10 TIPS TURUNKAN BERAT BADAN SELEPAS BERSALIN AGAR BADAN KEMBALI SEPERTI ANAK DARA SEMULA: IBU WAJIB CUBA!

“ Alamak.. lepas bersalin je, berat badan naik sampai 10 kg. Baby dah nak masuk 3 bulan tapi badan masih sama lagi ni.stress betull lah..Macam mana nak turunkan berat badan ni..?”

Berat badan yang naik mendadak semasa mengandung merupakan satu igauan buat para ibu. Tambahan pula, badan jadi menggeleber dan tidak seperti zaman anak dara dulu.

Sememangnya bukan mudah untuk turunkan berat badan selepas bersalin dan kembali ke bentuk asal. Walaubagaimanapun, dengan usaha dan strategi yang betul, tidak mustahil anda pasti boleh melakukannya.

Jom kita tengok 10 tips turunkan berat badan daripada Mamapride untuk anda dalam menjayakan misi ini.

1. BANYAK MINUM AIR KOSONG

Menyusu memang menyebabkan ibu terasa cepat haus, hal ini kerana cecair dalam badan yang keluar. Oleh itu, ibu bersalin digalakkan untuk banyakkan minum air bukan sahaja untuk tujuan menyusu malah ia merupakan cara mudah dan berkesan untuk menyingkirkan toksin dalam badan dalam membantu mengempiskan prut.

Bila anda minum banyak air, perut juga tidak terasa kosong dan membuatkan anda kurang makan.Amalkan minum segelas air kosong sebelum makan suaya tidak terlebih makan.

2. MENYUSU ANAK SECARA EKSLUSIF

Ibu-ibu yang lepas pantang sangat beruntung sebenarnya, kerana anda masih dalam fasa menyusukan anak dengan susu badan. Amat digalakkan untuk ibu-ibu meneruskan penyusuan susu ibu secara ekslusif sekurang-kurangnya selama 6 bulan.

Dengan menyusukan bayi anda secara eksklusif, tahukah ibu-ibu sekalian bahawa anda telah membakar kalori sebanyak 500 – 600 kalori setiap hari? Bukan itu saja, kalori yang dibakar adalah menyamai seolah-olah ibu-ibu sedang melakukan senaman aerobik selama 2 jam setiap hari!

Menurut kajian pada Jurnal Persatuan Pakar Pemakanan Amerika, penyusuan susu ibu mampu membakar lemak di sekitar punggung dan pinggul dengan berkesan.

menyusukan anak
sumber: https://www.healthresource4u.com/the-benefits-of-breast-feeding.html

3. MEMAKAI BENGKUNG

Satu cara yang sangat berkesan untuk mengempiskan perut selepas bersalin adalah dengan mengamalkan bengkung selama beberapa jam pada waktu pagi. Di negara ini, kita sudah biasa mendengar ibu-ibu berurut dan memakai bengkung semasa pantang. Sebenarnya bengkung tradisional orang melayu sangat berkesan.

Cuma ibu-ibu yang melahirkan anak melalui pembedahan tidak digalakkan untuk mengguna bengkung tradisional sehingga sekurang-kurangnya selepas 4 – 6 minggu. Sebaliknya, anda digalakkan untuk memakai bengkung moden yang diberi kerana ia akan memberi sokongan kepada otot perut yang sudah kendur.

Pastikan ia digunakan dengan betul dan ketat. Jika anda bimbang tentang luka perut, gunakan sekeping tuala wanita yang bersih dan alaskan kawasan luka sebelum memakai bengkung moden itu.

4. JANGAN TINGGAL SARAPAN

Bagi anda yang masih belum tahu, pengambilan sarapan setiap pagi akan membantu meningkatkan kadar metabolisme dalam badan kita.

Apabila kadar metabolisme meningkat, pembakaran tenaga akan berlaku lebih cepat dan lebih banyak kalori akan dibakar. Ramai yang tinggalkan perkara penting ini. Ada yang suka tinggalkan sarapan pagi, kemudian makan banyak pada waktu makan tengahari. Ini yang akan menyebabkan berat anda susah untuk turun.

