3 Tips Ibu Mengandung

Mengandung merupakan satu proses yang unik bagi ibu-ibu. Setiap anak yang dikandungkan mempunyai perangai dan telatah yang tersendiri. Hubungan kasih sayang antara ibu dan anak ini terpaut dan ternyata memberi kenangan manis buat para ibu.

MamaPride ingin berkongsi 3 tips yang boleh diamalkan oleh ibu-ibu semasa mengandung. Tips ini dikongsikan supaya kita semua mendapat manfaat dan faedah bersama.

Menjaga Pemakanan
Seringkali wanita mengandung dikaitkan dengan ‘mengidam’. Dan mengidam bagi wanita A tidak sama dengan wanita B. Apa jua makanan yang diidamkan, pastikan makanan itu tidak merbahaya kepada ibu ataupun anak dalam kandunga. Rujuk mereka yang arif dalam bidang ini. Elakkan memakan makanan yang tidak masak seperti daging, telur atau ikan yang separuh masak kerana makanan sebegini mendedahkan anda kepada jangkitan kuman.

Elakkan minum susu yang tidak dipasturkan atau sebarang produk tenusu yang tidak dipasturkan. Makanan sebegini juga mendedahkan kandungan anda kepada jangkitan kuman. Pengambilan gula juga perlu dikawal kerana pengambilan gula berlebihan boleh mendedahkan anda kepada penyakit diabetes semasa mengandung dan kesannya kepada bayi anda.

Mengambil Vitamin Asid Folik
Vitamin Asid Folik berfungsi mencegah masalah yang boleh berlaku ke atas tumbesaran otak dan juga tulang belakang anak. Kebiasaanya, doktor akan menasihatkan ibu-ibu mengandung supaya memulakan proses pengambil vitamin ini sebelum anda mengandung lagi.

Jika anda mempunyai vitamin tambahan, kami cadangkan rujuk kepada mereka yang pakar untuk menyemak sama ada vitamin itu selamat dimakan semasa mengandung ataupun tidak.

Mengamalkan Hidup Aktif
Mengandung tidak bermakna anda perlu duduk dan baring sahaja. Tidak ada masalah untuk anda melakukan senaman-senaman. Malah sesetengah jenis senaman boleh membantu proses melahirkan anak. Cuma anda perlu mendapatkan konsultansi apakah senaman yang sesuai mengikut tahap kandungan anda.

Antara senaman yang bagus anda berjalan dan berenang. Tetapi jangan diamalkan secara berlebihan. Praktikkan secara sederhana dan sentiasa ada mereka yang bersama.

Ini adalah 3 tips ibu mengandung daripada MamaPride. Jika anda ada lagi petua dan tips-tips menarik, apakata kongsikan di ruangan komen di bawah.

Click here to add a comment

Leave a comment: