7 TIP ‘SIMPLE’ KAWAL BERAT BADAN SEMASA MENGANDUNG

Berat badan akan bertambah selari dengan keperluan tubuh yang menampung bayi.Pertambahan ibu hamil adalah berbeza-beza bagi setiap ibu hamil. Untuk memastikan berat badan sentiasa terkawal ketika hamil bukanlah perkara yang mudah. Akibat daripada perumahan hormon, diet ibu hamil boleh terjejas kerana mereka akan berasa cepat letih dan sering terasa lapar.

 

Jangan terlalu mengikut nafsu makan. Jika benar-benar terasa mengidam untuk makan sesuatu makanan, cukuplah hanya sekadar merasa untuk menghilangkan rasa mengidam tersebut, jangan pula makan dua pinggan sekaligus. Ini akan menyebabkan berat badan ibu hamil naik. Tahukah anda bahawa berat badan yang berlebihan ketika mengandung boleh meningkatkan risiko  dan menyebabkan komplikasi kepada anda dan juga bayi. Anda hrus berjaga –jaga kerana ianya melibatkan nyawa anda dan bayi.

 

Berikut Mamapride senaraikan beberapa risiko kenaikan berat badan yang berlebihan bagi ibu hamil

 

  1. Boleh menyebabkan pedih ulu hati dan sakit belakang.
  2. Susah untuk kembali ke berat asal selepas mengandung
  3. Berisiko tinggi untuk bersalin secara ceaseran
  4. Emosi tidak stabil dan mudah letih dan lesu
  5. Sawan
  1. gangguan tidur- tidur tidak lena diikuti dengan masalah pernafasan kurang baik semasa tidur
  2. Kehilangan kandungan- masalah berat badan berlebihan meningkatkan risiko keguguran serta kematian anak dalam kandungan.
  3. preeclamspia- komplikasi disebabkan masalah tekanan darah tinggi, edema serta lebihan proteindalam urin. walaupun punca sebenar masalah ini terjadi tidak diketahui, kenaikan berat badan yang tidak terkawal dan berlebihan meningkatkan risiko preeclamsia
  4. gestational diabetes- diabetes yg terjadi disebabkan hormon insulin tidak berfungsi dengan baik untuk menurunkan aras gula dalam darah. Membahayakan ibu dan menyebabkan bayi yang dilahirkan lebih besar.
  5. thrombosis- pengumpulan clot terjadi dalam salur darah.

 

 

Berikut beberapa tip mudah untuk mengawal berat bdan ibu sepanjang tempoh kehamilan.

 

kawal berat ketika hamil

1. MAKAN DALAM KUANTITI YANG KECIL

Ibu mengandung disarankan agar makan lebih 300 ke 400 kalori sahaj berbanding biasa untuk tumbesaran bayi yang sihat. Namun harus diingat, gunakan kalori yang lebih ini untuk makan makanan yang berkhasiat, bukan makanan yang tidak berkhasiat seperti mengunyah kerepek kentang, aiskrim dan sebagainya. Doktor mengesyorkan untuk mengamalkan pemakanan dengan sukatan sedikit tetapi kerap. Lebihkan pengambilan protein, sayur-sayuran dan buah-buahan . Apabila terasa lapar, cuba makan snek sihat sepertisegenggam kekacang atau semngkuk kecil buah-buahan. Dengan cara ini, anda bukan sahaja dapat membekalkan nutrisi baik buat anak, malah paras gula dalam badan juga dapat dikawal dan seterusnya anda akan terhindar daripada makan berlebihan.

 

 

kawal berat ketika mengandung

2. PASTIKAN MINUM AIR SECUKUPNYA

Pengambilan air yang mencukupi sangatlah penting untuk fungsi badan yang optimum tidak kiralah anda sedang hamil atau tidak. Tahukah anda, dengan pengambilan air yang mencukupi, berat badan dapat dikawal semasa hamil kerana dapat mengurangkan keinginan untuk makan antara waktu makan. Selain itu juga, pengambilan air yang cukup dapat mgembalikan tenaga yang hilang akibat kelesuan. Untuk tidak mendatangkan rasa ‘boring’ dengan hanya minum air kosong, anda boleh cuba tambahkan hirisan lemon, timun atau daun pudina ke dalam air untuk rasa yang menyegarkan.

