SELUAR BERSALIN
MENUTUP AURAT

Sudah digunakan di 92 buah hospital di seluruh Malaysia

SELUAR INI DICERCA, DIHINA HABIS-HABISAN

Satu ketika, Malaysia bergegar. Satu gerakan menuntut supaya hanya doktor wanita dibenarkan berada dalam bilik bersalin.

Malah ada undian secara atas talian diadakan.​

petisyen

Isu ini terus hangat apabila ada yang memfatwakan HARAM DOKTOR LELAKI menguruskan proses bersalin.

Pada ketika itu semua asyik saling menuding jari.

Salah kamu. Salah dia. Salah engkau. Salah KKM. Semua salah!​

Lalu kami terpanggil untuk mencari penyelesaian.

Kami kumpulkan pakar-pakar dalam bidang perubatan. Berbincang apakah satu solusi yang boleh dibuat sekarang. Supaya dapat meminimumkan bukaan aurat wanita di bilik bersalin.

Di dalam proses kelahiran secara normal, bahagian peha, betis dan lutut tidak perlu dibuka.

Namun bahagian ini sering terdedah.

Jadi kami bersepakat untuk menghasilkan sesuatu yang menutup peha, betis dan lutut wanita.

Hasilnya terhasillah satu seluar bersalin.

seluar mamapride diuji-pakai

Seluar Mamapride diuji guna.

Seluar ini seterusnya diuji pakai di dua buah hospital. Bagi melihat keberkesanan dan keselesaan kepada ibu dan juga pihak hospital.

Hasilnya sangat positif. Para ibu yang menggunakan seluar ini berminat. Dan mereka mencadangkan beberapa penambah baikkan.

Dari situ, kami membuat beberapa perubahan: mengubah kedudukan flap, menukar corak, menukar jenis kain, menukar warna.

Dan pada 2014, Seluar Bersalin Mamapride dilancarkan secara rasminya.

TIBA-TIBA...

Kami menerima kejutan. Satu akhbar dari luar negara telah mengetahui kewujudan seluar ini. Dan mereka telah menulis kenyataan sesuka hati.

Seluar ini dikecam gila-gila. Kononnya seluar ini ingin menjatuhkan maruah wanita!

Allah sahaja yang tahu betapa sedihnya perasaan pada ketika itu.

Bayangkan pada saat kita mencipta penyelesaian, ada yang memberi seribu macam penghinaan.

Namun kami tekad.

Datanglah apa yang mendatang, kami teruskan. Ini satu perjuangan.

Seluar Bersalin Mamapride ini dicipta khas untuk melindungi aurat wanita Islam.

Sudah diuji guna. Sudah diperbaiki. Malah hari ini sudah digunakan di 92 hospital di seluruh Malaysia.


SELUAR MAMAPRIDE DICIPTA BAGI MENUTUP PEHA, BETIS dan LUTUT MUSLIMAH.

Seluar bersalin Mamapride dicipta demi melindungi aurat dan maruah wanita. Seluar ini menutup peha, betis dan lutut daripada terdedah semasa melahirkan anak.

Sewaktu bersalin secara normal (SVD), peha, betis dan lutut tak perlu didedahkan. Hanya saluran tempat anak keluar yang perlu dibuka. Namun tak ramai muslimah yang tahu. Ramai yang terus tanggalkan kain. Kesannya bukan sahaja rasa tak selesa, malah rasa malu sangat.

As salam ..Alhamdulillah dengan izin Allah sy dpt menggunakan seluar mamapride ketika bersalin tghari td di hospital sibu,sarawak.. sy org prtama yg guna seluar ni d cni..rmai nurse2 n doktor2 suka seluar trsebut…mmg mesra pengguna….terima ksh krna membuat seluar ini..syukur jgak kpd Allah mnemukan sy dgn fb mamapride

testi1
Puan NUR HAFIZAH Pengguna Mamapride

Menyedari isu ini, maka sekumpulan pengamal perubatan mengambil inisiatif. Menghasilkan satu seluar yang meminimumkan pendedahan anggota badan. Dan dalam masa yang sama, selamat dan selesa digunakan.

Seluar ini bermula dari prototaip. Kemudian diuji guna di beberapa buah hospital. Dan akhirnya dilancarkan untuk kegunaan semua pada tahun 2014. Kini seluar bersalin Mamapride sudah berada dua tahun di Malaysia. Seluar ini telah diguna pakai di 92 buah hospital di seluruh Malaysia.

