10 TIPS PENTING DALAM MENGHADAPI PERSEDIAAN BERSALIN

Setiap wanita yang mengandung anak pertama pasti sangat teruja dan tidak sabar dalam menanti kelahiran cahaya mata sulung mereka. Bahkan pengalaman mengandung anak pertama, merupakan suatu pengalaman yang paling indah dirasai dalam hidup mereka. Namun begitu, sudah pasti banyak perkara yang anda belum ketahui dalam menghadapi saat bersalin anak pertama ini kerana anda tiada pengalaman langsung dalam melalui situasi bersalin.
Harini mamapride nak kongsikan 10 tips penting dalam menghadapi persediaan bersalin yang mungkin dapat membantu anda dalam membuat persediaan untuk bersalin bagi kali pertama nanti.

10 tips persediaan bersalin

1. Mengetahui jarak dan lokasi hospital

Perkara pertama yang harus diberi perhatian adalah memilih tempat di mana anda ingin melahirkan bayi anda. Adakah jarak atau lokasi hospital berdekatan dengan rumah ataupun dengan tempat kerja anda? Pastikan anda memilih tempat yang bersesuaian untuk langkah berjaga-jaga supaya proses persediaan ini berlaku dengan mudah dan selamat tanpa mengalami masalah keadaan lalu lintas ataupun sebaliknya.

10 tips persediaan bersalin

2. Mengambil cuti atau berehat untuk membuat persediaan awal

Pastikan anda berbincang dengan majikan untuk bekerja dari rumah pada minggu-minggu terakhir kehamilan atau mengambil cuti untuk memudahkan anda membuat persediaan dengan lebih rapi. Sila maklumkan kepada jiran-jiran rapat yang berdekatan supaya jika berlaku apa-apa kecemasan, mereka boleh membantu anda jika anda bersendirian di rumah.

10 tips persediaan bersalin

3. Persediaan Bajet/Insurans

Bagaimana pula dengan persediaan bajet anda? Adakah anda memiliki insurans atau panel kerja untuk menampung kos bersalin? Bajet juga merupakan satu faktor utama dalam pemilihan hospital bersalin, sama ada hospital swasta atau kerajaan.

Sebelum itu ketahui harga pakej bersalin yang ditetapkan oleh pihak hospital pilihan anda supaya menepati bajet yang ada. Lebih mudah lagi jika anda mempunyai panel tempat kerja atau insurans. Hal yang sedemikian perlu dititikberatkan sekiranya anda tidak bersalin secara normal tetapi melalui pembedahan.

10 tips persediaan bersalin

4. Meneliti kemudahan dan kepakaran hospital

Bincang bersama-sama untuk memilih hospital yang dapat memberikan kemudahan yang lengkap. Pastikan hospital yang dipilih ataupun yang disyorkan menyediakan kemudahan lain seperti kepakaran hospital tersebut dalam mengendalikan situasi-situasi kecemasan dengan baik. Antara situasi cemas adalah seperti kelahiran pramatang, pembedahan caesarean atau bayi lemas.
Selain itu, kemudahan seperti wad bersalin, bilik bayi, penyediaan makanan dan sebagainya harus diberikan perhatian untuk kesenangan semua terutamanya kepada ibu dan anak yang baru lahir.

10 tips persediaan bersalin

5. Menghadiri kelas antenatal

Anda juga boleh mengikuti kelas antenatal di hospital pilihan anda, jika mahu. Kelas antenatal ini bertujuan memberikan pendedahan terhadap para ibu tentang cara pemakanan ketika hamil, cara senaman ibu mengandung, penjagaan bayi baru lahir dan penjagaan ibu selepas bersalin.

10 tips persediaan bersalin

6. Melakukan senaman ringan

Jangan lupa untuk sentiasa membuat senaman ringan sebelum bersalin terdahulu supaya untuk mendapat stamina yang cukup bagi memudahkan proses melahirkan anak. Nasihat doktor amatlah diperlukan jika anda ragu-ragu untuk bersenam.

10 tips persediaan bersalin

7. Persediaan fizikal dan mental

Persediaan terakhir adalah persediaan fizikal dan mental kerana ia amat penting bagi si ibu untuk bersedia sepenuhnya dari segi fizikal dan mental kerana proses kelahiran ini adalah sesuatu yang mendebarkan.
Dengan persediaan emosi dan fizikal diri yang lengkap, para ibu pasti akan berasa lebih tenang malah gembira untuk menyambut kelahiran kanak-kanak.

10 persediaan bersalin

8. Melengkapkan diri dengan ilmu bersalin

Anda perlu mengetahui dengan lebih lanjut tentang tanda-tanda awal kelahiran supaya anda boleh bersedia dengan lebih tenang.
Secara rumusannya, tanda-tanda awal kelahiran adalah seperti berikut:

– Sakit yang teruk pada bahagian bawah belakang atau pada bahagian abdomen, seolah-olah senggugut.
– Anda boleh lihat sedikit darah seperti lelehan mukus berwarna kecoklatan atau bercampur dengan darah.
– Kontraksi berlaku pada jarak waktu yang lebih pendek dan kerap, dan menjadi lebih lama dan lebih sakit.
– Air ketuban anda pecah tetapi proses kelahiran hanya berlaku jika disertai dengan kontraksi yang membuka serviks anda.
Berbincanglah dengan doktor anda tentang apa yang perlu dilakukan sekiranya tanda-tanda awal ini berlaku.

10 persediaan bersalin

9. Persediaan kelengkapan ibu dan anak

Perkara yang terpenting adalah persediaan kelengkapan ibu dan anak. Peralatan penyusuan dan kelengkapan diri adalah penting untuk si ibu seperti breast pump, coli menyusu, stokin, pakaian dan lain-lain.
Bagi persediaan kelengkapan anak pula adalah pakaian, lampin pakai buang, peralatan mandi, kelengkapan tidur dan peralatan menyusu.Jangan lupa juga seluar bersalin mesraa aurat mamapride

10 persediaan bersalin

10.Kelengkapan berpantang

Sebagai persediaan bersalin, kenal pasti siapa tukang urut yang mahir dalam kerja-kerja mengurut wanita selepas bersalin sama ada berpantang di rumah sendiri atau di kampung anda nanti.
Jika anda ingin membeli set bersalin, dapatkan pandangan daripada mereka yang berpengalaman. Selain daripada itu terdapat banyak review online yang boleh dijadikan rujukan anda. Selalunya set bersalin adalah dalam linkungan RM200- RM300. Tetapi ada sesetengah jenama yang membenarkan anda memilih produk-produk tertentu sahaja mengikut kepentingan.

semoga bermanfaat buat ibu-ibu di luar sana.