 

 

kawal berat ketika mengandung

3. HADKAN/KURANGKAN MAKANAN DAN MINUMAN MANIS

Makanan dan minuman yang manis dan berkalori tinggi sebenarnya merupakan factor utama wujudnya lebihan kalori yang boleh menyebabkan kegemukan. Gula dalam minuman yang tidak digunakan akan ditukarkan menjadi lemak yang disimpan dibawah kulit. Semasa dalam tempoh kehamilan, badan perlukan banyak tenaga untuk ibu dan bayi. Apabila makanan bergula dihadkan, badan akan menggunakan sumber tenaga yang tersimpan sekaligus membantu mengurangkan berat badan ibu.

 

 

kawal berat ketika mengandung

4. REHAT YANG MENCUKUPI

Rehat yang tidak mencukupi juga akan menyebabkan pertambahan berat badan, hal ini kerana tahap metabolism yang menurun dan anda lebih cenderung untuk makan secara berlebihan. Agak sukar bagi ibu hamil mendapatkan rehat yang cukup akibat daripada sering terjaga daripada tidur kerana muntah dan buang air kecil di tengah malam. Sekiranya anda tidak dapat tidur nyenyak pada waktu malam, cuba cari masa untuk lelapkan mata pada waktu tengahari.

 

 

kawal berat ketika mengandung

5. BANYAKKAN BERGERAK

Hamil bukanlah alas an untuk bermalas-malasan di rumah. Teruskanlah melakukan kerja rumah yang biasa anda buat namun janganlah pula melakukan kerja-kerja berat seperti mengangkat beban berat. Sekiranya anda sering mengamalkan senaman, ianya sangat baik diteruskan namun dengan sedikit perubahan yang sesuai dengan fizikal ibu mengandung. Dapatkan saranan doctor untuk senaman kehamilan terbaik.

 

 

kawal berat ketika mengandung

6. JANGAN TERLALU MENYIKSA DIRI

Jika mahu mengawal berat badan, tidak perlulah sehingga menyiksa diri sendiri sehingga tidak membenarkan diri menikmati makanan yang diidamkan. Ditakuti terlebih makan nanti pada akhirnya. Tidak salah untuk memuaskan keinginan sekali sekala asalkan berpada-pada.

Amat disarankan sekiranya makanan tersebut digabungkan dengan makanan sihat laian, contohnya jika anda idamkan semangkuk aiskrim, nikmatilah bersama potongan buah segar serta kekacang.

 

 

kawal berat badan ketika mengandung

7. TULIS APA YANG ANDA MAKAN

Mungkin agak ‘leceh’ untuk menulis setiap apa yang kita makan, namun tahukah anda, dengan cara ini, kita dapat melihat corak pemakanan harian dan jumlah yang diambil.

 

Dapatlah anda mengawal sukatan makanan yang diambil, kurangkan makanan tidak berkhasiat dan lebihkan makanan sihat dalam diet harian. Barulah kita tahu bagaimana selama ini dari mana datangnya kalori berlebihan.

 

Demikianlah beberapa tips simple mengawal berat badan ketika mengandung yang boleh ibu amalkan.Semua ibu hamil pasti mahukan yang terbaik untuk diri dan anak di dalam kandungan. Ambil langkah proaktif dengan mengamalkan gaya hidup sihat bermula daripada sebelum kehamilan. Dengan diet harian yang seimbang serta aktiviti fizikal yang mencukupi, tiada masalah untuk ibu mengandung mencapai berat badan yang terkawal sepanjang usia kehamilan.Semoga artikel ini memberi manfaat buat ibu hamil.