12 PERKARA IBU PERLU ELAK SEWAKTU HAMIL
Berikut merupakan beberapa perkara penting yang ibu perlu elakkan sewaktu hamil. Semoga bermanfaat.
1. PENJAGAAN KUKU DAN TANGAN
Anda sentiasa mendapatkan rawatan kuku di salun sebelumini. Jika boleh, elak melakukannya ketika hamil, terutama pada tiga bulan pertama usia kandungan anda. Ini kerana produk kecantikan yang digunakan mengandungi bahan kimia. Lebih baik anda menganbil langkah berjaga-jaga menghindarinya.
2. JALANI RAWATAN MUKA
Jika sekadar mencuci muka biasa menggunakan produk bebas daripada bahan kimia, tidak mengapa, Namun, pastikan produk digunakan bersih dan tidak mengandungi bahan berbahaya.
3. MEWARNA RAMBUT
Seboleh-bolehnya elakkan, terutama pada trimester pertama kehamilan, kerana dikhuatiri bahan kimia dalam pewarna rambut akan meresap ke dalam kulit dan menimbulkan risiko jangkitan terhadap kandungan.
4. KASUT TUMIT TINGGI
Tidak perlu bergaya dengan kasut tumit tinggi ketika hamil kerana semakin bertambah usia kehamilan, semakin bertambah berat badan yang mempengaruhi gravity tubuh dan mudah membuat ibu hamil hilang keseimbangan serta terjatuh.
5. UBAT NYAMUK
Elak apa sahaja jenis ubat nyamuk tidak kira jenis semburan, yang dibakar atau sapuan sekalipun. Ubat nyamuk mengandungi bahan kimia berbahaya dan boleh menjejaskan kandungan anda.
6. DERMA DARAH
Ibu hamil tidak diggalakkan menderma darah disebabkan mudah mengalami anemia (kekurangan darah) sedangkan anda perlukan banyak darah untuk kehamilan.
7. BAWA BARANG BERAT
Elakkan membawa barang berat patah lagi setelah kehamilan memasuki trimester terakhir
8. DURIAN
Elak memakan durian, terutama pada trimester pertama kehamilan, kerana ia boleh merangsang kontraksi yang akhirnya menyebabkan keguguran.”
9. KAPAL TERBANG
Elak menaiki kapal terbang pada trimester terakhir kehamilan, apatah lagi jika anda tergolong dalam kehamilan berisiko atau mengahadapi masalah kesihatan. Tekanan di udara boleh menambah risiko terhadap kehamilan.
10. GINCU BIBIR
Jika anda suka memakai gincu bibir ketika hamil, elakkan tabiat suka menjilat bibir. Bahan pengawet dan pewarna di dalam gincu jika tertelan boleh membahayakan janin.
11. KRIM PEMUTIH
Lupakan krim pemutih ketika ini. Kandungan boleh menjejaskan kesihatan anda dan janin.
12. UBAT JERAWAT
Wajah anda dipenuhi jerawat setelah mula hamil? Jangan risau kerana ia merupakan perkara biasa kerana factor perubahan hormone untuk proses kehamilan. Lupakan seketika penggunaan ubat jerawat kerana ia mungkin membahayakan pertumbuhan janin anda. Cara lebih selamat, kerap mencuci muka untuuk mengurangkan penghasilan minyak yang mnyebabkan jerawat. Atasi jerawat setelah melahirkan nanti.