10 ‘SIGN’ ANDA SEDANG HAMIL ANAK LELAKI MENURUT ISLAM

Anda pasti teruja sekiranya anda mengetahui jantina bayi anda kan?, sekurang-kurangnya ia dapat membantu anda menyediakan kelengkapan bayi dari segi pakaian dan keperluannya. Kadang-kadang kita tidak boleh terlalu percaya pada ultrasound 100%, mungkin sahaja ia tidak tepat.Misalnya bila scan, Nampak mcm boy..tapi bila keluar, girl pula.Alahai..kesian si ibu.

Namun tidak mengapa, lelaki atau perempuan sama sahaja asalkan anak sihat dan lengkap sifatnya. Ia merupakan anugerah terindah dari Allah yang akan membuatkan si ibu dan ayah bahgia.
Di artikel ini, mamapride ingin kongsikan beberapa tanda si ibu mengandung anak lelaki menurut islam. Semoga ianya boleh dijadikan panduan buat ibu yang bakal bersalin kelak.

Antara tanda-tanda tersebut ialah :-

1. ‘MORNING SICKNESS’

Ramai yang percaya bahawa ‘morning sickness’ atau rasa mual dan muntah merupakan tanda mengandung anak lelaki. Orang dulu percaya, jika kurang atau tidak mengalami gejala ini menandakan hamil anak perempuan.

2. UKURAN PAYUDARA

Saiz atau ukuran payudara juga boleh menjadi penunjuk yang anda sedang hamil anak lelaki. Ketika di awal kehamilan, ukuran payudara akan berubah disebabbkan perubahan hormon di dalam tubuh badan. Wanita yang hamil anak lelaki akan mengalami perubahan ukuran payudara yang semakin membesar. Tetapi payudara sebelah akan lebih besar berbanding sebelah kiri.

3. WAJAH TERLIHAT KUSAM

Si ibu akan berasa malas melakukan perawatan wajah seperti malas untuk menggunakan pencuci muka, krim, toner dan sebagainya. Hal ini menjadikan kulit wajah ibu kelihatan kusam.

4. POSISI DAN BENTUK PERUT

Tanda hamil anak lelaki yang sangat popular adalah dengan melihat posisi janin dari luaran. Mengikut telahan orang lama, jika perut si ibu lebih condong ke atas, maka ia adalah diramal sebagai anak lelaki. Biasanya perut akan kelihatan lebih melonjong ke hadapan. Sebaliknya, jika posisi perut anda lebih melebar ke bawah, ini lebih dikaitkan dengan kehamilan anak perempuan. Bentuk perut pula kelihatan bulat dan lebih rata.

5. POSISI TIDUR

Ibu yang sedang mengandung anak lelaki, gemar tidur dalam posisi mengiring ke sebelah kiri.

6. GERAKAN BAYI DALAM KANDUNGAN

Dari ciri gerakan bayi dalam kandungan, ada yang meramalkan bahawa gerakan bayi dalam kandungan yang tidak terjangka adalah lebihcenderung kepada pembawaan anak perempuan. Sebaliknya, ritma yang teratur lebih dikaitkan dengan kehamilan anak lelaki.

Selain itu, ada juga teori yang mengatakan detak jantung yang kurang dari 150/minit merupakan indikator bahawa bayi yang dikandung adalah lelaki.

7. MENGIDAM

Ibu yang hamil anak lelaki dipercayai lebih menyukai makanan yang pedas, masam dan masin.

8. HITUNGAN DETAK JANTUNG

Bagaimana untuk mengetaHUI jantina bayi juga boleh dilakukan dengan mengira kadar denyutan bayi anda apabila usia kehamilan telah memasuki trimester akhir. Bawa telinga anda dekat ke perut seorang wanita hamil, kemudian hitung denyutan jantungnya selama satu minit. jika bilangan detak jantung kurang daripada 140 kali, maka boleh dikatakan bahawa bayi yang dikandung oleh wanita hamil adalah seorang lelaki

9. PENAMPILAN IBU MENGANDUNG

Biasanya, tanda ibu yang mengandung anak lelaki dikatakan mempunyai perangai tidak suka berhias, tidak gemar bersolek, malas mandi, atau susah mendandan rambut.

10. KONDISI RAMBUT

Rambut si ibu lebih lebat dan berkilat sepanjang kehamilan

Bezanya dengan kehamilan anak perempuan, mereka dikatakan lebih senang bergaya dan memakai pakaian yang cantik-cantik sepanjang masa.

Berikut merupakan 10 tanda si ibu hamil anak lelaki menurut islam. Semoga bermanfaat.