15 PERKARA ANDA PERLU LAKUKAN APABILA DISAHKAN MENGANDUNG

Kehamilan merupakan hal yang sangat ditunggu-tunggu oleh wanita yang sudah berkahwin. Sebaik saja mendapat keputusan positif pada pregnancy test, ada yang rasa teruja, seronok, gembira, tetapi tak kurang juga yang berasa gementar dan sedikit risau. Bagi yang pertama kali mengalami kehamilan, tentunya ramai yang masih tertanya-tanya apakah perkara yang perlu dilakukan. Berikut merupakan 15 perkara yang anda perlu lakukan apabila disahkan mengandung.

15 PERKARA ANDA PERLU LAKUKAKAN APABILA DISAHKAN MENGANDUNG

1. RAHSIAKAN KANDUNGAN SEHINGGA ANDA MELEPASI TEMPOH TRIMESTER PERTAMA

Sebaiknya anda rahsiakan dahulu berita gembira ini daripada pengetahuan orang luar. Mungkin boleh sekiranya anda kongsikan berita ini kepada keluarga anda kerana agak sukar untuk merahsiakannya daripada pengetahuan orang terdekat yang anda sedang hamil, lebih-lebih lagi hamil anak pertama kan, Namun, tidak perlu sehingga anda post di facebook, instagram dan sebagainya tentang perkara ini. Apa yang merisaukan adalah takut-takut jika anda mengalami keguguran. Tempoh kritikal semasa hamil ialah dalam tempoh 12 minggu pertama nada hamil, dan peratusan keguguran turun secara mendadak (sehingga 10%) selepas trimester pertama.Jadi, tunggu lah sehingga anda hamil 13 minggu sebelum anda mnyebarkan berita yang menggembirakan ini. Bila dah lepas 13 minggu, masa tu kita akan berasa lebih yakin dan lagi seronok untuk bercerita kepada kawan-kawan.

15 PERKARA ANDA PERLU LAKUKAKAN APABILA DISAHKAN MENGANDUNG

2. DOKUMENKAN KEHAMILAN ANDA

Menulis jurnal kehamilan adalah merupakan salah satu cara anda dokumenkan kehamilan anda. Tidak perlu susah payah membeli buku nota atau diari kehamilan di kedai. Anda boleh beli online sahaj.Jadi apa yang kita boleh buat dengan jurnal kehamilan ni? Macam-macam anda boleh buat contohnya anda boleh menulis perasaan anda, apa yang anda idamkan, atau perubahan yang anda telah alami sepanjang kita hamil. Contohnya, masuk bulan ketiga, anda mengidam buah manga muda, jadi anda boleh tulis dalam jurnal kehamilan anda.Kita tulis juga dalam tempoh itu, apa hasrat (mengidam) kita yang tak ditunaikan suami. Tujuannya, anda boleh tengok balik apabila anda hamil berikutnya dan bandingkan! Anda akan dapat lihat perbezaan setiap kehamilan yang semestinya anda tak mahu lupakan.

15 PERKARA ANDA PERLU LAKUKAKAN APABILA DISAHKAN MENGANDUNG

3. MENGAMBIL BANYAK GAMBAR

Gambar-gambar ni boleh dimasukkan sekali dalam jurnal kehamilan anda. Seronok bila ambil gambar-gambar semasa pregnant. Anda boleh menangkap gambar mingguan atau gambar bulanan.Sangat menyeronokkan sebab anda dapat lihat bagaimana perkembangan kandungan anda, dan anda juga boleh menggunakan kelebihan seni masing-masing dengan cuba edit dengan menambah teks di gambar tersebut.
Kita boleh banding gambar-gambar tersebut dengan kehamilan kita yang akan datang. Ajak sekali encik suami untuk bergambar sekali. Mesti comel dan sweet sangat .

15 PERKARA ANDA PERLU LAKUKAKAN APABILA DISAHKAN MENGANDUNG

4. CARI SATU PELAN SENAMAN DAN CUBA AMALKAN

Senaman juga sangat penting ketika menandung supaya kita sentiasa kekal sihat danbertenaga sepanjang masa. Mengandung memang sangat memenatkan dan membuatkan diri anda kurang bertenaga sehinggakan makan pun tak selera,. Tapi dengan senaman kita boleh menggalakkan kesihatan tubuh badan kita.
Badan kita akan lebih fleksible dan boleh membantu memudahkan kita semasa bersalin nanti. Ia juga memudahkan kita untuk mengurangkan berat badan selepas bersalin nanti. Jadi anda harus bersenam ya!