"Seluar ini telah diguna pakai di 92 buah hospital di seluruh Malaysia.

Alhamdulillah… Sy jg bru slmt mlhirkan pd 9 Ogos kali n gune sluar ini.. Ia mndpt feedback yang sangat positif dari staff hsptl muadzm shah wlaupun ktk itu sy adlh patient prtame y gune sluar ini… Cme mrka sarankan spy dtmbh 1 lg lubang suntikn di sblh knan peha… Krn kdgkala ade hsptl y suntik d sblh knan Trime ksh.

testi1
Puan SURAYA Pengguna Mamapride

KELEBIHAN SELUAR BERSALIN MAMAPRIDE.

ikon selesa

Seluar bersalin selesa dan selamat dipakai semasa bersalin.

ikon selesa

Telah diguna pakai di lebih 91 buah hospital kerajaan dan swasta.

ikon selesa

Seluar ini adalah hasil inovasi doktor perubatan Muslim.

ikon selesa

Patuh syariah dan patuh polisi hospital. Selamat digunakan.

ikon selesa

Setiap ukuran dan bahan telah melalui kajian saintifik yang teliti.

ikon selesa

Ada ruang suntikan syntometrine bagi memudahkan para Doktor.

Alhamdulillah..pakai seluar tu xrasa segan sgt masa bersalin… doc n misi pun tolong bantu pakaikn seluar tu masa kt labour room.

testi1
Puan SALMA Pengguna Mamapride

Saya bersalin 2 minggu yg lepas d hospital ipoh..Alhamdulillah dgn mamapride semuanya terjaga..even doktor non malay pon tahu ttg mamapride ni/seluar tutup aurat..n tanya harga..terbaikkk la..nnti utk anak akan datang boleh dipakai semula

testi1
Puan SAZLINA Pengguna Mamapride

BAGAIMANA SELUAR MAMAPRIDE MENUTUP AURAT ANDA

Dalam proses melahirkan anak secara normal, bahagian peha, betis dan lutut tidak perlu dibuka. Sayangnya ramai yang tak tahu. Lalu anggota badan ini didedahkan.

Seluar Mamapride mempunyai bukaan pada bahagian tengah. Bahagian ini membolehkan bayi dilahirkan tanpa sebarang halangan dan selamat dipakai.

Bahagian saluran tempat bayi keluar boleh ditanggalkan (detachable) semasa beranak. Bahagian ini boleh dipasang kembali pada waktu lain.

Kain yang digunakan sangat selesa. Ramaia pengguna Mamapride mengatakan mereka bertambah yakin dan tak sejuk apabila memakai seluar ini.

Mamapride memenangi Anugerah Emas baru-baru ini.

  • Menutup Peha, Betis dan Lutut. Seluar ini melindungi aurat muslimah daripada terdedah. Demi maruah wanita solehah.
  • Diguna 92 Buah Hospital. Seluar ini boleh digunakan di hospital kerajaan dan swasta. Jumlah hospital mesra Mamapride bertambah dari masa ke masa.
  • Patuh Syariah. Seluar ini telah ditunjukkan kepada Mufti Wilayah Persekutuan, Mufti Selangor, Mufti Kelantan, Mufti Sabah. Semua bersetuju dan menggalakkan seluar ini.
  • Patuh Polisi Medikal. Sebelum dikeluarkan untuk kegunaan ramai, seluar ini telah diuji guna di hospital bagi memastikan ianya mematuhi piawaian dan kehendak pengamal perubatan.

APA KATA PENGGUNA
MAMAPRIDE?

