6 Tips dapatkan Gentle Birth

APA ITU GENTLE BIRTH??

Gentle birth adalah “teknik bersalin dengan mudah, tenang & selamat serta mengurangkan rasa sakit sebelum, semasa & selepas bersalin”

Amazing kan?? Memang amazing sangat kalau kita tahu cara & teknik utk memanipulasi minda separa sedar terhadap sakit yang dirasai kepada perkara yang indah2 sekaligus mengurangkan/menghilangkan rasa sakit tadi ?

Jom baca antara tips tips untuk dapatkan gentle birth.

6 TIPS DAPATKAN GENTLE BIRTH

1. TEKNIK PERNAFASAN YANG BETUL

Contraction adalah saat yang sakit buat ibu-ibu  yang hampir melahirkan. Ada yang mengatakan sakitnya seperti rasa patah pinggang,

sakit berkali ganda daripada senggugut, sakit macam nak putus urat dan sebagainya.Semua itu hanya gambaran & istilah sahaja. Percaya tak, sakit yang digambarkan tu sebenarnya boleh hilang/kurang dengan teknik pernafasan yang betul.

Mcm mana??

Saat berlaku contraction, siap sedia tarik nafas sedalam yang boleh kemudian lepaskan perlahan melalui mulut tanpa mengeluarkan suara. Ulang 3 hingga 5 kali, insyaAllah sakit tadi akan berkurang. Teknik pernafasan ini bukan je buat sakit tersebut berkurang tapi ia juga buat kita lebih tenang.

2. AKTIFKAN MINDA SEPARA SEDAR

Minda separa sedar tidak berfungsi secara logik tapi ia lebih kepada imaginasi, rasa hati & emosi.

Contoh:
Minda sedar: aku nak bersalin normal
Minda separa sedar: boleh ke normal? Anak 1st nie, mcm susah je…(ini yg perlu kita tukar)

Minda separa sedar ini 90% dalam diri. Dengan menguasainya, kita mampu mencapai apa saja yang dihajati. Inilah kekuatan luar biasa yang tidak terjangkau oleh akal fikiran manusia.

Mcm mana nak aktifkan minda separa sedar?

Kita boleh aktifkan saat dalam keadaan tenang dengan suasana yang tenang. Paling senang adalah saat kita nak tidur. Bercakap dengan diri sendiri apa yang kita nak esok & berdoa minta pada Allah. Ulang & terus ulang.

3. POSITIF

Amalan positif nie memang sentiasa perlu dipraktikkan hal ini kerana apabila kita positif, kita akan tarik benda-benda positif di sekeliling kita. Oleh kerana itu, ibu yang sedang hamil tidak digalakkan bersedih.

Apabila tiba saat ingin bersalin, penting untuk kita set dalam minda kata-kata positif seperti “saya kuat”, “bayi mesti keluar dengan selamat”, “Allah bantu”.

Beri semangat pada diri sendiri! InsyaAllah ia sangat membantu memudahkan proses kelahiran.

4.TUKAR SAKIT KEPADA NIKMAT

Saat contraction datang, cuba bayangkan perkara-perkara yang indah. Contohnya apabila saat contraction makin tinggi, kita terus tukar rasa sakit tadi dengan bayangkan baby dah selamat keluar, baby comel, sihat dan selamat.Cuba reka cerita yang best tentang kelahiran anda.InsyaAllah rasa sakit tu akan hilang.

5.ZIKIR & DOA YUNUS

Antara perkara yang dapat buat kita lebih tenang iaitu berzikir. Saat sakit datang, berzikir. Ingat akan kebesaran Allah. Dengan berzikir, ianya dapat mengurangkan rasa sakit.kemudian, amalkan doa Nabi Yunus a.s

“Lailahaila anta subhanaka inni kuntu minaz zolimin”

InsyaAllah sakit akan berkurangan.

6.MAKAN KURMA & AIR ZAM-ZAM

Kurma & air zam2 sangat berkhasiat dan mampu memberi tenaga segera pada badan. Tambahan lagi semasa memasuki labour room, Jangan tinggalkan 2 tips ini, InsyaAllah ia juga dapat membantu memudahkan proses kelahiran serta memberi tenaga yang luar biasa!

**Semoga perkongsian yang kecil ini memberi manfaat pada ibu-ibu di luar sana. InsyaAllah. Akhir sekali, buat ibu2 yang bakal melahirkan anak pertama, jangan takut. Melahirkan baby adalah perjalanan yang sangat menakjubkan! Rasai kehebatan & kekuasaan yang Allah beri buat anda insan-insan terpilih.
credit: panduanibumengandung

 

 

Click here to add a comment

Leave a comment: