IBU MENGANDUNG PERLU TAHU : 6 JENIS BUAH-BUAHAN TERBAIK DIAMBIL SEMASA MENGANDUNG

Ibu hamil disarankan agar mengamalkan memakan makanan sihat yang mengandungi nutrient lengkap terutama buah-buahan, hal ini kerana, buah-buahan mengandungi banyak kandungan vitamin dan mineral yang diperlukan oleh badan ibu mengandung dan bayi dalam kandungan.

Terdapat beberapa jenis buah-buahan yang bagus dimakan semasa mengandung. Buah-buahan ini biasanya mengandungi folat, antioksidan dan pelbagai jenis vitamin yang diperlukan dalam proses pertumbuhan dan perkembangan janin. Jom kita semak 6 jenis buah-buahan yang terbaik untuk diambil oleh ibu mengandung semasa mengandung.

1. EPAL

BUAH TERBAIK UNTUK IBU MENGANDUNG
Buah epal mempunyai kandungan nutrient yang sangat tinggi. Terdapat beberapa jenis vitamin di dalam sebiji epal, contohnya Vitamin A, B1, B2, B3, B5, B6, B9 dan juga Vitamin C. Antara manfaat buah epal bagi ibu mengandung adalah ianya membantu melancarkan proses pencernaan,sekaligus dapat mngelakkan masalah sembelit, hal ini kerana buah epal sangat kaya dengan serat. Selain itu juga, dengan memakan buah epal juga, dapat mengurangkan rasa mual dan mengurangkan bengkak pada tangan dan kaki pada wanita hamil. Antara kebaikan lain adalah, kandungan nutrien buah epal sangat bagus dalam pertumbuhan janin, mengekalkan sistem imun dan juga baik untuk kesihatan mata.

2. ANGGUR

BUAH TERBAIK UNTUK IBU MENGANDUNG
Buah anggur sangat kaya dengan vitamin A yang bermanfaat untuk menstabilkan kadar metabolik. Anggur juga mengandungi folat, kalium, fosforus, magnesium dan natrium yang baik semasa mengandung. Kandungan asid folik membantu pembentukan tulang dan gigi janin dan juga menguatkan tulang ibu. Walau bagaimanapun, pengambilan anggur untuk wanita mengandung harus dihadkan agar tidak lebih daripada 50 gram sehari kerana anggur mempunyai kandungan alkohol yang agak berbahaya jika dimakan terlalu banyak.

3. AVOCADO

BUAH TERBAIK UNTUK IBU MENGANDUNG
Fresh and healthy avocado fruit

Buah avocado sangat bagus untuk ibu mengandung kerana mengandungi asid folik yang cukup tinggi dan juga terdapat kalium dan vitamin B kompleks. Asid folik berfungsi untuk meningkatkan perkembangan otak dan tulang janin dalam kandungan. Selain itu juga, buah avocado kaya dengan vitamin B1, B2 dan B6. Vitamin B1 dan B2, dapat mengatasi loya semsa hamil terutamanya semasa trimester pertama. Vitamin B6 pula, dapat mengurangkan morning sickness yang sering dialami oleh ibu mengandung.

4. PISANG

BUAH TERBAIK UNTUK IBU MENGANDUNG
Pisang mengandungi asid folik, kalium dan serat yang tinggi. Manfaat pisang adalah untuk merangsang pengeluaran zat besi dalam pembentukan sel darah merah supaya wanita hamil tidak terjejas oleh anemia. Asid folik juga membantu dalam perkembangan saraf janin. Di samping itu juga, pisang juga baik untuk memudahkan pencernaan kerana seratnya yang tinggi. Kalium dalam pisang juga sangat penting untuk melindungi ibu mengandung dari kemungkinan serangan strok atau komplikasi kehamilan.

5. KURMA

BUAH TERBAIK UNTUK IBU MENGANDUNG
Kurma merupakan salah satu buah yang baik untuk wanita hamil menurut Islam kerana kandungan gulanya mencapai lebih dari 70%. Gula yang terkandung dalam buah kurma tidak menyebabkan masalah berat badan dan kencing manis. Ia sebenarnya berguna untuk meningkatkan tenaga wanita mengandung semasa kehamilan awal.Terdapat banyak kebaikan buah kurma untuk ibu hamil. Antaranya adalah, kurma dapat menambahkan tenaga buat ibu hamil. Kurma juga sangat baik untuk merangsang saraf. Dengan memakan kurma,dapat meningkatkan kecerdasan otak dan mempertajam daya ingatan. Selain itu juga, kurma dapat membantu menguatkan tulang bayi,membantu pembentukan gigi, mengatasi anemia bagi ibu mengandung dan mlancarkan sistem pencernaan.

6. BLUEBERRRY, STRAWBERRY, DAN RASPBERRY

BUAH TERBAIK UNTUK IBU MENGANDUNG
Buah-buahan berry ini mengandung kalium, folat, dan vitamin C yang tinggi. Kalium selain untuk menjaga tekanan darah, juga diperlukan untuk menjaga keseimbangan cairan tubuh, transmisi saraf, dan kontraksi otot. Folat dan vitamin C dapat membantu untuk mencegah anemia pada ibu hamil. Buah-buahan ini juga mengandung serat yang dapat membantu sistem pencernaan ibu hamil. Pengambilan buah-buahan berry ini dapat merangsang nafsu makan dan juga dapat membakar lemak makanan yang terkandung dalam tubuh, tidak hanya itu, buah-buahan ini juga dapat mencegah kelahiran bayi pramatang dan juga mencegah terjadinya cacat pada janin dalam kandungan.

Demikian artikel tentang 6 jenis buah-buahan terbaik yang perlu diambil oleh ibu semasa mengandung. Semoga dapat memberikan manfaat bagi ibu diluar sana yang sedang mengandung.Kami mengalukan sebarang komen, pertanyaan dan cadangan. Terimakasih