Assalamualaikum. Alhamdulillah…sis..saya nak bagi testimoni. Saya baru sahaja lepas bersalin pada 22 julai yg lepas. Hari jumaat. Alhamdulillah, saya diberi peluang dan rezeki untuk teruskan niat tutup aurat waktu sedang bersalin. It was a great experience. Saya bersalin di hospital Ampang. Even though di PAC, nurse tak bagi pakai seluar Mamapride, tapi saya cuba lagi sekai minta izin sewaktu di dalam labour room. Alhamdulillah nurse dan doktor izinkan. Mula2 mereka agak ragu, tetapi Alhamdulillah proses bersalin berjalan dgn lancar. Nurse siap tanya berapa harga seluar Mamapride.

testi1
IBU Pengguna Mamapride

Assalamualaikum…Sy nak ucap tq byk2 pd pngasas seluar aurat Mamapride ni..Alhamdulillah..Dgn seluar ni, proses bersalin mnjadi lebih mudah tnpa mendedahkan lbh byk aurat ibu..sy selamat bersalin secara normal. Dari mula proses VE di wad, hingga la proses bersalin do LR selesai, memang selesa guna seluar ni..doctor & nurse pun setuju kalau seluar ni digunakan di bilik bersalin. Tak menganggu kerja2 dorang pun..Terima kasih, Mamapride!!

testi1
IBU Pengguna Mamapride

Misi2 mula2 kata tak boleh. Susah katanya urusan diorang nanti, lastly nanti kitorang gunting juga.Tapi ada sorang doktor back up, “It’s designed for labor use”.

testi1
IBU Pengguna Mamapride

Isteri sy dah selamat bersalin gune mamapride. Xde masalah.

testi1
SUAMI Pengguna Mamapride

INILAH, SELUAR YANG DIPERKATAKAN ITU - MAMAPRIDE

m-altogether

Seluar Bersalin Mamapride Menutup Peha, Lutut dan Betis.

  1. Tujuh Warna Idaman Hati: Didatangkan dengan tujuh warna menarik untuk dipilih.
  2. Jahitan Teliti & Berkualiti: Di Mamapride, keselesaan ibu adalah keutamaan kami.
  3. Suci dan Bersih: Seluar ini dibasuh dengan bersih dan diperiksa tahap kemasan. Hanya yang menepati kualiti Mamapride akan dihantar.

​"Memang mesra pengguna..."

As salam ..Alhamdulillah dengan izin Allah sy dpt menggunakan seluar mamapride ketika bersalin tghari td di hospital sibu,sarawak.. sy org prtama yg guna seluar ni d cni..rmai nurse2 n doktor2 suka seluar trsebut…mmg mesra pengguna….terima ksh krna membuat seluar ini..syukur jgak kpd Allah mnemukan sy dgn fb mamapride

testi1
Puan NUR HAFIZAH Pengguna Mamapride

​"Doktor dan Misi tolong pakaikan..."

Alhamdulillah..pakai seluar tu xrasa segan sgt masa bersalin… doc n misi pun tolong bantu pakaikn seluar tu masa kt labour room.

testi1
Puan SALMA Pengguna Mamapride

DAPATKAN SEKARANG
MAMAPRIDE 

Lindungi aurat dan maruah seorang muslimah.

KUALITI TERJAMIN

Seluar bersalin Mamapride dicipta khas bagi melindungi aurat muslimah. Kami berusaha sedaya upaya bagi memastikan ibu-ibu dapat bersalin dengan selesa, yakin dan menutup aurat.

Alhamdulillah… Sy jg bru slmt mlhirkan pd 9 Ogos kali n gune sluar ini.. Ia mndpt feedback yang sangat positif dari staff hsptl muadzm shah wlaupun ktk itu sy adlh patient prtame y gune sluar ini… Cme mrka sarankan spy dtmbh 1 lg lubang suntikn di sblh knan peha… Krn kdgkala ade hsptl y suntik d sblh knan Trime ksh.

testi1
Puan SURAYA Pengguna Mamapride
mufti wilayah

Tim Mamapride bertemu Mufti Wilayah Persekutuan


SOALAN YANG SERING DITANYA

S: Adakah Mamapride boleh digunakan di hospital kerajaan?
J: Boleh. Setakat hari ini sudah 92 hospital kerajaan dan swasta membenarkan seluar ini digunakan.

S: Boleh saya dapatkan senarai hospital yang digunakan?
J: Boleh. Hubungi kami di talian 011-1544 8195 (Syafiqah) dan kami akan berikan senarai penuh.

S: Adakah seluar ini ada saiz?
J: Seluar ini ada tiga saiz. L, XL dan XXL.

S: Adakah seluar ini selamat digunakan?
J: InsyaAllah. Seluar ini selamat digunakan bagi proses bersalin secara normal. (SVD)

DAPATKAN SEKARANG
MAMAPRIDE 

Lindungi aurat dan maruah seorang muslimah.