah, dan cucilah sayur-sayuran dengan sebaiknya dari sebarang tanah atau kotoran sebelum memasaknya.

6. PENGAMBILAN ASID FOLIK

8 tips menjaga kandungan trimester pertama
Asid folik adalah salah satu vitamin dalam kumpulan B. Ia wujud secara semulajadi sebagai folat dalam kekacang, sayuran hijau, beberapa buah, dan juga yis and ekstrak daging lembu. Sesetengah makanan seperti roti dan bijirin sarapan diperkuat dengan asid folik.

Asid folik menolong melindungi bayi dalam kandungan anda daripada kecacatan dalam sistem sarafnya (kecacatan tiub neural) seperti spina bifida. Spina bifida berlaku apabila pelindung yang melitupi saraf tunjang bayi tidak tertutup dengan sempurna. Ini boleh menyebabkan kerosakan saraf kekal.

Dalam masa 12 minggu pertama kehamilan, otak dan sistem saraf bayi terbentuk dan berkembang dengan pesat. Oleh sebab itu, adalah sangat penting untuk mengambil folik asid setiap hari pada masa itu.

Dalam trimester kedua, iaitu dari minggu ke-13 kehamilan, anda sudah boleh berhanti mengambil asid folik. Namun jika anda terus mengambil asid folik sepanjang kehamilan, ia tidak akan menjejaskan kesihatan anda ataupun bayi anda.

Anda dinasihatkan mengambil 400 mikrogram (mcg) asid folik setiap hari sebaik sahaja anda merancang untuk hamil. Kemudian, teruskan mengambilnya untuk 12 minggu yang pertama kehamilan. Baik juga jika anda makan makanan yang kaya dengan folat.

7. Rujuk doktor

8 tips menjaga kandungan trimester pertama
Jika ada perkara yang mengganggu semasa kandungan trimester pertama, segerakan beritahu kepada doktor anda untuk mendapatkan penyelesaian. Bersikap terbuka dengan doktor anda tentang perubahan yang berlaku semasa kehamilan dan perkara-perkara yang anda prihatin dengan keadaan ini.

Pemeriksaan yang kerap boleh membantu anda mengekalkan kesihatan bayi kerana anda boleh mendapatkan nasihat daripada doktor anda tentang apa yang harus dan tidak harus dilakukan.

8. CARI MAKLUMAT TENTANG KEHAMILAN

8 tips menjaga kandungan trimester pertama
Terdapat pelbagai cara yang boleh dilakukan untuk meningkatkan pengetahuan tentang kehamilan. Malah melalui internet sahaja ibu dapat mengakses beribu-ribu artikel tentang kehamilan. Namun harus diingatkan agar jangan sewenang-wenangnya mempercayai maklumat tentang kehamilan yang diperoleh di internet.

Sekiranya perlu, cubalah dapatkan pegesahan maklumat kehamilan daripada pakar-pakar bertauliah seperti doktor pakar sakit puan dalam kes ini supaya tiada kesilapan dan kekeliruan berlaku.

Demikianlah 8 tips menjaga kandungan trimester pertama yang sempat mamapride kongsikan. Semoga bakal ibu dapat menikmati detik-detik kehamilan yang sihat dan menyeronokkan.