15 PERKARA ANDA PERLU LAKUKAKAN APABILA DISAHKAN MENGANDUNG

5. CARI PAKAIAN MENGANDUNG

Anda mesti nak nampak cantik dan kekal berseri kan walaupun anda sedang mengandung.. Rasanya tak salah kalau anda cari baju atau pakaian yang nampak comel yang sesuai dengan baby bump. Namun harus diingat, pakaian tersebut haruslah mengikut syariat jika anda seorang wanita islam. Dalam kita nampak cantik, kita harus mengambil berat tentang aurat. Pakai lah pakaian yang menutup aurat supaya bukan sahaja diri kita, namun kandungan kita juga sentiasa dalam keberkatan Allah s.w.t.

15 PERKARA ANDA PERLU LAKUKAKAN APABILA DISAHKAN MENGANDUNG

6. WINDOWS SHOPPING BARANGAN BAYI

Ibu pasti teruja bila masuk part ni kan? Kat mana nak cari barangan bayi ni? Rasanya semua sudah tahu kan, anda boleh cari di kedai- kedai, pasaraya atau yang paling senang sekali anda boleh search online sahaja. Lagi senang dan menjimatkan masa anda. Anda boleh buat senarai semak dahulu barang bayi yang anda perlu beli, Pastikan anda mempunyai bajet yang mencukupi, hal ini kerana barang-barang bayi iini boleh tahan juga harganya. Jangan membazir kerana banyak lagi perkara lain yang perlu anda beli apabila si comel lahir nanti. Lagi Elok jika anda buat research dikedai-kedai yang menawarkan harga promosi untuk barangan bayi, barulah lebih jimat nanti.

15 PERKARA ANDA PERLU LAKUKAKAN APABILA DISAHKAN MENGANDUNG

7. SENARAIKAN APA YANG PERLU DILAKUKAN SEBELUM DAN SELEPAS BERSALIN

Senarai ini adalah perlu untuk memudahkan kita apabila hendak bersalin nanti. Sebagai persediaan untuk kita menghadapi hari bersalin nanti supaya tidak kalut dan terlepas pandang perkara penting. Hal ini kerana, pada saat itu nanti,banyak benda yang kita nak fikir yang boleh menyebabkan kita lupa. Contoh perkara yang boleh dimasukkan di dalam list seperti menyediakan terus pakaian dan barang-barang yang diperlukan untuk dibawa ke hospital semasa nak bersalin nanti.

15 PERKARA ANDA PERLU LAKUKAKAN APABILA DISAHKAN MENGANDUNG

8. TULIS APA YANG BERLAKU SEPANJANG KEHAMILAN ANDA

Tulis apa sahaja yang anda rasa perlu ditulis dan apa yang penting seperti perasaan anda nak jadi ibu bapa, cerita-cerita tentang pengalaman pertama (apabila kali pertama mendengar denyutan bayi kita).
Ini adalah perkara yang kita tidak mahu lupakan dan semestinya kita nak ingat tarikh dan perasaan anda ketika itu. Kehamilan adalah pelik dan macam-macam boleh bermain di fikiran kita.
Boleh ke kalau buat itu, boleh ke makan itu ini. Ataupun perkara-perkara yang berlaku pada tubuh anda. Dan kerana anda mungkin tidak mahu untuk memanggil doktor setiap hari, tulis soalan-soalan yang ingin ditanya dan bawa ke temujanji dengan doktor.

15 PERKARA ANDA PERLU LAKUKAKAN APABILA DISAHKAN MENGANDUNG

9. PENGAMBILAN VITAMIN/SUPPLEMEN HAMIL

Vitamin atau supplemen boleh diambil sebelum mengandung atau apabila kita merancang untuk mengandung. Sesetengah vitamin/supplemen boleh membantu kita untuk lebih senang mengandung.Vitamin/supplemen sangat bagus diambil oleh ibu mengandung kerana ia mengandungi banyak nutrisi yang bayi anda perlukan. Asid folik, zat besi dan kalsium adalah nutrisi yang sangat penting untuk bayi dan juga anda.
Kebanyakan supplemen banyak mengandungi nutrisi-nutrisi tersebut. Bagi yang tak boleh menelan pil, ambil lah supplemen yang berbentuk cecair atau jus.
Jadi, seharusnya tiada apa halangan lagi dari anda semua untuk mula mengambil supplemen/vitamin tambahan untuk persediaan anda dan juga untuk memberi nutrisi yang cukup buat bayi anda.

15 PERKARA ANDA PERLU LAKUKAKAN APABILA DISAHKAN MENGANDUNG

10. PERIKSA UBAT-UBAT ANDA

Sekiranya anda ada mengambil ubat dari hospital, sebaiknya anda periksa sama ada boleh mengambil nya semasa anda mengandung atau tidak. Sesetengah ubat untuk allergic tidak sesuai dimakan semasa mengandung.
Ubat seperti ibuprofen juga tidak sesuai untuk dimakan semasa mengandung. Ada banyak lagi ubat yang mungkin anda tidak boleh ambil jadi periksa dahulu dengan doctor sebelum mengambil apa-apa ubat.

15 PERKARA ANDA PERLU LAKUKAKAN APABILA DISAHKAN MENGANDUNG

11. KETAHUI TANDA-TANDA BAHAYA

Anda perlu lebih berhati-hati dalam segala jenis aktiviti yang dilakukan kerana anda kini berbadan dua. Ketahui tanda-tanda merbahaya seperti pendarahan vagina. Sebarang bentuk pendarahan ini adalah berisiko dan biasanya akan terus diminta untuk terus merujuk ke bahagian kecemasan.

15 PERKARA ANDA PERLU LAKUKAKAN APABILA DISAHKAN MENGANDUNG

12. MAKLUMKAN SEBARANG MASALAH KEPADA DOKTOR

Tidak kira di mana anda memilih untuk mendapatkan pemeriksaan antenatal, pastikan anda mematuhi setiap temujanji yang ditetapkan oleh doktor. Sekiranya anda tergolong dalam kumpulan yang berisiko tinggi, kehamilan anda mungkin akan dirujuk kepada doktor pakar. Dengan itu, lebih banyak ujian atau prosedur mungkin dijalankan demi memastikan proses kehamilan dan bersalin dapat berjalan lancar.
Oleh itu, jangan lupa maklumkan kepada doktor jika anda mengalami sebarang masalah kesihatan sepanjang tempoh kehamilan.

15 PERKARA ANDA PERLU LAKUKAKAN APABILA DISAHKAN MENGANDUNG

13. Banyakkan Membaca Bahan-bahan Ilmiah

Selain daripada banyak berehat, bakal ibu semua digalakkan untuk banyakkan membaca. Boleh dijadikan hobi semasa hamil. Cuba tambahkan ilmu-ilmu yang boleh membantu sepanjang kehamilan.
Percayalah semua itu akan membantu anda suatu hari nanti. Membaca juga boleh membantu kita untuk lebih mengenali kita sendiri semasa kita mengandung. Tidak semua orang mempunyai pengalaman mengandung yang sama.
Cuba cari cara hidup yang sesuai untuk waktu hamil kita. Jadi, ingat membaca adalah pelita hidup!

14. Muat Turun Aplikasi Kehamilan

Terdapat pelbagai apps yang sesuai untuk ibu mengandung untuk membantu anda memantau perkembangan bayi di dalam perut anda. Apps ini juga banyak memberi tips-tips untuk ibu mengandung.

15 PERKARA ANDA PERLU LAKUKAKAN APABILA DISAHKAN MENGANDUNG

15. SEDIAKAN SELUAR BERSALIN MESRA AURAT MAMAPRIDE

Seluar bersalin mesra aurat adalah penting sewaktu bersalin nanti. Dapatkan satu sebagai persediaan untuk bersalin nanti. Seluar yang dapat meminimakan aurat sekaligus dapat memberi keyakinan dan keselesaan semasa bersalin.

Demikianlah beberapa tips ringkas yang mamapride dapat kongsi kepada bakal-bakal ibu semua. Jangan risau , niikmatilah waktu kehamilan anda dengan tenang, kerana waktu kehamilan merupakan saat yang paling indah dan memori yang tidak akan anda lupakan sepanjang hidup anda.

Comments2