5. PEMAKANAN SIHAT

Sejak mengandung lagi, seboleh-bolehnya tabiat pemakanan sudahpun dikawal. Mungkin ada hari-hari tertentu ibu mengidam dan rasa ingin makan sepuas-puasnya, namun jangan jadikan kehamilan sebagai alas an untuk anda makan ‘dua orang’.

Peningkatan berat badan mendadadak semasa hamil adalah tidak sihat dan boleh mengundang risiko ketas kandungan.
Selepas bersalin juga, rutin pemakanan yang sihat semasa berpantang sangat membantu untuk mempercepatkan pemulihan luka bersalin, memberi tenaga dan membantu menurunkan berat badan.

Tapi selepas berppantang, jangan pula balas dendam dan makan semahu-mahunya. Sekiranya anda menyusukan bayi, jangan pula mengamalkan diet yang ekstrim. Sebaliknya, tukarkan diet harian kepada pemakanan yang lebih sihat supaya bayi mendapat nutrisi yang mencukupi.

6. SENAMAN

Ibu digalakkan untuk bersenam, tapi jangan terus lakukan senaman tiba-tiba atau apa sahaja senaman yang terlalu high impact nanti rahim anda terkeluar pula!

Mula dengan senaman ringan yang boleh membina ketahanan badan seperti berjalan, berenang ataupun menunggang basikal. Beri tumpuan kepada senaman kardio untuk mengurangkan kandungan lemak dalam badan secara menyeluruh. Untuk perut yang kempis lakukan senaman crunches dan planking.

7. BERTUNGKU

Ini lagi satu amalan berpantang yang memang sedap dilakukan tetapi ramai lagi yang malas hendak buat. Bertungku dikatakan dapat membantu memecahkan lemak, mengecutkan rahim dan organ yang bengkak akibat bersalin serta mengembalikan kesegaran badan.

Kini ada bermacam tungku moden yang memudahkan ibu menggunakannya sepanjang berpantang. Bertungku perlu dilakukan selama sejam atau sekurang-kurangnya setengah jam sepanjang berpantang.

8. SENTIASA DALAM KEADAAN HANGAT

Memakai stoking memang sinonim dengan ibu berpantang. Tujuannya untuk memastikan ibu sentiasa dalam keadaan hangat. Ini kerana ibu lepas bersalin tidak boleh dalam keadaan sejuk kerana dibimbangi akan mengalami bentan.

Dengan memakai stoking, berbaju lengan panjang dan berbaju sejuk, ia dapat membantu ibu kekal hangat dan berpeluh. Jangan sekali-kali makan dan minum makanan dan minuman yang berais ya.

long banner
Seluar bersalin Mamapride dicipta bagi mengelakkan ibu rasa kesejukan semasa melahirkan anak

9. URUTAN

Urutan yang betul dapat melancarkan pengaliran darah, memulihkan kekejangan otot, memecahkan lemak dan membuang angin. Badan menjadi lebih segar dan bertenagan serta mengurangkan kelesuan.

*Bagi ibu yang bersalin secara pembedahan, urutan di sekitar perut hanya boleh dilakukan selepas 6 bulan melahirkan kerana luka pembedahan belum sembuh sepenuhnya sehingga tempoh 6 bulan. (ini bukan kenyataan suka-suka) Dapatkan khidmat nasihat doktor dan bidan sebelum berurut, Bidan juga menyarankan tempoh 6 bulan adalah terbaik untuk memastikan luka jahitan benar-benar sembuh. Namun begitu urutan di tempat selain luka jahitan boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja*

10. AKTIF BERGERAK

Walaupun waktu berpantang adalah waktu berehat, namun anda masih boleh bergerak dan melakukan bebrapa aktiviti ringan. Cukuplah dengan banyakkan berjalan di dalam rumah atau mendukung bayi sambil mendodoikannya. Pergerakan ini dapat membantu otot-otot kembali kuat dan mengekalkan paras jisim tulang yang sihat.

Namun diingatkan, jangan terlampau lasak pula sampai keluar ber’shopping dalam tempoh berpantang. Lebih-lebih lagi yang bersalin dengan cara pembedahan.

Demikianlah 10 tips turunkan berat badan selepas bersalin. Semoga tip-tip yang mamapride kongsikan memberi manfaat kepada ibu diluar sana. Selamat mencuba!