10 PANDUAN AGAR BAYI CERDAS SEJAK DALAM KANDUNGAN

Penyelidikan menunjukkan semakin baik ibu merawat diri sewaktu mengandung, semakin baik perkembangan otak janin.
Faktanya, dari seluruh organ janin, bahagian otaknyalah yang paling berpengaruh pada kesan tindakan ibu, terutama dari pemakanan dan tindakan ibu. 70% dari total sel saraf manusia selama hidupnya dibentuk sebelum lahir. Otak janin berkembang sebanyak 250,000 sel saraf tiap minit. Tiap sel otak ini membentuk ribuan cabang-cabang kecil lagi untuk dapat menghubungkan antara sel saraf.

Jadi kesimpulannya, agar bayi cerdas sejak dalam kandungan ertinya membantu otak janin membentuk sel-sel saraf yang terhubung dengan baik. Jadi apakah caraya? Jom kita semak 10 cara agar bayi cerdas sejak dalam kandungan.

10 PANDUAN AGAR BAYI CERDAS SEJAK DALAM KANDUNGAN

1. ELAKKAN PERSEKITARAN YANG BERBAHAYA

Jika ibu bekerja, perhatikan persekitaran kerja anda. Elakkan diri anda daripada pendedahan bahan kimia, radiasi, hingga peluang terkena penyakit yang senang berjangkit.

10 PANDUAN AGAR BAYI CERDAS SEJAK DALAM KANDUNGAN

2. BERSENAM DAN MAKANAN SIHAT

Penyelidikan menunjukkan bahawa aktiviti senaman yang ringan seperti berenang dan jalan kaki, dapat memberimanfaat kepada perkembangan otak janin. Jadi agar bayi cerdas, rajinkanlag diri untuk bersenam.

10 PANDUAN AGAR BAYI CERDAS SEJAK DALAM KANDUNGAN

3. ELAK MINUMAN ALKOHOL

Minum alcohol dalam jumlah yang tinggi boleh mengaibatkan kerosakan serius pada otak janin yang disebut ‘foetal alcohol syndrom’ atau sindrom alcohol pada janin.

10 PANDUAN AGAR BAYI CERDAS SEJAK DALAM KANDUNGAN

4. JANGAN AMBIL UBAT YANG TIDAK PERLU

Kesan daripada kebanyakan ubat di pasaran pada bayi yang belum lahir, masih banyak yang belum diketahui. Namun beberapa ubat umum seperti parasetamol dan ibuprofen cukup selamat untuk diambil oleh ibu hamil.

10 PANDUAN AGAR BAYI CERDAS SEJAK DALAM KANDUNGAN

5. AMBIL ASID FOLIK

Kekurangan asid folik atau vitamin B9 berhubungan dengan pelbagai macam penyakit bawaan serius, juga hiperaktif dan masalah lainnya pada anak.

10 PANDUAN AGAR BAYI CERDAS SEJAK DALAM KANDUNGAN

6. BERJEMUR DI PAGI HARI

Cacat mental pada bayi sering dikaitkan dengan kurangnya asupan vitamin D ketika hamil. Sebagai contoh, di Negara empat musim, bayi yang lahir pada musim dingin lebih mungkin menderita skizofernia.

10 PANDUAN AGAR BAYI CERDAS SEJAK DALAM KANDUNGAN

7. AMBIL SUPPLEMENT MINYAK IKAN

Seperti kalsium bagi tulang, Omega 3 DHA/EPA sangat penting bagi otak, ibu-ibu sering mengabaikan pengambilan lemak sihat ini.

10 PANDUAN AGAR BAYI CERDAS SEJAK DALAM KANDUNGAN

8. BEREHAT

Ibu yang stress berpanjangan dapat melemahkan sistem imun bayi. Selain itu tingginya level hormone stress anda dapat masuk dalam jaringan otak bayi di dalam rahim dan tentunya mengganggu perkembangan otak bayi.

10 PANDUAN AGAR BAYI CERDAS SEJAK DALAM KANDUNGAN

9. ELAKKAN MEROKOK ATAU MENDEDAHKAN DIRI PADA ASAP ROKOK

Jika benar-benar sayangkan kandungan anda, bukan sahaja perlu jauhi dari merokok, malah elakkan jadi mangsa perokok pasif. Jangan dekat dengan perokok yang sedang merokok kerana kesannya pada anda berganda-ganda dari menghisapnya.

10 PANDUAN AGAR BAYI CERDAS SEJAK DALAM KANDUNGAN

10. KOMUNIKASI DENGAN BAYI ANDA

Setiap apa yang ada dalam fikiran ibu, dapat mempengaruhi perkembangan mental bayi dalam kandungan.Sebuah studi menunjukkan bahawa bayi yang belum lahir dapat mendengar suara ibunya selama minggu terakhir kehamilan dan pada saat kelahiran, mereka dapat menunjukkan apa yang mereka dengan. Semua komunikasi yang dilakukan dengan bayi dalam kandungan bermanfaat untuk melatih bahasanya nanti

Demikianlah beberapa cara agar anak cerdas sejak dari dalam kandungan. Semoga bermanfaat.